Mustalah hadis ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadis. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi.
Hadis menurut bahasa ialah,
pertama: Yang baharu, kedua: Perkhabaran, Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama. Menurut istilah ahli hadis pula: ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputeraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan