Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan

17 Julai 2011

KEGANASAN RUMAHTANGGA

Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian.
Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah gulungan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak. Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga ialah:
  • Fizikal
  • Pertuturan
  • Psikologi
  • Emosi / perasaan
Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga -
·         Kecederaan pada anggota badan :
o    Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
·         Kesan psikologi / mental :
    • Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri
    • Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah.
Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan "YA", anda adalah golongan mangsa dera.
  • Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan keadaan terdesak
    • Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?
    • Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
    • Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh pasangan anda?
    • Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
    • Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
    • Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
    • Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
    • Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
    • Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
    • Adakah anda terasa terancam?
    • Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
    • Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?
  • Tingkahlaku pasangan anda
    • Adakah pasangan anda sukar di fahami ?
    • Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik diantara kejadian keganasan ?
    • Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut anda ? Secara lisan atau fizikal? Untuk mencederakan atau membunuh anda?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
    • Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?
    • Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah ?
    • Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
    • Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
    • Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda mempunyai perhubungan lain ?
    • Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
    • Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
    • Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda dihadapan orang lain ?
    • Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat yang anda beri ?
    • Adakah pasangan anda menyalahkan anda diatas keganasannya ?
    • Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
    • Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?
Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut :-
    • Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan "kemalangan"
    • Kemurungan dan kerap menangis
    • Kerap menghilang diri
    • Kerap datang lambat
    • Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
    • Takut terhadap pasangan
    • Tumpuan dan prestasi kerja merosot
    • Menyisihkan diri
    • Mempunyai masalah kewangan
Jangan berdiam diri dan kongsi masalah anda dengan orang lain, anda mesti hentikan keganasan ini. Sayangi diri dan kehidupan anda. Anda berhak menikmati kehidupan yang bahagia. INGAT anda tidak keseorangan; apa yang perlu anda buat adalah untuk mendapatkan bantuan, kami disini untuk membantu anda : -
  • Ibu dan ayah anda
  • Kakak dan abang anda
  • Jiran anda
  • Rakan taulan anda
  • Kaunselor anda
  • Guru anda
  • Petugas di Klinik kesihatan dan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC)
Membuat laporan kes yang disyaki keganasan rumahtangga adalah PENTING dan SULIT.
Tindakan segera anda boleh melindungi mangsa dari keganasan lebih teruk dan KEMATIAN.
Sila buat laporan segera di Balai Polis atau Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kediaman anda.
Sekiranya anda telah mencederakan seseorang dan inginkan bantuan, sila hubungi 999.
Sekiranya anda mahu menghentikan penderaan keganasan, sila datang berjumpa doktor untuk mendapatkan kaunseling dan bantuan yang diperlukan.
WAHILA

17 Mei 2011

SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU

Pengenalan
  • Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
  • Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
  • Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
  • Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
  • Lebih matang dan dewasa
  • Canggih
  • Riang
  • Bergaya
  • Tenang
  • Diterima ramai
Menjadikan rokok :
  • Mudah diperolehi
  • Boleh dibeli dengan harga yang murah
  • Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
  • Menikmati keseronokan yang lebih
  • Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
  • Mendatangkan ketagihan
  • Membahayakan kesihatan anda
  • Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
  • Konsert / panggung wayang
  • Majlis / perjumpaan sosial
  • Papan iklan
  • Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
  • Bagaimana?
  • Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
    • Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
    • Suarakan pendapat anda
    • Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
    • Berinteraksilah atas talian (on-line)
WAHILA

27 April 2011

BAU BADAN YANG KURANG MENYENANGKAN

Bau Badan
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
 
bau badan
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

KENALI BATUK

Batuk

Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
 Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali. 

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya

14 April 2011

ANTARA PUNCA SERANGAN JANTUNG




Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

*** Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! ***WAHILA