Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Memaparkan catatan dengan label NOVEL BERSIRI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NOVEL BERSIRI. Papar semua catatan

20 Julai 2011

BAB 32: HOT & COLD - AKHIRNYA

+ bab 32+
Akhirnya!

        Azzam membuka matanya.  Dia  menggosok-gosok  matanya  bila pandangannya  masih samar-samar. Dia melihat keadaan sekeliling. Dia tersenyum bila melihat kawan-kawannya sudah tertidur kerana menjaganya.
Raimy, Syazwan dan Yuya sedang nyenyak tidur di atas sofa. Dia tergelak seorang diri bila melihat Raimy menendang Syazwan ketika tidur. Tetapi mereka masih tidak sedar.
Dia terkejut bila melihat Jihan dan Tini sedang tidur di atas kerusi di kedua-dua belah katilnya. Azzam tersenyum melihat mereka.
Azzam bangun dari katil dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan mereka. Dia berjalan ke arah tingkap. Dia membuka langsir sambil melihat ke luar. Masih awal pagi.
Azzam memegang dadanya sambil tersenyum. Kini dia sudah boleh mula mencari adiknya dengan bantuan dari cip yang ada di dalam badannya.
Masih banyak perkara yang perlu dibongkarkan demi untuk menghancurkan White Wing Organisation. Dengan bantuan dari rakan-rakannya, berjayakah Azzam menghadapi rintangan di hadapan?

Hasil dari siasatan Azzam dan Raimy, bayi yang hilang tiga tahun lalu telah dijumpai di sebuah rumah anak yatim. Pasangan suami isteri tersebut telah menghantar bayi tersebut selepas mereka mempunyai anak sendiri hasil pernikahan mereka.
Encik Rahman dapat bertemu dengan anaknya setelah sekian lama. Pasangan tersebut telah didakwa atas dakwaan menculik dan memalsukan kematian.
Azzam sedang tunggu di luar hospital bersama rakan-rakannya yang lain. Ia termasuk juga Raimy dan Jihan. Puan Yuna dan Encik Hafizi sedang mendaftar keluar Azzam dari hospital. Mereka pulang ke Malaysia malam semalam.
Jihan ingin menanyakan banyak soalan kepada Azzam tetapi takut untuk bertanya. Tini yang melihat tahu tentang isi hati Jihan. Dia dengan segera menyiku tangan Azzam. Azzam terkejut.
Tini menjuihkan bibirnya ke arah Jihan. Azzam faham dengan maksudnya.
“Jihan, terima kasih kerana menjaga saya walaupun saya bersikap buruk dengan awak akhir-akhir ni. Maafkan saya atas sikap buruk saya tempoh hari.” Minta Azzam. Jihan tersenyum mendengarnya. Dia gembira dapat mendengar suara Azzam setelah sekian lama.
“Saya maafkan awak. Saya juga minta maaf sebab saya awak tertekan.” Ujar Jihan. Azzam terkejut. Baru dia teringat tentang alasan yang diberikan olehnya tempoh hari.
“Apa-apa pun ini tak bermakna keadaan akan kembali pada asal. Maafkan saya Jihan.” Azzam dengan segera menoleh ke belakang. Yang lain merasa hairan.
Jihan terkejut. Azzam masih mahu rahsiakan tentang perkara ini darinya.
“Apa pun yang awak cakap Azzam, saya tak kan mengalah. Saya akan cari kebenaran tentang diri awak. Saya akan buat awak beritahu kebenaran tentang kita sepuluh tahun yang lepas.” Jerit Jihan. Azzam terkejut lalu tersenyum. Akhirnya dia faham.


WAHILA

17 Julai 2011

BAB 31: HOT & COLD - PEMBONGKARAN KES AZZAM VS RAIMY

+ bab 31+
Pembongkaran kes
Azzam VS. Raimy
(BHG 3)
“Selepas kami siasat dengan lebih mendalam tentang kes dua tahun yang lepas, kami jumpa banyak bukti yang boleh mengaitkan seseorang dengan kes kehilangan bayi tersebut.” jelas Raimy.
Semua orang kelihatan kagum. Tiada seorang pun yang berjaya mencari bukti untuk menyiasat kes ini tetapi dua orang pemuda yang berada di hadapan mereka berjaya.
“Siapa yang awak maksudkan dengan seseorang yang ada kaitan dengan kes bayi tu?” tanya Inspektor Izzul.
“Orang yang saya maksudkan ada di antara mereka berdua.” Raimy menunjuk ke arah Encik Rahman dan Encik Hussam. Semua orang terkejut mendengar tuduhan Raimy ke atas dua orang lelaki tersebut.
“Tunggu sekejap. Saya baru bertukar ke hospital ini setahun yang lepas. Kenapa saya ada di senarai suspek?” tanya Encik Hussam yang kelihatan tidak berpuas hati.
“Saya pun sama. Takkan saya nak sembunyikan mayat anak saya sendiri?” ujar Encik Rahman yang masih terkejut. Raimy hanya tersenyum.
“Apa kata kami mulakan ramalan kami tentang kes ini?” minta Azzam.
“Baiklah.” Ujar Inspektor Izzul tanda setuju.
“Encik Rahman, ketika isteri awak melahirkan anak awak, awak ada tak di sisinya ketika itu?” tanya Raimy untuk kepastian.
“Saya tiada bersamanya ketika itu. Saya tunggu di ruang menunggu.” Jawab Encik Rahman. Azzam dan Raimy tersenyum.
“Dengan jawapan awak tadi, ramalan kami tentang kes ini memang betul.” Ujar Azzam. Semua kelihatan hairan.
“Betul tu. Semuanya dah selesai.” Raimy tersenyum bangga.
“Apa maksud awak berdua?” tanya Inspektor Izzul.
“Sebenarnya, penjenayah di sebalik semua kejadian ini ialah awak—” semua orang melihat ke arah yang ditunjuk oleh Azzam.
“Awak Encik Hussam. Awaklah dalang disebalik semua ini.” jelas Azzam dengan yakin. Semua kelihatan tidak percaya dengan apa yang dituduh oleh Azzam terhadap Encik Hussam.
“Jangan main-main. Apa kena mengena saya dengan kes tu pula?” tanya Encik Hussam sambil membetulkan kolar bajunya.
“Sebenarnya awak ialah doktor yang menyambut kelahiran bayi tiga tahun yang lepas. Awak telah bekerjasama dengan Mariam iaitu jururawat yang telah mati menggantung diri.” Ujar Raimy.
“Cuba awak semua teliti gambar ini dengan betul.” Azzam menunjuk gambar bayi yang diambil oleh Mariam.
“Gambar ini gambar yang telah diambil oleh Mariam. Tetapi ada satu kesilapan yang dibuat olehnya ketika itu.”
Inspektor Izzul meneliti gambar tersebut dengan betul. Selepas seketika dia kelihatan terkejut.
“Tak mungkin.”
“Hebatnya awak, inspektor. Betul tu, Encik Rahman, anak awak masih hidup ketika itu.” Jelas Raimy. Encik Rahman terkejut.
“Sebenarnya, Encik Hussam telah menculik anak awak untuk diberikan kepada pasangan kaya yang inginkan seorang anak. Dia telah merancang untuk membuat seperti anak awak telah mati ketika dilahirkan dan selepas seketika merancang menghapuskan semua rekod kelahiran anak awak yang ada di sini.” Jelas Raimy lagi. Encik Hussam tergamam.
“Tunggu sekejap. Apa bukti awak untuk menuduh saya ialah doktor tu. Saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke hospital ini ketika itu.” Tanya Encik Hussam. Air mukanya mula berubah geram.
“Awak masih menegaskan pendirian awak ke, Encik Hussam. Tolong jelaskan bagaimana awak boleh mencari bilik berlakunya pembunuhan dengan cepat kalau betul awak tak pernah datang ke hospital ni dulu?” Encik Hussam tersentak dengan pertanyaan Azzam.
“Kenapa awak dengan senangnya datang ke bilik ini hanya kerana di suruh berjumpa mengambil barang?” tanya Raimy pula. Encik Hussam terdiam.
“Melainkan awak mengenali mangsa dan mungkin juga mangsa yang tulis surat tu dan telah mengugut awak untuk membongkarkan rahsia awak selama ni.” Jelas Azzam. 
“Tuan, ini ialah hasil ujian forensik yang tuan minta.” Tiba-tiba seorang pegawai menyerahkan satu bahan bukti kepada Inspektor Izzul. Inspektor Izzul kehairanan.
“Sebenarnya kami yang minta.” Ujar Raimy sambil mengambil bahan bukti dari tangan pengawai tersebut.
“Seperti yang awak cakap. Cap jari yang awak bagi tu memang padan.” Jelas pegawai tersebut. Raimy dan Azzam semakin gembira.
“Nampaknya awak dah tak boleh lari lagi, Encik Hussam. cukuplah awak dah terlepas selama tiga tahun ni.” Air muka Encik Hussam mula berubah ketakutan.
“Berdasarkan ujian yang dibuat ke atas ‘strap’ hiasan telefon bimbit ni, kami terjumpa cap jari awak, Encik Hussam. Boleh awak jelaskan kenapa cap jari awak ada pada bahan bukti untuk kes tiga tahun yang lepas kalau betul awak tak pernah menjejakkan kaki ke hospital ini dulu.” Tanya Azzam. Inspektor Izzul terkejut.
“Jadi cap jari yang tidak dikenali tiga tahun yang lepas tu sebenarnya milik Encik Hussam. Patutlah kami tak dapat kesan doktor yang sahkan kematian bayi tu.” Jelas Inspektor Izzul.
Encik Hussam semakin gelisah. Dia cuba memikirkan satu jalan untuk melepaskan diri.
“Mana anak saya sekarang?” Encik Rahman menggenggam erat kolar baju Encik Hussam. Sebijik penumpuk hampir-hampir singgah ke muka Encik Hussam namun Azzam segera menahan tangan Encik Rahman.
“Tunggu sekejap. Awak langsung tiada bukti kukuh yang bayi tu masih hidup. Setakat gambar tu, semua orang boleh buat kesilapan.” Encik Hussam masih cuba untuk berdalih. Dia memang pasti jalan itu pasti akan berjaya membuatkan dia jauh dari tuduhan.
“Jangan terlalu pasti sangat, encik. Kalau tiada bukti, apa gunanya kami cakap panjang lebar dan yakin yang bayi tu masih hidup sehingga sekarang.” Ujar Raimy. Encik Hussam tersentak.
“ ‘Strap’ ini—” Raimy memegang tali hiasan telefon bimbit tersebut.
“Kenapa pula dengan benda tu? Masih nak kaitkan cap jari aku tadi.” Sindir Encik Hussam.
“Bukan! Salah! Cuba dengar.” Raimy dengan segera menekan butang yang ada di strap tersebut. Tiba-tiba kedengaran satu bunyi. Bunyi bayi sedang menangis. Semua yang ada di situ tergamam. Tiba-tiba mereka terdengar suara lain dari strap tersebut.
“Dengar sini, selepas ini bunuh mak dia. Bubuhkan dos yang berlebihan.”
“Tapi Hussam, perlu ke kita buat sampai macam tu. Kita cuma nak palsukan kematian budak ni je kan? Kenapa perlu bunuh mak dia pula?”
“Kau ni Mariam, ikut je lah cakap aku. Lagipun mak dia tahu yang anak dia masih hidup, Kalau kita tak bunuh dia, macam mana nak palsukan kematian anak dia?”
“Tapi—”
“Aku tak nak dengar tapi tapi lagi. Kau buat je lah. Ini untuk masa depan hospital ni juga.”
Semua orang tergamam terdengar perbualan tersebut. Encik Hussam teramat terkejut. Dia tidak pernah sangka perkara seperti ini akan terjadi.
“Strap ini...!” Encik Rahman terkejut.
“Awak dah lupa yang barang hiasan ini boleh merakam?” tanya Raimy.
“Walaupun telah dibunuh, tapi isteri awak masih meninggalkan mesej yang penting untuk kebahagian keluarga awak.” Encik Rahman terharu.
Encik Hussam tidak pernah menyangka perbualannya dirakam. Dia tersentak. “Maafkan saya, Rahman. Betul cakap mereka, anak lelaki awak masih hidup. Tapi saya terpaksa buat semua tu.”
“Kenapa awak kena buat semua tu?” tanya Encik Rahman, marah.
“Saya buat semua ni untuk masa depan hospital ni. Sebelum saya ditukarkan ke sini, hospital ni tak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kesemua pesakit yang ada. Ketika itu saya cuma fikir nak tambahkan dana untuk hospital ni sehinggalah saya terjumpa dengan pasangan kaya ni. Mereka janji nak menampung semua dana kami jika saya dapatkan mereka seorang anak lelaki.”
“Jadi isteri dan anak saya menjadi korbannya?” jerit Encik Rahman. Encik Hussam terdiam.
“Jadi awak juga orang yang sama membunuh Mariam, betul atau tidak?” tanya Raimy tiba-tiba. Semua orang terkejut termasuklah Azzam.
“Betul. Sayalah yang telah membunuh Mariam.” Encik Hussam mengaku. Raimy tersenyum bangga kerana tekaanya betul. Azzam terkejut.
Sekarang Azzam, siapa yang paling hebat? Raimy tersenyum sinis.
“Saya yang telah menggantung dia sehingga mati. Dia cuba nak bongkar rahsia kami jadi saya terpaksa membunuhnya. Tak sangka sebelum tu dia sempat untuk meninggalkan surat. Tapi saya bernasib baik sebab tiada bukti yang menunjuk ke arah saya. Tapi sekarang saya nak menyerah diri kerana semua rahsia saya telah terbongkar.” Jelas Encik Hussam.
Inspektor izzul dengan segera menggari kedua-dua pergelangan tangan Encik Hussam. “Awak telah didakwa atas dua tuduhan iaitu membunuh dan menculik. Ikut saya ke balai.”
Azzam cuba untuk menahan mereka dari beredar tetapi dengan tiba-tiba dia terasa badannya mula lemah. Pandangannya mula kabur. Tak...tak....bukan sekarang!
Raimy melihat ke arah Azzam. Dia merasa terkejut melihat Azzam seperti dalam kesakitan. Seperti yang dia agak, Azzam masih belum sihat untuk terus menyelesaikan kes ini.
“Kenapa ni Azzam? Kau tak apa-apa ke?” tanya Raimy. Dia dengan segera memegang bahu Azzam bila Azzam dengan tiba-tiba hampir jatuh.
Azzam tidak menghiraukannya. Dia dengan segera berlari ke arah Inspektor Izzul.
“Tunggu sebentar inspektor. Saya tak tahu apa yang berlaku di sini tetapi bukan Encik Hussam penjenayah yang sebenar untuk kes kedua ni.” Bantah Azzam. Raimy terkejut.
“Apa maksud kau Azzam? Semua bukti dah menunjuk ke arah Encik Hussam. Siapa lagi yang bunuh Mariam kalau bukan dia.” jelas Raimy. Dia cuba untuk mempertahankan ramalannya.
“Lagipun, dia sendiri dah mengaku tadi.”
“Betul, saya sendiri juga tak faham kenapa dia mengaku walaupun dia bukan pembunuh yang sebenarnya. Tapi saya pasti bukan dia.” jelas Azzam. Encik Hussam terdiam.
“Jangan mengarut. Cuma Encik Hussam sahaja yang boleh menggantung Mariam di sini.” Ujar Raimy geram.
“Salah! Yang boleh menggantung orang bukan sahaja Encik Hussam. Tambah Mariam sendiri, sudah menjadi 2 orang.” Semua orang kehairanan.
“Mariam sendiri yang telah menggantung diri di bilik ini.” jelas Azzam.
“Mariam menggantung diri?”
“Kelakar... Setahu aku dekat sini tiada kerusi atau apa saja untuk menjejakkan kaki di bawah kaki dia! kedua-dua tangan pula diikat belenggu di belakang badan.” Raimy tersenyum.
“Tiada kerusi untuk mejejakkan kaki. Tanpa bantuan dari orang lain dia tak mungkin dapat menggantung diri sendiri.” Jelas Raimy lagi, pasti dengan kenyataannya.
“Betul juga! Walaupun dia tidak digantung tinggi sangat tapi sekurang-kurangnya ada 30sm! Kedua-dua tangan terikat di belakang tubuh, kalau tak berdiri atas sesuatu, tak mungkin boleh menggantung diri!” Inspektor Izzul setuju.
“Tiada barang untuk menjejakkan kaki? Betulkah?” tanya Azzam.
“Azzam, apa maksud kau?” tanya Raimy untuk kepastian.
“Memang ada perehat kaki! Hanya tetapi kita tak perasan ia berada di depan mata kita selama ni!?” semua kelihatan tidak mempercayai kata-kata Azzam.
“Sini ialah tempat kejadian dan perehat kaki tu masih berada di sini lagi. Kamu semua dapat teka di mana tak?” tanya Azzam. semua orang melihat keadaan sekeliling. Hanya terdapat sebuah permaidani dan sebuah almari yang terletak jauh sedikit di belakang.
“Di sini? Jangan-jangan sesuatu di bawah permaidani?” ujar Encik Hussam. Inspektor Izzul terkejut. Dia seperti dapat mengagak apa yang cuba Azzam maksudkan.
“Rupanya begini!”
“Hebat betul Inspektor Izzul. Sudah tahu pun!” puji Azzam.
“Azzam! bagi tahu kami mana perehat kaki itu?” arah Raimy yang sejak dari tadi tidak sabar menunggu.
Azzam dengan segera melutut lalu memegang hujung permaidani tersebut.
“Permaidani?” Raimy kehairanan.
“Gulung dengan cara ni—” Azzam menggulung permaidani tersebut. Semua orang mula nampak apa yang cuba dibuat oleh Azzam. Mereka terkejut terutama Raimy.
“Ini?”
“Tengok! Kan dah dapat perehat kaki.” Ujar Azzam sambil tersenyum kelat. Dia mula rasa tidak sihat kembali.
“Kalau tak salah permaidani yang tergulung ni ada ketinggian melebihi 30sm. Dia memijak permaidani ini untuk menggantung diri.” Jelas Azzam lagi.
“Maknanya dia berdiri di atas ‘pentas penghukuman’ yang dibuat sendiri...gulung wayar pada leher dan mengikat tangan di belakang badan—”
“Kemudian tolak dengan kaki seperti ini.” Azzam menolak permaidani tersebut. Semua orang yang ada di situ terkejut.
“Tengok! Permaidani pulih ke keadaan sediakala.”
“Dia sengaja membersihkan koridor dari debu supaya muslihat dapat dijalankan dengan lancar. Sebarang kesan mengguling atau menghampar permaidani mesti dihapuskan supaya muslihat ini tidak diperasan orang!” ujar Azzam. Raimy kelihatan masih tidak berpuas hati.
“Habis, kenapa dia perlu menuduh Encik Hussam yang membunuhnya dengan meninggalkan surat yang ada nama pengarah?” tanya Raimy.
“Kau pasti ke dia tinggal surat tu sebab nak tuduh Encik Hussam membunuhnya?” tanya Azzam kembali. Raimy terdiam.
“Cuba tengok pada tarikh kematian mangsa. Ia sama dengan tarikh bayi tu hilang, yang berbeza cuma tahun berlakunya kes ini. Di sini Mariam cuba memberitahu kita sesuatu.
Nama yang ditulisnya di atas kertas bukan bermaksud menuduh Encik Hussam membunuhnya, tetapi untuk memberitahu yang dia dalang di sebalik kehilangan bayi tersebut.” ujar Azzam sambil mengelap peluh di lehernya.
“Kenapa dia tak tulis saja dengan betul yang dia nak bongkarkan kebenaran tentang kehilangan bayi tu. Kan lebih senang?” tanya Raimy. Azzam tersenyum.
“Mungkin sejak dari awal lagi dia tak nak mengkhianati Encik Hussam. Dia cuma mahu mendenda Encik Hussam atas kesalahannya. Dia membunuh diri mungkin atas rasa bersalah telah membunuh isteri Encik Rahman. Mariam cuma mahu rakan subahatnya ini menyerahkan diri kepada polis untuk kesalahan mereka tiga tahun yang lepas.” Jelas Azzam. Encik Hussam mula menangis. Mula menyesal atas perbuatannya.
Raimy tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya melihat penjenayah di bawa pergi. Encik Hussam tetap akan didakwa atas tuduhan menculik dan membunuh kerana telah membunuh isteri Encik Rahman.
Azzam dan Raimy beredar pulang ke wad Azzam tanpa berkata apa-apa. Raimy mula sedar kesilapannya tadi. Terlalu ego untuk menang sehingga tidak nampak kebenarannya.
Azzam duduk di atas katilnya. Raimy segera duduk di sebelahnya.
“Tahniah Azzam. Cabaran kali ini kau menang dengan adil.” Puji Raimy,
“Aku tak pernah terima cabaran kau, Raimy. Dalam mencari kebenaran, tiada menang atau kalah. Dan ianya bukan satu permainan untuk dibuat main.” Ujar Azzam sambil memegang dahinya yang berdenyut-denyut sejak dari tadi.
Raimy berjalan ke arah pintu bilik untuk beredar. Dia bangga dapat berjumpa dengan seorang detektif seperti Azzam.
“Semoga berjaya dalam dunia yang penuh dengan misteri ini. dan selepas ini, kita tentu akan bertemu lagi di atas pentas yang penuh misteri. Tapi kali ini kita akan bekerjasama menyelesaikannya.” Ujar Raimy sambil membuka tombol pintu.
“Kau dengar tak, Azzam?” tanya Raimy yang sejak dari tadi menunggu jawapan dari Azzam. Raimy kehairanan bila Azzam tidak berkata apa-apa. Dia segera menoleh kebelakang.
“Azzam!” jerit Raimy. Azzam jatuh tak sedarkan diri di atas katilnya. Dia sudah habiskan tenaganya untuk terus bangun menyelesaikan kes tadi.
Raimy dengan sedaya upaya cuba untuk mengejut Azzam tetapi tidak berjaya. Dia keluar mencari doktor. Jihan dan yang lain-lain hairan melihat Raimy berlari-lari mencari doktor.
“Kenapa ni, Raimy.” Tanya Jihan.
“Cari doktor cepat. Azzam tak sedarkan diri dekat dalam bilik dia. Cepat!” jerit Raimy. Jihan dan Tini terkejut. Mereka dengan segera mendapatkan Azzam. Yuya dan Syazwan membantu Raimy mencari doktor yang ada.
WAHILA

13 Julai 2011

BAB 30: HOT & COLD - AZZAM VS RAIMY

+Setiap misteri akan dirungkaikan+

+ bab 30+
Kes baru
Azzam VS. Raimy
(BHG 2)
“Inspektor, tolong terangkan apa yang terjadi pada jururawat tersebut sehingga polis menganggap ia satu kes pembunuhan.” Minta Azzam. Semua orang yang ada di situ kelihatan takut mendengar tentang kes jururawat tersebut.
“Kes ini berlaku kira-kira setahun yang lepas. Jururawat tersebut telah dijumpai mati digantung di dalam bilik yang ada di tingkat atas bangunan hospital yang telah lama ditinggalkan.”
“Bangunan terbiar yang ada di hujung sana ke, inspektor?” tanya Raimy. Inspektor Izzul mengangguk.
“Orang pertama yang jumpa mayat tu ialah Encik Hussam iaitu pengarah hospital ini.” ujar Inspektor Izzul sambil menunjuk ke arah Encik Hussam.
“Tunggu sekejap. Bukan ke bangunan tu bangunan yang paling jauh kalau dari sini. Kenapa awak boleh sampai dekat sana? Apa yang awak buat dekat sana, encik?” tanya Azzam.
Encik Husaam kelihatan gelisah. Seperti cuba memikirkan sesuatu.
“Saya dapat sepucuk surat yang suruh saya pergi ke bangunan lama tu untuk ambil sesuatu. Tanpa berfikir panjang, saya ikut sahaja arahan surat tersebut sehingga saya terjumpa dengan mayat si mati yang tergantung.” Jelas Encik Hussam. Raimy dan Azzam kelihatan hairan. Ada sesuatu yang mengganggu mereka tentang alasan yang diberikan oleh lelaki tersebut.
“Kalau gantung diri, kenapa polis anggap ini satu kes pembunuhan? Kenapa tak anggap ini kes bunuh diri?” tanya Raimy.
“Sebab semua bukti yang ada menunjuk ke arah satu pembunuhan.”
Azzam dan Raimy merasa hairan. “Apa maksud tuan?” tanya Azzam.
“Sewaktu kami jumpa mayat tersebut, tempat kejadian kelihatan bersih. Tiada tempat yang berselerak. Tiada tempat untuk menjejakkan kaki untuk menggantung diri. Tambahan pula jarak antara kaki dan lantai agak jauh. Mustahil untuk si mangsa menggantung diri dengan sendiri.” Jelas Inspektor Izzul.
“Tapi dia boleh gunakan tangan dia dan tampung diri dia untuk sampai ke tali gantung, kan?” jelas Raimy sambil menunjukkan gaya yang dimaksudkan olehnya.
“Betul, tapi ketika kami menemui mayat tersebut tangannya telah diikat di belakang dengan kuat.”
“Apa?” Azzam dan Raimy terkejut. Mustahil untuk mangsa membunuh diri.
“Ada bukti lain tak, inspektor?” tanya Raimy untuk kepastian.
“Ketika kami turunkan mayat, kami terjumpa sehelai kertas di tangannya. Nampaknya dia memegang erat kertas tersebut.”
“Apa yang tertulis dalam kertas tersebut?” tanya Azzam.
“Nama saya.” Jawab Encik Hussam. Azzam dan Raimy kelihatan bingung.
“Nama saya telah di tulis oleh mangsa. Polis dah pastikan itu memang tulisan Mariam.”jelas Encik Hussam.
“Betul tu, tapi kami tiada bukti untuk menuduh Encik Hussam yang membunuh dia. Lagipun, Encik Hussam masih baru ditukarkan ke hospital ini ketika itu. Lagipun dia tak kenal dengan mangsa” Terang Inspektor Izzul.
“Jadi maknanya, dia telah dijerat oleh pembunuh yang sebenar untuk menanggung kesalahan yang dibuatnya.” Ujar Raimy. Azzam kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
“Inspektor ada rekod tentang kes ini?” tanya Azzam.
“Ada.” Jawab Inspektor Izzul ringkas.
“Boleh saya tengok?” minta Azzam. Raimy kelihatan hairan.
Azzam melihat ke dalam fail yang diberikan oleh Inspektor Izzul. Dia kelihatan terkejut melihat tarikh berlakunya kejadian tersebut.
“Kejadian ini berlaku sama dengan kejadian mayat bayi tu hilang.” Ujar Azzam. Raimy terkejut mendengar penjelasan Azzam. Dia segera melihat ke dalam fail tersebut untuk kepastian.
“Betul tu. Semua kakitangan hospital percaya yang mayat bayi tersebut telah menghantui Mariam. Dia juga orang yang sama telah membunuh mangsa.” Ujar Encik Hussam. Azzam dan Raimy baru faham kenapa semua orang di sini kelihatan takut bila disebut tentang Mariam.
“Jangan mengarut. Semua benda tu tak wujud.” Bantah Encik Rahman mempertahankan nama anaknya.
“Ataupun awak yang telah bunuh jururawat tu sendiri untuk balas balik atas kehilangan mayat anak awak?” sindir Encik Hussam.
“Apa awak cakap?” marah Encik Rahman sambil memegang leher baju Encik Hussam. Inspektor Izzul dengan segera menjauhkan mereka berdua sebelum satu pergaduhan tercetus.
“Ada kemungkinannya juga, inspektor. Mungkin dia sendiri yang pergi ke bilik stor tersebut untuk membunuh si mangsa. Tak pasal-pasal saya yang kena jeratnya. Nasib baik saya jumpa mayatnya lebih awal. Kalau tak, mungkin saya yang dituduh sebagai pembunuh.” Ujar Encik Hussam untuk menyakitkan hati Encik Rahman. Dia tersenyum sinis sambil membetulkan bajunya.
Azzam tergamam. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. “Encik Hussam, awak baru bertukar ke hospital itu seminggu sebelum mangsa dibunuh, bukan?” tanya Azzam. Encik Hussam mengangguk. Azzam tersenyum. Tikus dah masuk dalam jerat.
“Sekarang tinggal nak cari macam mana kes ni berlaku.” Azzam meneliti gambar yang ada di dalam fail tersebut dengan berhati-hati. Dia tak mahu tertinggal sebarang bukti untuk menuduh si pembunuh yang sebenar.
Si mati telah digantung di tengah-tengah bilik. Hanya ada sebuah baldi dan sebuah almari besi di bahagian belakang kanan mangsa. Di bawah mangsa terdampar sebuah permaidani. Mustahil untuk mangsa membunuh diri kerana perehat kaki tiada.
Kalau mangsa menggunakan baldi, mustahil untuk menendangnya kembali pada keadaan kemas. 
Azzam meneliti dengan lebih berhati-hati. Dia terlihat sesuatu di dalam gambar tersebut yang boleh dijadikan bahan bukti. “Jadi, macam ni lah pembunuh membunuhnya.”
Sekarang kes ini dah selesai. Sekarang semuanya dah jelas untuk selesaikan kes yang kedua ini. Tinggal untuk mencari bukti kukuh untuk kes pertama.
“Saya dah tahu siapa pembunuh yang sebenarnya, inspektor.” Jelas Raimy dengan tiba-tiba. Azzam terkejut.
“Betul ke. Raimy? Siapa orangnya?” tanya Inspektor Izzul. semua yang ada di situ tergamam.
“Saya akan jelaskan semuanya selepas saya buktikan sesuatu dalam kes pertama.” Ujar Raimy yakin. Azzam tersentak. Raimy tersenyum sinis. Kau pasti tak dapat tangani aku, Azzam. Cabaran aku bermula dari sekarang.
“Tak mungkin dia dapat memikirkannya dengan pantas. Betul ke dia dah selesaikannya?” Azzam seperti tidak mempercayai apa yang didengarinya. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang duduk.
Betul ke apa yang akan diramalkan olehnya nanti?

*****

Azzam hanya mengikut Raimy berjumpa dengan seorang pegawai polis yang ada di situ.
“Tuan, boleh tolong buat sesuatu untuk kami?” tanya Raimy. Pegawai tersebut mengangguk. Raimy segera membisikkan sesuatu kepada pegawai tersebut. Azzam hanya melihat.
Raimy segera menyerahkan bahan bukti tersebut kepada pegawai polis itu. Pegawai tersebut dengan pantas menerimanya lalu beredar.
“Satu kerja dah selesai.” Ujar Raimy gembira. Azzam masih sedang memikirkan hal tadi. Dia masih ragu-ragu Raimy dapat menyelesaikan kes yang kedua nanti.
“Azzam, kita akan bekerjasama untuk kes pertama ini tapi untuk kes yang kedua, kau kena terima cabaran aku.”
“Tapi—” belum sempat meneruskan ayatnya, Raimy dengan pantas memotong.
“Tidak ada tapi-tapi. Kau kena ingat perjanjian kita.” Azzam tersentak.
“Sekarang cuma tinggal untuk tunggu jawapan dari pegawai-pegawai polis yang lain.” jelas Raimy. Azzam hanya mendiamkan diri.

*****

Tini, Syazwan dan Yuya beredar masuk ke wad Azzam. mereka terkejut apabila melihat Azzam tidak terbaring di atas katilnya. Jihan juga tiada di situ.
“Mana Azzam?” tanya Yuya.
“Nampaknya dia dah sedarkan diri sebelum masa tamat. Alhamdullilah.” Syazwan dengan segera bersyukur. Nasib baik apa yang dibayangkan oleh mereka tidak menjadi kenyataan.
“Bodoh! Jangan bersyukur lagi.” Marah Tini dengan tiba-tiba.
“Apa maksud awak Tini?” tanya Yuya yang kehairanan.
“Dia baru sahaja sedarkan diri. Badannya masih lemah. Sepatutnya selepas sahaja dia sedar, dia perlu pulihkan tenaganya untuk menghadapi kemungkinan kuasa dari cip tu masih belum sesuai dengannya. Walaupun mereka dah berjaya bersatu antara satu sama lain, tetapi Azzam masih tiada tenaga dalam badannya.” Jelas Tini yang kelihatan risau.
“Cepat. Pergi cari Azzam.     Bawa dia datang ke mari sebelum dia terlalu lemah untuk terus bangun.” Ujar Tini. Syazwan dan Yuya semakin risau. Mereka dengan pantas keluar dari bilik untuk mencari Azzam. Tini juga dengan segera keluar mencari Azzam.
“Dungu. Apa yang kau fikir kau cuba buat Azzam? Kau cuba nak bahayakan nyawa kau lagi hanya untuk selesaikan satu kes yang tidak semestinya akan terbongkar kebenarannya?”

*****

Azzam dan Raimy segera mengarah semua orang yang terlibat untuk berkumpul di bangunan lama di mana berlakunya kes pembunuhan Mariam, iaitu jururawat yang telah dianggap di bunuh oleh seseorang.
Mereka tidak sabar untuk menyelesaikan kes ini. Namun, Azzam risau apabila melihat Raimy kelihatan yakin untuk selesaikan kes yang kedua.
Raimy melihat ke arah Azzam. “Berpeluh?” Azzam masih kelihatan tidak sihat. Mukanya masih pucat. Raimy mula merasa tidak sedap hati melihat keadaan Azzam seperti itu.
“Hei, betul ke kau tak apa-apa? Kau masih tak sihatkan? Apa kata kau berehat je.” Cadang Raimy. Azzam tersenyum sambil mengelap peluhnya.
“Aku tak apa-apa. Aku takkan berehat selagi kes ni tak selesai. Tugas aku masih tak selesai sebagai seorang penyiasat. Tak kira sama ada sakit atau tak, tugas seorang penyiasat masih perlu diteruskan sehingga penjenayah ke muka pengadilan.” Jelas Azzam. Raimy kelihatan kagum.
Raimy melihat ke arah orang yang sedang berkumpul. “Nampaknya semua dah ada di sini.”
“Mari kita bongkarkan pelakon disebalik tirai pentas jenayah ini.” ujar Raimy, teruja.

WAHILA

06 Julai 2011

BAB 29: HOT & COLD - KES MAYAT BAYI HILANG

+ bab 29+
KES MAYAT BAYI HILANG
Azzam VS. Raimy
(BHG 1)

“Mayat bayi awak?” semua terkejut kecuali kakitangan hospital yang ada di situ.
“Tak, semua tu tipu. Kami tak pernah tahu apa-apa pun tentang anaknya.” Ujar doktor tersebut.
“Apa maksud awak semua yang awak tak tahu apa-apa tentang hal ini. Sudah tiga tahun perkara ni berlaku.  Awak semua jangan buat tak tahu pula.” Marah lelaki tersebut. Pihak kakitangan hospital mendiamkan diri. Pengarah hospital tersebut tersenyum seorang diri melihat pergaduhan mereka.
“Tak habis-habis pasal benda yang sama.” Keluh Inspektor Izzul. Raimy kehairanan.
“Apa maksud inspektor dengan benda yang sama? Inspektor tahu ke apa yang berlaku tiga tahun yang lepas?” tanya Raimy. Inspektor Izzul hanya mengangguk.
“Tiga tahun yang lepas, Encik Rahman ada buat laporan polis tentang kehilangan mayat bayinya di hospital ini. Bila kami terima laporan tu, saya telah ditugaskan untuk siasat kes ini.”
“Tapi tentu tak ada bukti yang menunjukkan bayi itu dilahirkan di sini, kan?” sampuk Raimy.
“Betul tu. Jadi kami terpaksa tutup kes ini sebab tiada bukti yang kukuh.” Ujar Inspektor Izzul.
Raimy meletakkan jarinya di dagu seperti gaya orang yang sedang berfikir. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. 
“Inspektor, apa kata serahkan kes ini kepada saya. Biar saya yang selesaikan misteri di sebalik semua ini.” minta Raimy. Jihan, Syazwan dan Yuya terkejut mendengar permintaan Raimy itu. Tini hanya melihat sambil tersenyum.
“Tapi Raimy, kes ini dah lama. Esok sudah genap tiga tahun perkara ini berlaku. Kalau betul pun apa yang dikatakan oleh Encik Rahman, rasanya semua bukti mesti sudah berjaya dihapuskan. Tiada apa lagi yang ditinggalkan.” Jelas Inspektor Izzul.
“Kalau betul pun macam tu, tak semestinya semua bukti dah dihapuskan. Kalau disiasat dengan betul pasti akan jumpa punya. Jadi benarkan saya siasat kes ini, inspektor.” Rayu Raimy sambil menundukkan kepalanya.
“Baiklah. Hish! Awak ni degil macam ayah awak juga. Nak libatkan diri dalam semua perkara.” Keluh Inspektor Izzul.
Raimy ketawa teringat akan perangai ayahnya yang memang suka masuk campur dalam semua perkara. Bapa borek anak rintik, desis Raimy dalam hatinya.
Raimy menggenggam tangannya memikirkan sesuatu sambil tersenyum. Sekarang Azzam, lebih baik kau bangun dan terima cabaran aku dalam pentas yang penuh misteri ini. Tentu kau tak mahu kalah dan biarkan aku rampas kesemua hak milik kau.


Inspektor Izzul sedang mengambil keterangan Encik Rahman, iaitu seorang bapa yang mendakwa telah kehilangan mayat bayinya yang telah lahir dua tahun yang lepas di hospital ini.
Raimy yang berada di sebelah mereka hanya mendengar untuk mendapatkan klu bagi menyelesaikan kes ini.
“Seperti dakwaan awak, awak kata isteri awak telah melahirkan anak lelaki awak di wad bersalin hospital ini tetapi mayat anak awak telah hilang.” Ujar Inspektor Izzul. Encik Rahman hanya mengangguk.
“Tapi mana isteri awak?” tanya Raimy.
“Isteri saya meninggal dunia sewaktu melahirkan anak kami.” Jelas Encik Rahman. Raimy merasa bersalah kerana menanya soalan seperti itu.
“Maafkan saya. Saya tak tahu tentang hal itu.”
“Tidak mengapa. Saya dah berjanji dengan diri saya untuk menuntut mayat anak kami dan kebumikannya di sebelah kubur isteri saya. Itulah impian saya. Dan selagi tidak berjumpa dengan mayat anak saya. Saya tidak akan berdiam diri.”
Raimy faham rasanya kehilangan seseorang. Ibunya juga meninggal sewaktu melahirkannya. Tetapi Encik Rahman kehilangan kedua-dua orang yang disayanginya.
“Encik Rahman ada serahkan kami topi bayi yang kecil dan sehelai selimut. Encik kata barang itu telah diserahkan kepada awak oleh seorang Nurse sebagai tanda peringatan kepada anak awak. Betulkan?” tanya Inspektor Izzul untuk kepastian.
“Betul. Dia juga ada serahkan sekeping foto anak saya dan kincin milik isteri saya.” Tambah Encik Rahman.
“Nurse tu tak serahkan pakaian anak awak ke?” tanya Raimy. Encik Rahman menggelengkan kepalanya.
“Inspektor, bukan ke sebelum lahirkan anak, ibu bapa akan sediakan pakaian anak dan diserahkan kepada doktor untuk anak mereka yang akan dilahirkan.” Tanya Raimy lagi.
“Awak ada serahkan pakaian anak awak tak pada pihak hospital sebelum isteri awak masuk ke wad bersalin?” tanya Raimy lagi. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Ada. Saya bagi sekali dengan topi dan selimut ini. Tetapi pakaiannya saya tak dapat balik.” Jelas Encik Rahman sambil menunjuk ke arah bukti yang ada di hadapannya itu.
Hairan, kenapa tak dapat balik? Atau mungkin—? Tapi terlalu awal untuk membuat ramalan.
“Selepas sahaja saya dapat semua barang ni, Nurse tu nak bawa mayat anak saya ke Bahagian Pathology Department untuk siasat kenapa anak saya dilahirkan tidak cukup bulan. Jadi saya benarkan.”
“Tak cukup bulan? Sewaktu anak encik mati, sudah masuk berapa bulan?” tanya Raimy.
“Sudah masuk tujuh bulan.” Ujar Encik Rahman.
“Tak mungkin.” Raimy terkejut. Tapi kenapa boleh meninggal?
“Kenapa Raimy? Awak dah jumpa sesuatu ke?” tanya Inspektor Izzul.
“Tak ada apa-apa.” Ujar Raimy pantas.
“Selepas hampir sebulan, saya cuba tuntut balik mayat anak saya. Tapi tiada berita tentangnya. Selepas beberapa kali cuba, pihak hospital beritahu saya yang mereka tidak ada sebarang rekod tentang anak saya.” Ujar Encik Rahman.
 “Awak ada buat sijil kematian anak awak tak?” tanya Raimy.
“Ada.” Ujar Encik Rahman Ringkas. Raimy tersenyum.
“Boleh saya tengok sijil tu. Ada sesuatu yang saya nak pastikan.” Minta Raimy sambil tersenyum yakin.
Encik Rahman dengan pantas menyerahkan sijil kematian anaknya kepada Raimy. Raimy dengan segera meneliti sijil tersebut.
“Inspektor ada sebarang rekod tak tentang doktor ini. Dia yang sahkan kematian bayi ni, kan?” tanya Raimy.
“Kami dah cuba cari doktor ni, tetapi tiada seorang pun yang kenal dengannya. Lagipun, tiada rekod pun tentang doktor ini bertugas di sini. Kami dah cari merata tempat, tapi tiada sesiapa yang pernah mengenalinya. Lagipun kami tak tahu rupanya bagaimana.” Ujar Inspektor Izzul.
Raimy merasa hairan. Kes ini mula membuat kepalanya pening. Tetapi dia pasti ada sesuatu yang dapat dijadikan bukti, tetapi dia tidak pasti apakah buktinya.
“Inspektor, boleh tak serahkan semua bukti ini kepada saya?” Inspektor Izzul hanya mengangguk.
                  
*****

          Jihan sejak dari tadi masih menunggu Azzam untuk bangun. Namun dia rasakan penantiannya itu sia-sia sahaja. Sudah hampir sejam dia menunggu namun tidak ada sebarang perkembangan.
“Apa yang berlaku dengan awak, Azzam? Kenapa banyak perkara yang awak rahsiakan dari saya? Tolonglah bangun dan beritahu saya maksud kata-kata awak hari tu. Apa kebaikannya awak tak hiraukan saya macam ni? Tolonglah Azzam.”
Jihan menatap muka Azzam yang pucat itu. Dia membaringkan kepalanya di tepi tangan Azzam. Ada satu rahsia sudah terbongkar dan Jihan mahu mendengarnya dari mulut Azzam sendiri.
Tolonglah, saya harapkan awak beritahu kebenaran tentang hubungan kita yang dulu, Azzam.
Tiba-tiba, Jihan dapat rasakan tangan seseorang menggenggam erat tangannya. Jihat terkejut.
Namun, dia tersenyum gembira sebaik sahaja melihat siapakah yang berada di hadapannya sekarang.

*****

Raimy duduk di kantin hospital seorang diri. Banyak yang dia perlu fikirkan. Raimy melihat ke arah bukti-bukti yang ada di hadapannya sekarang.
“Apa sebenarnya yang berlaku tiga tahun yang lepas. Kenapa tiada rekod pasal doktor ni?” Raimy tertanya-tanya.
“Kau sepatutnya tengok bukti tu dengan betul. Semuanya akan terbongkar kalau kau siasat benda ni dengan lebih mendalam.” Raimy terkejut. Dia segera menoleh ke belakang untuk melihat milik siapakah suara tersebut.
“Cuba tengok dengan betul gambar ni. Apa yang kau nampak?” tanya lelaki tersebut sambil duduk di hadapan Raimy. Raimy tergamam.
“Apa yang kau nampak?” tanya lelaki tersebut lagi sambil menunjuk ke arah gambar bayi tersebut. Lelaki tersebut memakai baju sejuk berwarna biru dan t-shirt berwarna putih di dalam. Raimy hanya melihat ke arahnya.  Lelaki tersebut tersenyum sambil membetulkan topi yang dipakainya.
“Hoi, pak cik. Kau melamun apa?” tanya lelaki tersebut sambil mengelap peluhnya.
“Apa yang kau buat dekat sini? Kau dah sihat ke, Azzam?” akhirnya Raimy bersuara. Azzam tersenyum kelat. Sebenarnya, suhu badannya masih tidak menurun dan dia masih berasa pening.
“Aku dah sihat.” Azzam cuba menipu namun Raimy dapat mengagak.
“Apa yang kau buat dekat sini? Demam kau masih tak baik, kan? Lagipun kau baru je sedarkan diri. Kau perlu banyak berehat.” Jelas Raimy. Azzam tersenyum melihat Raimy.
“Kau ni sama je macam Jihan, Raimy.”
“Tunggu sekejap. Macam mana kau kenal aku? Aku rasa sebelum ni aku tak pernah jumpa dengan kau depan-depan macam ini.” Raimy berasa hairan.
“Aku dah pernah jumpa kau sekali. Kau je yang tak perasan.” Jelas Azzam sambil melihat ke arah bahan bukti yang ada di atas meja.
Raimy tidak mahu menanya soalan kepada Azzam dengan lebih lanjut. “Hoi.” Azzam memandang ke arah Raimy.
“Tentang cabaran aku—”
“Kau nampak tak apa yang ada dalam gambar ni?” Azzam segera menyampuk.
“Apa?” Azzam menunjuk ke arah gambar bayi tersebut.
“Gambar mayat bayi yang baru dilahirkan.” Jawab Raimy.
“Macam mana kau tahu ini gambar bayi yang telah meninggal?” tanya Azzam. Raimy tergamam.
“Cuba kau tengok. Kalau difikir secara logik, kenapa bayi yang telah meninggal dunia dipakaikan dengan pakaian?” Raimy melihat ke arah gambar tersebut. Kini Raimy sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Azzam.
“Ada kemungkinan bayi yang ada di dalam gambar ini masih hidup.” Ujar Raimy. Azzam mengangguk tanda setuju.
“Dan tentang kincin ni. Saya pasti ada sesuatu di sebaliknya.” Jelas Azzam sambil memegang plastik yang mempunyai kincin di dalamnya.
“Apa?”
“Sebenarnya aku pun ada kincin yang sama seperti yang ini. Tentu kau terkejut kalau kau tahu kelebihan kincin ini.” ujar Azzam.
“Apa?”
“Dan lagi satu, tentang nurse yang terlibat dengan kes bayi ni tiga tahun lepas—”

*****

“Inspektor!” panggil Raimy sambil berlari. Azzam mengikut di belakangnya.
“Kenapa Raimy?”
“Ia tentang nurse yang terlibat dalam kes ini tiga tahun yang lepas.” Inspektor Izzul tergamam.
“Siti Mariam iaitu jururawat yang telah menggantung diri sehingga mati di hospital ini.” ujar Azzam. Semua kakitangan hospital yang ada di situ tergamam. Mereka kelihatan terkejut mendengar nama jururawat tersebut.
Azzam dan Raimy tersenyum. Seperti yang mereka ramalkan.
WAHILA

02 Julai 2011

BAB 28: HOT & COLD - PENYIASAT BARU

+Setiap misteri akan dirungkaikan+

+ bab 28+
Penyiasat baru

Jihan mengelap peluh di dahi sambil tersenyum. Dia kelihatan berpuas hati melihat dapurnya yang bersih. Jihan makin gembira melihat keadaan rumahnya yang bersih. Dia terus terduduk di atas sofa kerana keletihan selepas sehari suntuk menghabiskan masa mengemas rumahnya.
          Rutin harian Jihan pada hujung minggu ialah mengemas rumahnya sehingga bersih. Kalau ingin mengharapkan ayahnya, tunggang terbaliklah rumahnya.
          Baru sahaja mahu menglelapkan matanya, tiba-tiba dia terdengar orang mengetuk pintu rumahnya. Jihan terus berlari ke arah pintu sambil menggosok-gosok matanya.
          Jihan terkejut apabila melihat siapa yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya itu. Jejaka itu hanya tersenyum melihat Jihan yang terkejut.
          “Tak nak jemput masuk ke?” Jihan hanya tersenyum.
          “Lelaki mana boleh masuk rumah anak dara orang.” Balas Jihan. Lelaki tersebut ketawa. Jihan mencebikkan mukanya.
          “Hai Jihan.” Sapa lelaki tersebut sambil tersenyum.
          “Hai Raimy. Apa yang awak buat dekat sini?” tanya Jihan yang sejak tadi kehairanan.
          “Saya nak tanya awak sesuatu sekejap. Boleh tak?” tanya Raimy. Jihan hanya mengangguk.
          “Dekat sekolah awak ada seorang detektif muda, kan. Apa nama dia ye?” Raimy cuba mengingat kembali nama orang yang dimaksudkan olehnya.
          “Azzam.” cadang Jihan. Suaranya berubah seperti orang yang berada dalam kesedihan.
          “Betul. Nama dia Azzam. Saya nak minta tolong dengan awak bawa saya jumpa dia, boleh tak?”
          Jihan seperti teragak-agak bila hal yang berkaitan dengan Azzam. Dia melihat ke arah Raimy yang sejak dari tadi menunggu jawapannya.
          “Boleh atau tidak?” tanya Raimy.
          “Saya boleh bawa awak jumpa dia. Tapi kenapa awak nak cari dia. Awak kenal dia ke?”
           “Saya tak kenal dia pun. Tapi saya dengar dia terkenal dengan kes yang dia selesaikan. Jadi itu menarik perhatian saya sebagai seorang penyiasat.”
          “Seorang penyiasat. Awak pun detektif?” Jihan kehairanan. Raimy mengangguk.
          “Saya bantu ayah saya yang bekerja di jabatan polis. Ayah saya ketua polis di sana.” Jihan hanya mengangguk tanda faham.
          “Tapi kenapa awak nak jumpa dia?”
          “Saya nak lawan dengan dia. Saya nak tengok siapa yang paling hebat menyiasat.”
          Jihan yang sejak dari tadi kelihatan tidak senang duduk apabila bercakap tentang Azzam. Raimy dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku antara mereka, tetapi dia biarkan sahaja.
          “Jom saya bawa awak pergi rumah dia.” ajak Jihan sambil memakai seliparnya. Raimy hanya mengangguk tanda setuju.
         

          Jihan hanya melihat ke arah pintu pagar rumah Azzam. Dia teragak-agak untuk terus melangkah. Dia menggenggam tangannya cuba untuk menenangkan fikirannya. Raimy sejak dari tadi hanya melihat tanpa berkata apa-apa.
          Jihan terus menekan loceng pagar tersebut. Dia sudah bertekad untuk tidak mengambil kisah lagi tentang Azzam. Dia ada di situ hanya untuk membantu Raimy.
          Mak Cik Rafidah segera berlari ke arah pintu pagar untuk melihat siapa yang datang berkunjung ke rumah tuannya itu. Jihan hanya tersenyum melihat perangai Mak Cik Rafidah yang tidak pernah berubah itu. Masih terburu-buru seperti biasa.
          “Assalamualaikum, mak cik.”
          “Waalaikumusalam. Jihan rupanya. Kenapa Jihan datang ke sini?”
          “Saya nak jumpa Azzam sekejap. Dia ada dekat rumah?” tanya Jihan. Dia mula rapat dengan pembantu rumah itu semasa dia menjaga Azzam sewaktu sakit dulu.
          “Maafkan mak cik, Jihan. Azzam tiada dekat rumah.”
          “Dia pergi mana, mak cik?” tanya Raimy yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.
          “Kamu berdua tidak tahu ke?” tanya Mak Cik Rafidah. Jihan dan Raimy kelihatan bingung.
          “Tahu apa?” tanya Jihan, ringkas.
          “Tuan muda sekarang ada dekat hospital. Petang semalam tiba-tiba dia jatuh pengsan dekat bilik bacaan. Badan dia panas sangat. Mak cik dengan kawan-kawan dia cuba sedarkan Azzam, tapi dia tak bangun-bangun. Mak cik risau tengok keadaan dia macam tu. Kami cepat-cepat hantar dia dekat hospital.” Jelas Mak Cik Rafidah. Dari suaranya kedengaran dia sangat risau dengan keadaan Azzam.
          Jihan dan Raimy terkejut mendengar khabar tersebut, terutama sekali Jihan.
          “Macam mana dengan keadaan dia sekarang, mak cik?” tanya Raimy. Dia pasti yang Jihan juga mahu tahu tentang keadaan Azzam sekarang, tetapi tidak mahu menanyakan soalan tersebut atas sebab yang dia sendiri juga tidak tahu.
          “Sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Doktor cakap suhu badannya makin meningkat. Kadang-kadang dia meracau-racau seperti bermimpikan sesuatu yang buruk. Doktor juga tak faham apa yang berlaku.”
          Jihan semakin risau akan keadaan Azzam. Dia mula tertanya-tanya kenapa semua perkara ini berlaku selepas perubahan mendadak Azzam seminggu yang lepas.
Takkan ini sebabnya dia jauhkan diri dari aku. Tapi tak mungkin. Kenapa aku masih rasa ada sebab yang lebih besar dari ini.
Tiba-tiba Raimy menarik tangan Jihan sambil berlari. Jihan terkejut.
“Kita nak pergi mana ni?” tanya Jihan sambil cuba untuk melepaskan tangannya.
“Pergi jumpa Azzam.”
Jihan terkejut. Matanya mula berkaca. Dia hanya mengikut Raimy tanpa berkata apa-apa. Kenapa susah sangat aku nak lupakan semua ini.

*****

Azzam masih tidak sedarkan dirinya. Tini, Syazwan dan Yuya masih menunggu Azzam untuk sedarkan diri dengan penuh sabar. Mereka bertambah risau kerana sudah sehari suntuk mereka menunggu namun tidak ada sebarang perkembangan.
“Sebenarnya apa yang berlaku? Kenapa Azzam masih tak sedarkan diri?” tanya Syazwan yang mula gelisah melihat kawan karibnya yang masih terlantar di atas katil.
“Aku pun tak faham. Kenapa selepas dia masuk dalam bilik tu, dia terus pengsan. Apa yang sebenarnya yang berlaku?” Yuya melihat ke arah muka pucat Azzam. Tini mula risau.
“Kita cuma perlu tunggu lagi lima jam.” Tiba-tiba Tini bersuara.
“Lima jam? Untuk apa?” tanya Syazwan.
“Azzam telah aktifkan cip yang ada dekat dalam badan dia tanpa sengaja. Sekarang dia cuma perlu sesuaikan dirinya dengan kuasa hebat dari cip tersebut. Tapi—” Tini tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Syazwan dan Yuya hairan.
“Tapi apa?” tanya Syazwan dan Yuya serentak.
“Tapi aku hairan kenapa masa yang diambil kali ini lebih dari lima belas jam. Aku takut kalau lagi lima jam dia tak bangun dan kalau selama waktu itu dia tidak sesuaikan diri dengan cip itu dia akan—”  Tini terdiam. Yuya dan Syazwan dapat rasakan apa yang cuba Tini sampaikan.
“Tak mungkin.” Syazwan dan Yuya seperti tidak percaya apa yang akan mereka hadapi kalau Azzam tidak bangun dalam masa lima jam lagi. Tini, Syazwan dan Yuya mendiamkan diri sambil memikirkan sesuatu.
“Aku percaya. Dia pasti dapat lakukannya. Dia bukan orang yang senang menyerah kalah dalam perkara yang dia mesti menang. Dia pasti akan berjaya.” Syazwan mengeluarkan kata-kata semangat. Dia pasti Azzam akan berjaya sebelum lima jam berakhir.

*****

Jihan dan Raimy terus berjalan ke arah wad di mana Azzam di letakkan. Raimy menanyakan nombor bilik Azzam kepada jururawat yang sedang bertugas di kaunter hadapan. Jihan sedang menunggu dengan penuh sabar. Dia kelihatan gementar untuk mengetahui keadaan sebenar Azzam.
Dadanya berkobar-kobar untuk berjumpa dengan Azzam setelah pergaduhan mereka sebelum ini. Azzam nak ke jumpa dengan aku?
“Terima kasih, Nurse.” Ucap Raimy bila berjaya mendapatkan nombor bilik Azzam. Jihan dan Raimy dengan pantas berlari di sepanjang koridor untuk ke bilik Azzam.

*****

Azzam masih tidak sedar dari tidurnya. Tini duduk di atas kerusi di sebelah katil Azzam sambil melihat ke arah Azzam. Terpancar kerisauan di wajahnya apabila melihat keadaan Azzam seperti itu.
“Kau masih boleh bertahan ke, Azzam?” Tini melihat ke arah jam tangannya. Sudah hampir pukul 2 petang. Tini semakin risau. Waktu semakin singkat.
“Hanya tinggal lagi 4 jam.” Ujar Tini sambil menggenggam tangan Azzam.
Sekarang giliran Tini untuk menjaga Azzam. Yuya dan Syazwan sudah balik untuk membersihkan diri mereka dahulu. Mereka sudah berjanji untuk menjaga Azzam dengan bergilir-gilir sehingga Azzam sedarkan diri. Tetapi sudah sehari suntuk, Azzam masih tidak bangun.
Demamnya masih tidak surut, namun makin menaik. Tini semakin bimbang jika apa yang dibayangkan selama ini menjadi kenyataan.
Tuk...tuk...tuk...
Tini terdengar bunyi ketukan pintu.
“Masuk.” Ujar Tini ringkas sambil menyelimutkan Azzam.
Tini menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orang yang datang bertandang ke wad Azzam. Tini terkejut apabila melihat Jihan sedang berdiri di hadapannya bersama seorang lelaki.
Jihan juga terkejut apabila melihat Tini sedang menjaga Azzam seorang diri. Dia teringat satu berita yang diberitahu oleh Wawa padanya semalam. Jihan terkejut apabila dia mengetahui yang bahawa Azzam dan Tini tinggal serumah. Dia mahu menanyakan soalan kepada Tini untuk kepastian tetapi dia menyimpannya.
Raimy yang sejak dari tadi hanya memandang kedua-dua gadis tersebut. Dia tidak tahu peristiwa apa yang terjadi kepada mereka sehingga mereka kelihatan seperti bermusuhan tetapi dia pasti ia sesuatu yang buruk.
“Saya Raimy, apa khabar?” Raimy kenalkan dirinya pada Tini. Tini hanya tersenyum.
“Saya Tini.” Ujar Tini ringkas.
“Bagaimana dengan keadaan Azzam?” tanya Jihan yang sejak dari tadi hanya membisu.
“Keadaan dia tak berapa baik. Kalau dia berterusan begini, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku padanya.” Jelas Tini dengan nada yang menakutkan. Raimy kehairanan. Dia dapat rasakan sesuatu dari kata-kata Tini tadi.
Jihan melihat ke arah Azzam yang terbaring lemah di atas katil di sebelahnya. Ini kali kedua dia melihat Azzam seperti itu. Namun yang lain pada kali ini, bukan dia yang menjaga Azzam.
Raimy melihat ke arah muka pucat Azzam. Ini kali pertama dia bersemuka dengan seorang penyiasat muda selain dari dirinya sendiri.
“Aku datang ke sini untuk mencabar Azzam sebagai seorang detektif muda yang terkenal. Aku nak cabar dia di atas pentas yang penuh misteri.” Raimy tersenyum sinis.
“Jadi Azzam, kau mesti bangun dari katil ini dan terima cabaran aku. Kalau tak, aku akan rampas semua gelaran kau.” Raimy mendekatkan kepalanya ke telinga Azzam lalu membisik sesuatu. Selepas itu, dia tersenyum seorang diri.
Jihan dan Tini sejak dari tadi kehairanan. Mereka tertanya-tanya apa yang dibisikkan Raimy ke telinga Azzam.
Raimy yang sudah mengagak apa yang akan berlaku selepas ini hanya membuat muka selamba. Jihan dan Tini tahu yang Raimy tidak akan menjawab soalan mereka, jadi mereka hanya mendiamkan diri.
Yuya dan Syazwan segera masuk ke dalam bilik sambil membawa barang yang di beli mereka tadi.
“Hai Jihan. Dah lama sampai?” tanya Yuya.
“Tak lah. Baru sekejap tadi sampai.”
“Ini siapa?” tanya Syazwan sambil memandang ke arah Raimy.
“Kenalkan, ini Raimy. Kami baru sahaja berkawan. Dia datang ke sini untuk melawat Azzam.” Syazwan menjabat tangan Raimy.
“Awak kenal ke dengan Azzam?” tanya Yuya.
“Saya kenal dengan dia melalui berita. Ketika dia menyelesaikan kes di taman tema hari itu. Saya dapat tahu dia terkenal dia luar negara dan digelar penyelamat polis. Jadi saya datang ke sini untuk mencabar dia.”
Yuya dan Syazwan tertanya-tanya kenapa lelaki di hadapan mereka ini mahu mencabar Azzam. Tini hanya tersenyum.
“Sebenarnya Raimy ini juga seorang penyiasat di sekolahnya.” Jelas Tini. Yuya dan Syazwan mengangguk tanda faham.
“Macam mana awak boleh tahu saya juga seorang penyiasat di sekolah saya. Padahal saya tak bagi tahu awak tentang hal ini.” Raimy kehairanan. Sedangkan tadi dia hanya memperkenalkan namanya sahaja kepada Tini.
“Saya boleh agak bila awak bercakap tentang nak cabar Azzam sebagai seorang penyiasat. Dan bila awak cakap tentang nak merampas gelaran Azzam, dari situ juga saya boleh agak. Kalau orang biasa tak kan berani untuk mencabar seorang detektif muda yang terkenal seperti Azzam kecuali dia juga seorang detektif.” Jelas Tini. Raimy terpegun.
“Wah, Tini! Awak sama seperti Azzam. Pandai mengagak diri seseorang hanya dengan kata-katanya sahaja.” Puji Yuya. Syazwan hanya mengangguk tanda setuju.
Wah, seperti yang disangkakan, Tini dan Azzam memang sepadan untuk dijadikan rakan penyiasat. Desis Jihan di dalam hatinya.
“Tak sangka Azzam ada kawan seperti awak semua disekelilingnya. Dia sangat bertuah.” Puji Raimy. Tini dan lain-lain tersenyum bangga kecuali Jihan.
Aku tak layak untuk digelar kawan Azzam sejak dari hari itu lagi. Jihan teringat kejadian di kantin tempoh hari. Pergaduhan antara dia dan Azzam.
“Tolong bawa bertenang, encik.”
“Tak! Saya tak akan bertenang selagi awak tak bagi tahu saya mana pihak hospital sembunyikan dia.”
Tini dan yang lain-lain bergegas ke arah pergaduhan tersebut selepas terdengar bunyi orang membuat bising.
“Kami dah bagi tahu yang kami tak tahu apa-apa tentang anak encik.” Jawab seorang doktor sambil cuba melepaskan bajunya dari genggaman lelaki tersebut. Pengawal yang ada di situ turut membantu meleraikan pergaduhan tersebut.
“Apa yang berlaku ni?”
“Ha, tuan pengarah. Lelaki ini masih menanyakan soal anaknya.”
 Pengarah tersebut hanya tersenyum sinis. Raimy yang melihat merasakan sesuatu yang tersembunyi disebalik senyumannya itu.
“Dah berapa kali awak nak serang pekerja saya seperti ini? Tahu tak ini akan menyebabkan pesakit di sini terganggu.” Jelas pengarah tersebut.
Lelaki tersebut mengetap bibirnya, menahan geram.
“Apa sebenarnya yang berlaku ni?”
Semua mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Raimy tersenyum.
“Wah, Inspektor. Apa yang inspektor buat dekat sini?” tanya Raimy.
“Awak kenal dia, Raimy?” tanya Jihan. Raimy mengangguk.
“Nama dia ialah Inspektor Izzul. Dia bekerja di jabatan polis terbesar di Malaysia. Dia ialah orang bawahan ayah saya. Dia baru berumur 28 tahun tapi dah banyak berjasa dalam bidangnya.” Jelas Raimy.
“Perlu ke awak cerita sampai ke umur saya, Raimy?” tanya Inspektor Izzul sambil menggaru kepalanya. Raimy dan yang lain-lain semua ketawa melihat gelagatnya.
“Apa sebenarnya yang terjadi. Kami terima laporan ada pergaduhan antara doktor dan orang luar.” Jelas Inspektor Izzul sambil membetulkan lengan bajunya.
“Sebenarnya tuan, pihak hospital telah menyembunyikan mayat anak saya sejak 3 tahun yang lepas.” Jelas lelaki yang sejak dari tadi membuat kacau di hospital.
“Mayat?” tanya mereka serentak.

WAHILA