Script ini di sediakan oleh Famili Azam

19 Mei 2011

BAB 25: HOT & COLD - PENGGANTI


 + bab 25+
pengganti

Jihan dan Wawa sedang bersembang di taman permainan. Wawa sedang cuba membuatkan Jihan lupa akan Azzam dan kejadian tadi. Ini ialah kali kedua Wawa melihat Jihan bersedih sebegitu rupa. Pada kali pertama, dia kehilangan orang yang tersayang. Tetapi kejadian itu masih tetap berulang.
Azzam dan Tini berjalan sambil membawa barang yang di pesan oleh Mak Cik Rafidah untuk makan malam. Mereka melihat ke dalam beg plastik untuk melihat kembali barang yang dibeli oleh mereka.
Keluar pergi membeli-belah bersama-sama dengan Tini sekurang-kurangnya dapat melupakan rasa bersalahnya terhadap Jihan buat sementara waktu. Tini berhenti di tepi taman permainan apabila melihat Jihan sedang bermain buaian.
Azzam melihat ke arah taman permainan tersebut. Jihan sedang melihat ke arahnya. Dia kelihatan terkejut. Mungkin tidak menyangka Azzam dan Tini akan keluar bersama.
Azzam segera menoleh ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat Jihan dengan keadaan seperti itu. Tini hanya melihat.
“Aku kena pergi dulu. Kita jumpa esoklah, Wawa.” Jihan berlari dengan pantas meninggalkan Wawa. Wawa hanya membiarkan kawannya itu berlalu pergi. Dia tahu Jihan mahu bersendirian.
“Jom kita pergi, Tini.” Baru sahaja mahu melangkah, Tini dengan pantas menarik tangan kirinya.
“Pergi kejar dia.” ujar Tini. Azzam terkejut.
“Tapi—”
“Pergi cepat kalau awak tak nak menyesal kemudian. Dengan keadaan dia seperti itu, saya takut sesuatu yang buruk terjadi.” Terang Tini. Azzam hanya membisu.
Wawa dengan tiba-tiba berdiri di hadapan Azzam. “Apa yang kau orang buat dekat sini? Cuba nak sakitkan hati Jihan lagi?” marah Wawa.
“Jadi, Tini lah orang yang kau maksudkan tadi.” Wawa tersenyum sinis.
“Azzam, pergi cepat.” Arah Tini. Azzam tersenyum.
“Baiklah.” Ujarnya sambil mengangguk. Dia segera berlari meninggalkan Wawa dan Tini di taman.
Wawa hanya melihat Azzam berlari, lalu pandangannya beralih pada Tini. “Apa sebenarnya yang terjadi?” Tini hanya tersenyum.


Jihan berjalan tanpa melihat keadaan sekeliling. Di dalam fikirannya sekarang hanya tentang Azzam, Tini dan apa yang terjadi kepada mereka sekarang.
Sebelum ini, dia tidak pernah sedar yang bahawa dia amat menyukai Azzam sehinggalah sekarang. Jika dulu dia hanya mengharap cinta pertamanya dulu, sekarang perasaannya beralih kepada Azzam.
“Kenapa aku bodoh sangat? Tidak mungkin dia juga menyukai aku.” Bisik Jihan seorang diri.
Jihan bermain dengan rantainya. Sepatutnya aku hanya setia pada yang seorang. Dia tersenyum seorang diri. Senyuman yang kelihatan seperti menyindir dirinya sendiri. Wajah budak lelaki itu kembali bermain difikirannya. Bila agarnya aku dapat bertemu dengan kau kembali?
Azzam sedang bersembunyi di sebalik rumah-rumah yang ada di situ. Dia hanya melihat Jihan berjalan berseorangan.
“Kalau kau tahu aku ialah budak lelaki itu, pasti kau akan lebih sukar untuk lepaskan aku.” Ujar Azzam.
Azzam tersentak apabila melihat sebuah basikal dikayuh laju ke arah Jihan. Azzam menjerit memanggil nama Jihan yang kelihatan seperti tidak perasan akan keadaan itu, tetapi dia tidak mendengarnya. Azzam bertekad untuk berlari ke arah Jihan.
Jihan terdengar bunyi loceng basikal. Dia menoleh ke belakang. Dia terkejut. Basikal itu meluru laju ke arahnya. Jihan seperti tidak dapat menggerakkan badannya.
Dia menutup muka dengan telapak tangannya. Air matanya mengalir. Dan tiba-tiba—


“Apa sebenarnya yang berlaku, Tini?”
Tini menguap, bosan kerana Wawa asyik menanyakan soalan yang sama sejak dari tadi. Dia terus mengangkat barang runcit yang ditinggalkan oleh Azzam. Dia segera beredar tanpa menghiraukan Wawa.
Wawa mengikut dari belakang. Dia bertekad tidak akan beredar selagi Tini tidak memberikan penjelasan.
“Aku tidak akan pergi selagi kau tidak beritahu apa-apa tentang perubahan mendadak Azzam.”
“Suka hati kau lah.” Ujar Tini sambil tersenyum.
Tini berhenti di hadapan sebuah rumah banglo yang besar, lalu dia membuka pintu pagar tersebut. Dia melangkah masuk tanpa menghiraukan Wawa yang tergamam.
“Ini rumah Azzam, kan?” tanya Wawa untuk kepastian. Memastikan apa yang dilihat olehnya bukan satu mimpi. Tini hanya tersenyum tanpa menjawab persoalan Wawa.
“Kau tinggal dekat sini?” tanya Wawa. Tini hanya mengangguk.
“Kalau tidak ada apa-apa lagi, aku nak masuk dulu.” Jelas Tini lalu meninggalkan Wawa yang tercengang.


“Awak tak apa-apa?”
Jihan membuka matanya. Basikal tadi sempat berhenti di depannya. Jihan lega. Azzam segera bersembunyi apabila melihat Jihan selamat.
“Maafkan saya. Nasib baik awak tak apa-apa.” Jihan melihat ke arah pemuda yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Saya Raimy.”
“Saya Jihan.” Jihan mengelapkan air matanya.
“Saya kenal awak.” Ujar Raimy. Jihan terkejut. Sebelum ini dia tidak pernah melihat lelaki tersebut.
“Dari mana awak kenal saya?” tanya Jihan.
“Melalui perlawanan karate hari itu. Saya wakil untuk sekolah saya. Tapi saya tak sempat hadir untuk perlawanan final. Jadi saya digantikan dengan orang lain.” jelas Raimy.
Jihan berjalan dengan Raimy sambil bersembang tentang diri mereka. Azzam hanya melihat mereka sambil tersenyum. Namun di dalam hatinya sedang membara, namun disembunyikan perasaan itu.

Azzam berjalan pulang ke rumahnya. Dia hanya terbayangkan wajah Jihan yang kelihatan gembira apabila bersembang dengan pemuda tadi.
“Sekurang-kurangnya aku tidak perlu risau lagi. Kini sudah ada pengganti.” Desis Azzam di dalam hatinya.

WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan