Script ini di sediakan oleh Famili Azam

27 Februari 2011

BAB 13: MIMPI ANEH


+ bab 13 +
Mimpi aneh
Azzam berjalan ke arah sebuah bilik. Bilik itu seperti pernah dilihat olehnya. Dia cuba untuk mengingat kembali, tetapi tidak berjaya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Azzam melihat sekeliling bilik itu.
Ia sangat gelap. Tiba-tiba pintu bilik tertutup dengan sendiri. Azzam bergegas ke arah pintu itu kembali. Dia cuba untuk membuka pintu itu, tetapi tidak berjaya kerana terkunci dari luar. Tanpa berfikir panjang Azzam berpatah balik.
Azzam mencari suis lampu. Apabila Azzam menjumpainya, dia segera membuka suis lampu itu. Lampu itu menerangi seluruh bilik. Dia melihat keadaan bilik itu.
Dia merasa terkejut. Bilik itu hampir kesemuanya berwarna putih. Bilik ini tidak seperti bilik-bilik lain yang pernah dilihat olehnya.
Azzam berjalan mengelilingi bilik itu. Tiba-tiba dia terlihat seorang gadis sedang duduk di atas kerusi berdekatan dengannya. Azzam cuba untuk mendekatinya. Dia berjalan dengan perlahan. Langkah demi langkah. Tiba-tiba gadis itu menoleh ke arahnya. Mata mereka bertentangan.
Gadis itu bangun dari kerusi yang di duduki olehnya tadi. Azzam hanya melihatnya. Gadis itu mungkin setahun lebih muda darinya. Rupa paras gadis itu cantik dan hampir serupa dengan muka Azzam. Gadis itu hanya tersenyum melihat Azzam.
Tiba-tiba gadis itu mengeluarkan air mata. Azzam kehairanan. Tanpa disedari, gadis itu sekarang sedang berdiri di hadapannya.
Azzam terkejut. Dia segera mengambil satu langkah ke belakang. Tiba-tiba Azzam terdengar satu suara. Suara seperti orang membisik. Azzam cuba untuk mendengar dengan lebih jelas.
Azzam. Azzam. Ada seseorang memanggil namanya. Tiba-tiba gadis itu bercakap. “Azzam. Gembira berjumpa dengan awak.” Azzam kehairanan. Siapa gadis ini. Bagaimana dia mengetahui nama Azzam.
Azzam hanya melihat ke arah gadis itu tanpa berkata apa-apa. Gadis itu pun terdiam. Azzam tidak dapat mendiamkan dirinya lagi. “Saya sekarang ada di mana? Siapa awak? Bagaimana awak tahu nama saya?” Azzam mula gelisah.
“Awak akan tahu apa tempat ini nanti. Siapa saya itu tidak penting dan saya tahu semua tentang diri awak.” Azzam kehairanan. Gadis itu berjalan menghampirinya.
Muka gadis itu mula menampakkan seperti mahu menangis. “Abang.” Dia menitiskan air matanya.
Gadis itu makin menghampiri Azzam. Tiba-tiba gadis itu memeluknya. Azzam tergamam. Dia tidak dapat menggerakkan badannya.
“Abang. Akhirnya saya dapat jumpa abang. Tolong jangan tinggalkan adik lagi.” Air matanya menitis ke tangan Azzam. Azzam terkejut.
“Tolong jangan tinggalkan saya lagi. Abang satu-satunya harta Mimi.” Gadis itu masih menangis.
Azzam mengusap kepala gadis itu seperti seorang abang. Dia tidak memahami apa yang sebenarnya terjadi. Gadis itu seperti tidak mahu melepaskannya. “Walaupun dapat berjumpa dengan abang sebentar, itu sudah mencukupi.” Jelas Mimi. 
Azzam masih bingung. Kenapa dia ada di sini? Siapakah gadis yang bergelar Mimi ini? Banyak persoalan yang tidak terjawab bermain di fikirannya.
“Abang boleh pergi sekarang. Tapi kita akan bertemu lagi. Kelip mata tiga kali.” Mata Azzam berkelip dengan sendiri.”Tunggu sekejap—“ mata Azzam berkelip sekali lagi. “Saya masih tak faham—“ mata Azzam berkelip untuk kali terakhir.
Selepas itu, dia hanya nampak kegelapan menyelubunginya. Gadis itu sudah hilang dari pandangannya. Bilik tadi juga tiada di tempatnya. Azzam keseorangan. Dia berharap dapat pergi dari situ dengan cepat.
Azzam membuka matanya. Dia masih tidak sedar apa yang berlaku. Dia cuba ingat mimpinya. Gadis, abang, Mimi. Dia mencantumkannya seperti satu permainan.
Ye la. Seorang gadis cakap aku abang dia. Nama dia Mimi. Tetapi Azzam masih tidak memahami apa yang terjadi. Bagaimana aku boleh bermimpi pasal budak ini? Sedangkan aku tak kenal dia  dan kenapa dia kata aku abangnya.
Azzam tersenyum sendirian mengingatkan mimpinya tadi. Aku mana ada adik. Mungkin itu cuma mimpi biasa.  
Azzam bingkas bangun dari katilnya apabila teringat akan sekolah. Aku kena bersiap pergi sekolah. Dia segera mencapai tualanya lalu masuk ke bilik air. Kalau aku ada adik pun best juga. Azzam tersenyum sendirian.

*****

“Ayah. Sebelum pergi kerja makan dulu tau.” Jihan segera mencapai begnya lalu berlari ke arah pintu. Dia memakai kasutnya. Wawa sedang menunggu dengan penuh sabar.
Selepas sahaja Jihan selesai, mereka segera berjalan ke arah sekolah.
“Mana Azzam? Lambat betul dia ni.” Jihan terkejut. Dia memandang ke arah kawannya itu. “Dia ikut sekali ke?” tanya Jihan.
“Ya la. Kita pergi sekolah sama-sama.” Jelas Wawa sambil tersenyum.
“Woi.” Tiba-tiba mereka terdengar suara orang memanggil mereka dari belakang. Mereka berhenti. Azzam dengan pantas berlari ke arah mereka.
“Kenapa lambat?” tanya Jihan. Wawa tersenyum sendirian. Azzam melepaskan penatnya. “Lambat ke? Mana ada.” Jelas Azzam.
Dia cuba untuk senyum namun terlalu penat. Jihan hanya memandang ke arahnya. “Dah. Jom. Nanti lambat pula.”
Jihan dan Wawa jalan di hadapan Azzam. Azzam berjalan sambil meletakkan tangannya ke dalam poket seluar sekolahnya.
“Korang kokurikulum masuk apa?” tanya Azzam.
“Kami berdua ambil taekwando dengan seni pertahankan diri.” Jawab Jihan.
“Hebat ke?” tanya Azzam lagi. Tiba-tiba Jihan tergelak. Dia terus menumbuk dinding bangunan yang ada di sebelah Azzam.
Azzam terkaku. “Memang kami hebat.” Jihan tergelak seorang diri. Dinding bangunan itu terlihat kesan retak. Patutlah dia seorang kapten taekwando.
Azzam merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada seseorang yang mengekori mereka. Azzam berhenti lalu menoleh ke belakang. Ada sebuah kereta berwarna hitam sedang memandu dengan perlahan. Tiba-tiba kereta itu memecut dengan laju.
Azzam hanya memandang ke arah kereta itu. Walaupun tidak nampak dengan jelas namun dia percaya ada seorang gadis di belakang kereta itu. Azzam hanya melihat dia berlalu pergi.
Selepas itu dia kembali menyertai Jihan dan Wawa. Akhirnya mereka sampai ke sekolah. Azzam terpandang kereta yang menyerupai kereta yang dilihatnya tadi. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari kereta itu. Seorang gadis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan