Script ini di sediakan oleh Famili Azam

02 Februari 2011

BAB 6: HOT & COLD

Di Dewan Sekolah Menengah Padang Tembak,

“Jihan, jom pergi ke kantin. Aku laparlah. Pagi tadi aku tak makan.”
“Siapa suruh tak makan. Aku dah beritahu dekat engkau supaya makan awal-awal. Tapi kau degil.” Kata Jihan, memarahi Wawa.
“Yelah, lain kali aku dengar cakap engkau. Maafkan patik, tuan puteri.” Kata Wawa sambil memperli kawannya itu.
Pada masa yang sama, perlawanan bola sepak antara sekolah sedang berlangsung di padang. Jihan dan Wawa berjalan ke arah padang sekolah sambil memegang makanan yang dibeli di kantin. Mereka berhenti duduk lalu menonton pertandingan yang sedang berlangsung.
“Jihan, kau dah bersedia ke? Perlawanan cuma tinggal dua minggu sahaja lagi.” Tanya Wawa sambil menjamah makanan yang dibelinya tadi.
“Tentulah aku dah bersedia, kenapa?” Jihan menjawab sambil membetulkan rambutnya yang berterbangan disebabkan oleh tiupan angin yang sayup-sayup.
“Tak ada apa-apa. Cuma lawan kita kali ini Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan. Sekolah tu tidak pernah kalah. Aku cuma takut kalau sekolah kita kalah di tangan mereka nanti.” Jawab Wawa walaupun mulutnya masih penuh dengan makanan.
Jihan hanya tersenyum melihat rakannya itu. “Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan. Kita pasti boleh kalahkan mereka.”
Jihan menjawab dengan penuh semangat apabila disebutkan tentang pertandingan yang tidak lama lagi akan menjelang tiba. Dia pasti akan mengalahkan sesiapa sahaja yang menghalang dia daripada mengecapi matlamatnya.
Mereka menumpukan perhatian ke arah pertandingan bola sepak yang hampir tamat. Nampaknya, permainan pada hari itu tidak memuaskan. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, tetapi sekolah mereka hanya dapat menjaringkan satu gol sahaja. Pihak lawannya pula telah berjaya menjaringkan tiga gol.
Semenjak kematian kapten bola sepak mereka, ahli-ahli bola sepak kelihatan tidak bersemangat untuk bermain. Seperi biasa, sekolah mereka kalah lagi.
Saya harap seseorang dapat menggantikan tempat abang sebagai kapten dan kekasih di hati Jihan. Fikir Jihan di dalam hatinya. Dia menitiskan air matanya. Wawa hanya memandang kerana tidak mahu menganggu Jihan. Dia tahu apa yang Jihan sedang fikirkan.

*****
“What? Say it again.”
“We’re going back to Malaysia.” Puan Yuna berdiri di hadapan pintu bilik Azzam sambil memberitahu berita yang ingin disampaikan.
“Tapi kenapa?” Azzam tertanya-tanya.
“Kami berdua ada kerja yang perlu diselesaikan di sana. Lagipun kita akan tinggal di rumah lama kita. Azzam sukakan rumah tu.” Puan Yuna berjalan ke arah Azzam.
“But, why? Kenapa sekarang?” Azzam bertanya kepada ibunya untuk kepastian. Puan Yuna hanya terdiam. Dia memandang ke arah satu-satunya anak dia pernah ada.
“Azzam akan ikut mak dan ayah. Tapi perlawanan bola dah nak dekat. Macam mana sekarang?” Azzam sememangnya menyukai bola sepak. Dia seorang yang berbakat besar. Tetapi hanya satu sahaja masalah yang dihadapi oleh Azzam iaitu ibunya.
“Mak dah cakapkan. Azzam dilarang bermain bola sepak sama sekali. Kenapa Azzam degil?” Marah Puan Yuna
“Memang mak ada larang. Sejak dari kecil lagi. Tetapi mak tidak pernah beritahu Azzam kenapa Azzam tak boleh bermain bola sepak. Kenapa mak?” 
Puan Yuna hanya terdiam. Dia telah melarang Azzam bermain bola sejak dari kecil lagi. Dia juga tidak membenarkan Azzam bermain dalam mana-mana sukan yang memenatkan. Terutama sekali, berlari.
“Pack your things. We will be heading off to Malaysia by tomorrow morning.” Puan Yuna segera beredar dari situ.
“What?” Azzam terbaring di atas katilnya.

*****
Hari sudah menjelang petang, Jihan dan Wawa berjalan pulang ke rumah. Pada petang itu tidak ramai orang yang dilihat di kawasan perumahan itu. Mungkin kerana pada waktu ini mereka sedang sibuk bekerja di pejabat.
“Jihan, sebenarnya ada sesuatu yang aku nak tanya pasal rantai yang kau pakai.” Tanya Wawa sambil melihat rantai yang dipakai oleh Jihan. Pada rantai itu terukir huruf A.     
“Kenapa dengan rantai ni?” Tanya Jihan sambil memegang rantai itu.
“Kenapa ada huruf A pula? Nama kau dimulakan dengan huruf J.” Jihan hanya tersenyum.
“Sebenarnya aku tak ingat sangat waktu tu. Biasalah, budak kecil lagi. Yang aku tahu ada seseorang yang bagi aku rantai ini sebagai tanda persahabatan.” Jawab Jihan.
“Aku rasa mesti lelaki kan? Dekat mana dia sekarang?”
“Aku pun tak tahu. Aku dah tak ingat sangat. Nama dia pun aku tak ingat.” Jawab Jihan. Jihan memandang ke arah langit. Wajah budak lelaki itu masih segar di ingatannya.

Sebenarnya aku berharap sangat dapat berjumpa dengan dia.
Cinta Pertamaku….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan