Script ini di sediakan oleh Famili Azam

03 Februari 2011

BAB 7: HOT & COLD

 
+ bab 7 +
Kes pembunuhan di atas kapal terbang

Ha…ha…chuuuuu
Azzam bersin tanpa henti. Sehinggakan hidungnya bertukar warna menjadi merah.
“Azzam tak apa-apa ke?” Tanya Puan Yuna.
“Tak ada apa-apa. Cuma selsema je.” Jawab Azzam sambil mengelap hingusnya yang meleleh dengan tisu. Encik Hafizi iaitu ayah kepada Azzam meletakkan tapak tangannya ke dahi anaknya itu.
“Demam sikit je ni. Makan ubat ni. Lepas tu pakai penutup mulut ni. Nanti berjangkit dekat orang lain.” Encik Hafizi memberikan ubat dan penutup mulut kepada Azzam. Azzam dengan segera menelan ubat lalu meminum air mineral yang terletak di sebelahnya.
Tiba-tiba Azzam terpandang ke arah seorang lelaki yang mencurigakan. Dia merasakan lelaki itu memandangnya sejak tadi. Azzam menghiraukannya. Dia fikir itu mungkin hanya perasaannya.
Puan Yuna dan Encik Hafizi memandang ke arah lelaki tersebut. Dia memakai pakaian serba putih. Mereka mengenali lelaki tersebut. Mereka tahu apa tujuan sebenar lelaki tersebut muncul di situ.

Pada petang itu, lapangan terbang dipenuhi dengan orang ramai. Pengumuman telah dibuat. Azzam dan ibubapanya berjalan menuju ke arah kapal terbang.  Mereka naik ke atas kapal terbang lalu mencari tempat duduk.
Encik Hafizi dan Puan Yuna duduk bersebelahan. Azzam duduk di hadapan mereka. Tiba-tiba seorang gadis duduk di sebelahnya. Azzam hanya memerhatikan sekeliling. Gadis tadi terus memperkenalkan dirinya sebagai Yuya.
“Hai, saya Yuya. Awak orang Malaysia ke?” Tanya Yuya sambil memandang ke arah Azzam. Azzam hanya mengangguk.
“Awak bisu ke?” Tanya Yuya lagi apabila melihat Azzam hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Azzam hanya menggelengkan kepalanya. Yuya terus terdiam.
Azzam tiba-tiba terbatuk. Kali ini batuk itu membuatkan dadanya sakit. Azzam memegang dadanya. Dia merasakan seperti ada sesuatu di dalam badannya.
Selepas beberapa saat, sakit itu hilang. Lelaki yang dilihat oleh Azzam ketika di lapangan terbang tadi duduk di tempat duduk yang tidak jauh dari Azzam sambil tersenyum. Encik Hafizi hanya memandang ke arahnya.
“Azzam tak apa-apa ke?” Tanya Puan Yuna yang semenjak tadi hanya melihat keadaan anaknya dari belakang kerana risau.
“Saya tak apa-apa.” jawab Azzam. Suaranya berubah menjadi garau disebabkan demam. Azzam? Macam pernah dengar nama tu. Tapi dekat mana ya? fikir Yuya.
Tidak sempat Yuya bertanya, tiba-tiba ada satu pergaduhan tercetus. “Kau ingat hanya disebabkan kau ada benda tu. Aku takut dengan kau.” Salah seorang daripada mereka memarahi. Seorang lagi hanya terdiam sambil tersenyum. Azzam hanya memandang ke arah mereka.
“Kalau kau cuba buat apa-apa dengan benda itu. Aku akan bunuh kau.” Lelaki itu segera beredar ke tempat duduknya. Selepas itu keadaan kembali kepada asal.
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mendarat. Disebabkan selsemanya, Azzam tidak dapat melelapkan matanya. Azzam hanya melihat keadaan sekeliling. Hampir kesemua penumpang sedang tidur dengan nyenyak. Dia melihat orang-orang yang sedang keluar masuk dari tandas.
“Encik Kamal, ini ada surat untuk awak.” Pramugari itu menghulurkan surat itu kepada Kamal. Azzam masih memandang sekeliling kapal terbang itu.
Demamnya makin meningkat. Batuk-batuknya bertambah teruk. Yuya yang berada disebelahnya hanya melihat Azzam. Tiba-tiba, Azzam terpandang ke arah lelaki yang mencurigai yang dilihat olehnya ketika di lapangan terbang.
Lelaki itu masih memandang ke arah Azzam. Tiba-tiba dia terus bangun menuju ke arah tandas. Tidak sampai beberapa minit, lelaki itu kembali ke tempat duduknya. Kamal membaca surat itu, air mukanya berubah.
Pada masa yang sama, Azzam cuba untuk tidur namun tidak berjaya. Dia memandang ke arah belakang. Ibu dan ayahnya sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba Yuya menarik tangannya. Azzam terkejut. Dia memandang ke arah Yuya.
“Awak nak ke Malaysia kan?” Azzam hanya mengangguk
“Tunggu sekejap, bagi saya tilik tangan awak.” Yuya memegang tapak tangan Azzam sambil membuat gaya seperti seorang ahli nujum. Tiba-tiba Azzam terbau minyak wangi di belakangnya. Selepas beberapa saat, bau itu hilang.
“Nampaknya benda yang baik dan buruk akan berlaku kepada awak. Yang baiknya, awak akan bertemu dengan seseorang yang selama ini awak nanti-nantikan.” Yuya meneruskan tilikannya.
“Yang buruknya pula, awak dalam bahaya. Ada sesuatu yang akan mengganggu hidup awak dan keluarga awak. Dia sedang mengejar awak.” Dia mengerutkan dahinya kerana merasa pelik dengan ramalan yang dibuat.
Azzam hanya memandang ke arah Yuya. Buat pertama kalinya Azzam bercakap dengan Yuya.
“Maaf, saya tak percaya dengan ramalan. Kalau betul apa yang diramal oleh awak, saya boleh mengubahnya kerana masa depan takkan terbentuk kalau tiada sesiapa yang memulakannya.”
Tiba-tiba salah seorang pramugari menjerit di depan tandas sambil terduduk. Orang ramai berlari ke arah tandas. Semua orang terkejut apabila mendapati seseorang telah mati di dalam tandas tersebut.
Azzam segera masuk ke dalam tandas itu bersama ayahnya. Mereka melihat ke arah mayat itu cuba mencari sebab-sebab kematian si mangsa.
          “Ada sesiapa yang mengenali mangsa?” Tanya Encik Hafizi kepada semua penumpang yang ada di situ.
“Kami.” Jawab salah seorang daripada penumpang.
“Nama saya Kamal dan mangsa ialah kawan kami.”
“Fariz! Siapa yang buat semua ini?” Tanya salah seorang kawan si mangsa.
“Cik, jangan dekat. Kami tidak mahu bukti yang ada di dalam tandas ini hilang.” Encik Hafizi menghalang mereka daripada memasuki tandas.  
“Saya, Maria dan Haziq ialah kawan si mangsa.” Kamal menunjuk ke arah rakan-rakannya yang lain.

Azzam cuba mencari sebab kematian mangsa. Bau ini. Macam pernah bau saja. Bau ini hanya terdapat di belakang badan mangsa. Tapi kenapa? Bibir mangsa bertukar menjadi biru.
Azzam ternampak sesuatu di leher mangsa. Ada kesan seperti jarum baru disuntik. Nampaknya mangsa sememangnya telah di racun menggunakan jarum. Tetapi siapa yang lakukan semua ini. Azzam membuka penutup mulutnya lalu berjalan keluar dari tempat kejadian.

“Ayah, ini kes pembunuhan.” Azzam membisik ke telinga ayahnya.
“Azzam teruskan siasatan. Biar ayah jaga mereka dari bergerak.” Jawab ayahnya. Azzam hanya mengangguk lalu segera berjalan mengelilingi kapal terbang tersebut.
“Sekarang, saya mahu sesiapa yang pernah pergi ke tandas tadi, tolong berkumpul di sini.” Arah Encik Hafizi. Tiga orang penumpang bangun dari tempat duduk lalu berjalan menuju ke arah Azzam.
“Awak bertiga ialah suspek dalam kes pembunuhan ini.” Azzam memberitahu mereka. Dua daripada tiga orang suspek ialah rakan mangsa. Seorang lagi ialah lelaki yang Azzam lihat asyik memandangnya sejak dari lapangan terbang lagi.
Encik Hafizi mengambil keterangan mereka. Azzam berjalan ke arah tempat duduk mangsa. Bersebelahan tempat duduk mangsa ialah rakannya iaitu Kamal. Tiba-tiba Azzam terbau sesuatu yang pernah dibau olehnya. Kamal yang berada ditempat duduknya hanya tersenyum sendirian.
“Takkan kawan dia dah mati dia masih boleh tersenyum.” Azzam pelik. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.
Betullah, bau ni. Sekarang kes pembunuhan ini sudah terbongkar. Sekarang masanya membawa penjenayah ke muka pengadilan. Azzam tersenyum sendirian.
“Encik Kamal, apa kata awak menyertai kami untuk disoal siasat.” Tanya Azzam.
“Baiklah.” Jawab Kamal.

Encik Hafizi memberitahu tentang semua maklumat yang dia dapat semasa menyoal siasat suspek dan penumpang yang ada di atas kapal terbang.
“Tiada seorang pun yang ingat giliran mereka masuk ke tandas. Tiada sesiapa yang perasan.” Encik Hafizi menerangkan keterangan yang diberikan oleh suspek.
“Saya ingat.” Jawab Azzam.
“Saya memerhati keadaan sekeliling sejak dari mula lagi.” Jawab Azzam lagi.
“Orang pertama yang masuk ke tandas ialah Cik Maria. Selepas tiga minit, dia keluar. Mangsa pada waktu itu masih berada ditempatnya. Orang yang kedua ialah Encik Haziq, dia mengambil masa selama lima minit. Orang yang ketiga ialah mangsa, tetapi mangsa tidak kembali. Orang yang keempat ialah Encik Edward, dia cuma mengambil masa tidak sampai satu minit.” Azzam menerangkan apa yang dilihatnya ketika memerhati keadaan sekeliling.
“Awak semua boleh melakukan pembunuhan ini. Walaupun masa yang di ambil untuk ke tandas singkat. Sesiapapun tidak terkecuali dalam kes ini.” Azzam melihat ke arah ketiga-tiga suspek.
“Nampaknya awak mempunyai ingatan yang bagus,” puji Kamal.
“Encik Haziq, awak yang bergaduh dengan mangsa pada pagi tadi, kan? Awak mengugut untuk membunuhnya, betul tak?” tanya Azzam.
“Memang betul. Tapi itu cuma perselisihan faham sahaja. Saya tak maksudkan untuk membunuhnya betul-betul. Lagipun saya dan Fariz memang selalu bergaduh. Tapi tak pernah sampai berdendam.” Jelas Haziq.
“Betul tu. Mereka memang selalu begitu. Selepas beberapa jam, mereka berkawan balik seperti tiada apa-apa yang berlaku.” Jelas Maria.
“Awak berdua sememangnya mempunyai bukti yang kukuh. Lagipun awak berdua pergi ke tandas sebelum mangsa, jadi tak mungkin awak berdua melakukan pembunuhan itu.” Jelas Azzam sambil memandang ke arah Edward. Edward hanya tersenyum.
“Jadi saya dan Maria tiada kena mengena dengan pembunuhan ini. Maknanya tinggal seorang iaitu Encik Edward.” Terang Haziq.
“Maknanya pembunuh yang sebenar ialah dia.” Kamal menunjuk ke arah lelaki yang digelar Edward. Azzam menggelengkan kepalanya.
“Sebenarnya awak semua silap. Bukan tinggal seorang tetapi dua.”
“Apa maksud awak.” Tanya Maria. Azzam tersenyum.
“Orang kelima yang masuk ke tandas ialah awak” Azzam menunjuk ke arah
“Encik Kamal. Awak ialah pembunuhnya.”

*****
Jam loceng berbunyi. Jihan melihat ke arah jam. Baru pukul 7 pagi. Fikir Jihan. “Ha! Pukul 7. Alamak dah terlambat nak jemput Yuya. Mati la aku.” Jihan segera bangun dari tempat tidurnya.
Dia segera bersiap untuk ke lapangan terbang. Yuya ialah kawan baiknya ketika di sekolah rendah. Namun, Yuya pindah keluar negara mengikut ibu bapanya. Dia sudah berjanji dengan Yuya untuk menjemputnya pulang.
Jihan segera mengejutkan ayahnya dari tidur. Encik Mahmood sudah berjanji untuk menolong anak perempuanya itu  menjemput Yuya.
“Ayah, bangun!” Jihan terus mengejutkan ayahnya.
Encik Mahmood masih tidur. Jihan terus menggoncangkan badan ayahnya. Encik Mahmood tidak mengendahkannya. Jihan mula merasa geram dengan ayahnya. Matanya mula berapi kerana geram.
“Ayah!” jerit Jihan.
Encik Mahmood terkejut. Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya. Dia segera mencapai tuala mandi lalu masuk ke bilik air. Jihan ketawa seorang diri melihat gelagat ayahnya itu.

*****
“Tunggu sekejap, dia selama ini ada dengan saya. Macam mana pula dia ke tandas.” Tanya Maria.
“ Sewaktu Edward pergi ke tandas, sebenarnya mangsa masih hidup. Ada seseorang yang telah menyuruhnya ke tandas untuk mengambil sesuatu. Selepas Edward kembali ketempat duduk, Maria sedang tidur ketika itu, dan hampir semua orang yang ada di atas kapal terbang ini sedang tidur. Jadi tiada sesiapa yang perasan awak ke tandas. Selepas itu—“ Azzam tiba-tiba berhenti.
Tiba-tiba dia terbatuk dan dadanya kembali sakit. Jantungnya berdegup dengan laju. Dia bersandar di dinding. Edward hanya memandang ke arahnya sambil memegang sesuatu seperti sebuah alat. Puan Yuna segera berjalan ke arah Azzam. Dia memegang bahu anaknya itu. Azzam  hiraukan demamnya. Dia terus menyambung keterangan.
“Selepas itu, dia ke tandas dan membunuh mangsa dengan cara meracunkan mangsa.” Azzam menerangkan sambil memegang dadanya. Badannya mula berpeluh sebab kepanasan.
“Meracunkan mangsa? Apa yang kau cakapkan ni? Tak masuk dek akal.” Kamal tersenyum.
“Awak dulu doktorkan? Sebab itu awak tahu di mana tempat untuk mencucuk racun supaya racun itu bertindak dengan serta merta.” Kamal terkejut. Dia hanya mendiamkan diri. Riak wajahnya makin berubah.
“Awak telah menggunakan jarum yang awak bawa untuk mencucuk ke bahagian leher mangsa.”
“Tapi awak tiada bukti untuk menuduh saya.”
“Ya memang betul. Sebabnya awak dah buang semua bukti di dalam lubang tandas.” Azzam menerangkan sambil menunjuk ke arah lubang yang dimaksudkan.
“Tetapi ada satu bukti yang awak tertinggal.”
“Tunjukkan bukti itu.” Arah Kamal.
“Minyak wangi yang awak pakai telah terlekat di badan mangsa. Untuk membunuhnya, awak pasti akan memegang badan mangsa, jadi baunya terlekat di sebahagian badan mangsa seperti di bahagian belakang badan, di sekeliling pinggang dan di tangan.” Terang Azzam.     
“Tiada saksi yang melihat saya ke tandas. Macam mana awak boleh menuduh saya sebagai pembunuh.” Tanya Kamal.
“Budak perempuan ini.” Azzam menunjuk ke arah Yuya.
“Dia yang ternampak awak ke tandas. Lagipun, semasa saya membelakangi awak, saya ada terbau minyak wangi yang sama dengan jenis yang awak pakai.”
“Betul tak, Yuya?” tanya Azzam.
“Ya. Memang saya ada nampak awak ke tandas. Tapi saya hiraukan sebab saya tak terfikir pula kes pembunuhan akan berlaku.” Jelas Yuya. Kamal terdiam lalu memandang ke arah Azzam.
“Lagipun, minyak wangi yang awak pakai ini susah didapati. Ia ialah edisi terhad. Jadi senang untuk saya tahu awak yang lakukan pembunuhan itu.”
Kamal hanya tersenyum melihat Azzam. “Nampaknya, saya tidak boleh berdalih lagi. Ya, memang saya pembunuhnya.” Kamal mengaku. Maria dan Haziq terkejut. Edward hanya mendengar penjelasan Azzam.
          “Awak membunuhnya disebabkan gambar ini, kan?” Tanya Azzam. Kamal terdiam.
“Ya. Memang disebabkan gambar itulah saya membunuhnya. Semasa saya menjadi doktor, saya telah melakukan kesilapan ketika pembedahan. Jadi saya merahsiakannya. Entah macam mana dia boleh mempunyai gambar kesilapan yang telah saya lakukan. Dia mengugut saya jika saya tidak membayar wang yang diminta, dia akan menyebarkan gambar itu.”
Kamal memandang ke arah Azzam lalu berkata “Siapa awak sebenarnya?” Azzam hanya tersenyum.
“Saya Azzam. Seorang penyiasat.” Semua penumpang yang berada di situ terkejut. Mereka mengenali Azzam melalui berita yang disiarkan. Yuya yang sememangnya peminat Azzam berlari ke arahnya.
“Awak! Saya dah agak. Memang awak penyiasat muda yang terkenal tu.” Azzam hanya memandang ke arahnya. “Bila kita menyiasat dengan teliti, kebenaran akan terbongkar.” 
Tiba-tiba dadanya kembali sakit. Dia melutut. Yuya segera menyambutnya. Semua orang melihat ke arah Azzam, hairan dengan apa yang terjadi. Melihat keadaan itu, Puan Yuna dan Encik Hafizi segera berlari ke arah anak mereka.
“Azzam tak apa-apa ke?” tanya Encik Hafizi.
“Dada Azzam rasa sakit.” Jelas Azzam sambil menahan sakit. Edward berjalan ke arahnya.
“Awak sememangnya seorang penyiasat yang hebat. Awak serupa seperti ayah awak.” Jelas Edward. Encik Hafizi hanya melihat ke arah Edward. Azzam merasa pelik dengan kata-kata lelaki berpakaian serba putih itu. Macam ayah aku? Dia kenal ayah aku?
Semua orang yang ada di situ hanya memandang ke arahnya. Kamal telah ditangkap dan kesilapan yang dibuat olehnya turut tersebar.

*****
Kapal terbang telah mendarat. Azzam tidak merasa sakit selepas menelan ubat yang diberikan oleh ayahnya. Edward yang berpakaian serba putih itu hanya melihat dari jauh. Encik Hafizi dan Puan Yuna yang memerhatikan lelaki itu sejak tadi segera membawa Azzam pulang.
“Yuya.” Panggil Jihan yang sedang menunggu kawannya itu.
“Jihan, kau apa khabar? Lama tak jumpa. Wawa macam mana? Dia sihat.?” Yuya menanyakan begitu banyak soalan sehingga Jihan tidak sempat menjawab.
Tiba-tiba dia terpandang ke arah Azzam. Dia seperti mengenalinya. Azzam memandang ke arahnya juga. Ada sesuatu tentang gadis itu mengingatkannya pada seseorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan