Script ini di sediakan oleh Famili Azam

10 Februari 2011

BAB 10:HOT & COLD

+ bab 10 +
Rahsia terbongkar

Azzam tersenyum seorang diri. Dia keluar dari tempat persembunyiannya. Nampaknya Jihan ialah gadis yang dicari olehnya selama ini. Cuma ada satu masalah. Dia perlu memastikan rantai yang diberi olehnya masih ada bersama dengan Jihan.
Walau apa pun, dia tetap gembira kerana Jihan masih mengingati lagu mereka. Sekarang cuma tinggal untuk memberitahu Jihan tentang hal yang sebenar. Azzam segera masuk ke dalam rumahnya.
Tetapi ada sesuatu yang menghairankannya. Sebuah kereta hitam mengikutnya sejak pulang dari sekolah. Azzam tidak menghiraukannya. Mungkin itu cuma perasaannya sahaja.
“Tuan, saya dah dapat alamat rumah budak itu. Termasuklah segala maklumat tentang dirinya.” Jelas lelaki yang berada di dalam kereta hitam itu.
“Bagus Owl. Teruskan kerja awak. Peacock akan ke sana tak lama lagi.” Crow hanya tersenyum. Nampaknya mereka semakin hampir dengan Azzam.

*****
“Mana mak dan ayah?” tanya Azzam kepada pembantu rumahnya.
“Puan Besar dan Tuan Besar sudah pulang ke luar negara.” Azzam terkejut. Nampaknya mak dan ayahnya pulang ke New York tanpa pengetahuannya.
Azzam masuk ke dalam biliknya. Esok ialah hari kedua persekolahan. Nampaknya dia perlu bersiap sedia.

*****
Kriiiiinnggggg....

Loceng sekolah berbunyi bermakna waktu persekolahan bermula. Semua pelajar segera masuk ke kelas. Azzam terus menuju ke arah tempat duduknya.
Jihan dan Wawa berjalan menuju ke arah tempat duduk mereka. Di sebelah mereka berdua ada seorang perempuan. Azzam seperti pernah melihatnya.
Budak perempuan itu melihat ke arah Azzam. Dia tersenyum lalu segera berjalan menuju ke arah Azzam. “Awak sekolah dekat sini?” tanya perempuan itu. Azzam cuba untuk ingat kembali siapakah gadis ini.
“Awak Yuya, kan?” tanya Azzam. Yuya hanya mengangguk. Azzam baru teringat. Dia pernah berjumpa dengan Yuya ketika kes pembunuhan di atas kapal terbang.
“Tak sangka dapat jumpa dengan awak.”
“Saya pun sama.” Azzam hanya tersenyum.
“Hari itu, saya tak sempat nak minta tanda tangan awak.” Yuya menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen kepada Azzam. Azzam segera menandatangani kertas itu.
“Selepas sahaja keadaan awak semakin teruk. Mak dan ayah awak terus bawa awak balik. Awak dah sihatkan?” tanya Yuya.
“Saya dah sihat.” Azzam hanya memandang ke arah Yuya sambil tersenyum.
“Tapi kenapa saya tengok awak masa itu macam sakit sangat. Awak asyik berpeluh. Saya tahu mesti awak cuba tahan sakit sebab nak selesaikan kes pembunuhan itu dulukan.” Teka Yuya. Azzam hanya mengangguk. Sememangnya tekaan Yuya itu betul.
“Walau apa pun, saya tetap peminat nombor satu awak.” Azzam hanya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.
“Saya nak tanya banyak benda pasal awak. Saya nak tahu tentang semua kes yang awak pernah selesaikan. Bolehkan?” tanya Yuya. Azzam hanya mengangguk.
Yuya segera berjalan ke arah Jihan. Azzam terpandang ke arah Jihan. Mereka bertentangan mata. Azzam hanya tersenyum. Jihan segera berpaling ke arah lain. Mukanya mula berubah warna kemerah-merahan. Dia tersenyum.
Yuya berjalan ke arah Jihan dan Wawa. Wawa dengan segera menegurnya. “Yuya, kau sembang apa dengan mamat tu. Nampak macam dah lama kenal je.” Tanya Wawa sambil memandang ke arah Azzam. Jihan sedang membaca novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah.
“Aku baru jumpa dengan dia. Tapi aku suka sangat dengan dia.” Jihan memandang ke arah Yuya. Azzam yang berada di tempat duduk belakang hanya mendengar perbualan mereka.
“Apasal pula. Kau jatuh hati dengan dia ke?” tanya Wawa untuk kepastian.
“Mana ada. Aku cuma suka dekat dia je. Macam peminat. Aku peminat nombor satu dia.” Jelas Yuya sambil menggenggam tangannya. Jihan dan Wawa terkejut. Azzam hanya tersenyum.
“Kenapa pula kau peminat nombor satu dia? Aku tak faham. Apa maksud kau?” tanya Jihan sambil menutup buku yang dibaca olehnya tadi. “Korang tak tahu ke?” tanya Yuya. Jihan dan Wawa menggeleng.
“Sebab dia tu—“ belum sempat Yuya habis berkata-kata, Syazwan dengan pantas menarik tangannya. Selepas itu, dia berjalan ke arah Azzam. Syazwan  menarik tangan Azzam pula sambil memegang tangan Yuya. Dia segera membawa mereka ke belakang kelas.
Jihan dan Wawa hanya memandang ke arah mereka. Mereka berasa pelik dengan tindakan Syazwan tadi. “Apahal dengan Syazwan.? Tiba-tiba tarik tangan Yuya dan Azzam.” Tanya Wawa.
“Entah. Biarkan. Mungkin ada sesuatu yang dia nak beritahu mereka.” Jelas Jihan sambil memandang ke arah mereka.
Apa kaitan Azzam dengan Yuya. Kenapa Yuya minat dengan Azzam. Dia merasa pelik. Dia hanya menggelengkan kepala. Kenapa aku nak tahu tentang Azzam pula. Aku tak kenal dengan dia.  Jihan hanya tersenyum sambil memandang ke arah Azzam.

*****
“Kau ni kenapa, Syazwan? Tiba-tiba je tarik tangan orang. Nak kena penumbuk.” Marah Yuya sambil menunjuk buku limanya ke arah muka Syazwan. Azzam hanya tersenyum melihat gelagat Yuya.
“Sorry, aku tak sengaja. Aku buat semua ni pun sebab nak lindungi Azzam.” Jelas Syazwan. Azzam dan Yuya merasa pelik. Melindungi? Kenapa?
“Melindungi aku? Aku tak fahamlah, Wan.” Tanya Azzam. Air muka Syazwan terus berubah.
“Melindungi? Aku cakap melindungi ke tadi?” Syazwan cuba menafikannya sambil memandang ke arah lain.
“Ya. Kau cakap melindungi Azzam tadi. Jangan nak ubah ayat. Apa maksud kau?” tanya Yuya sambil memandang ke arah Syazwan.
“Bukan. Sebenarnya aku nak lindungi Azzam dari budak-budak sekolah ini. Kau tahukan. Kalau diorang tahu Azzam ni penyiasat muda terkenal, mesti nanti Azzam tak selesa. Sebab ada orang asyik ganggu dia, kan Azzam?” Azzam tersenyum. Baru azzzam faham maksud Syazwan.
“Ya, lagipun saya masih baru dekat sini. Jadi Yuya, tolong rahsiakan perkara ini.” Yuya hanya mengangguk. Azzam segera mengucapkan terima kasih.
Syazwan melepaskan nafas lega. Hampir-hampir rahsianya terbongkar.

*****
“Tuan, saya tahu bagaimana caranya kita tidak akan kehilangan jejak Azzam.” Jelas Owl yang sedang berdiri di luar sekolah Azzam.
“Teruskan—” Crow tersenyum.
“Dengan cara membuat dia terkenal di Malaysia. Bongkarkan rahsianya, tuan.” Jelas Owl sambil memandang ke arah tingkap kelas Azzam.
“Kau buat apa yang patut. Esok Peacock akan sampai. Teruskan rancangan kau.” Owl meletakkan telefon bimbitnya. Dia tersenyum. Rancangannya pasti akan berjaya.

*****
Waktu rehat sudah tiba. Azzam dan Syazwan segera membeli makanan di kantin lalu melepak di pondok bacaan. Syazwan menerangkan tentang sekolah di Malaysia. Azzam mendengar dengan penuh perhatian.
Tetapi ada sesuatu yang menganggunya. Dia merasakan seperti pelajar-pelajar di situ memandang ke arahnya. Syazwan juga merasakan yang sama. Tiba-tiba ada seorang pelajar datang ke arahnya.
“Abang, nak minta tanda tangan.” Azzam terkejut. Syazwan bertambah terkejut. Azzam hanya mengikut kehendak budak itu.
Tiba-tiba semakin ramai orang datang berhimpun di tempatnya. Syazwan segera membawa lari Azzam ke tempat yang selamat. Iaitu di dalam bilik guru. Tapi, di situ juga sebenarnya tidak selamat. Guru-guru di situ memandang ke arah Azzam.
Tiba-tiba pengetua berdiri di depan Azzam dan Syazwan. “Azzam, awak nak tak tubuhkan kelab penyiasatan awak sendiri?” tanya pengetua.
“Apa?” Azzam dan Syazwan menjawab dengan serentak.
“Apa sebenarnya yang terjadi?” tanya Jihan apabila melihat ramai pelajar berhimpun di hadapan bilik guru.
“Kau tak tahu lagi ke, Jihan?” Jihan menggelengkan kepalanya.
“Azzam itu sebenarnya penyiasat muda yang terkenal di luar negara. Ramai polis yang panggil dia bila ada kes yang sukar untuk diselesaikan. Dia digelar penyelamat polis dekat sana.” Jelas Wawa.
Penyiasat? Macam pernah dengar cita-cita itu? Tentang seorang budak yang mahu menjadi penyiasat terkenal bila dewasa nanti. Siapa? Jihan termenung. Fikirannya melayang memikirkan Azzam. Kenapa aku fikir pasal dia pula? Jihan tersenyum sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan