Pengenalan
- Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.
- Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati.
- Usia muda merupakan sasaran yang tepat.
- Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.
Apakah matlamat industri tembakau?
Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.
Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok?
Strategi industri tembakau adalah seperti berikut :
- Lebih matang dan dewasa
- Canggih
- Riang
- Bergaya
- Tenang
- Diterima ramai
Menjadikan rokok :
- Mudah diperolehi
- Boleh dibeli dengan harga yang murah
- Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja
Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda :
- Menikmati keseronokan yang lebih
- Merasa lebih tenang
Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok :
- Mendatangkan ketagihan
- Membahayakan kesihatan anda
- Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya
Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri :
- Konsert / panggung wayang
- Majlis / perjumpaan sosial
- Papan iklan
- Media bercetak/ media elektronik
Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau?
Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda
- Bagaimana?
- Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda
- Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja
- Suarakan pendapat anda
- Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri
- Berinteraksilah atas talian (on-line)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan