Script ini di sediakan oleh Famili Azam

Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SEMASA. Papar semua catatan

11 Disember 2011

BAYARAN BANTUAN RM 500

Meredakan Inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat-bajet 2012

Objektif utama pemberian bantuan rakyat RM500 kepada isirumah yang berpendapatan bawah RM3,000 kepada seperti yang dibentangkan pada bajet 2012 merupakan diantara salah satu diantara cadangan kerajaan pada tajuk seperti dibawah

MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
Penerusan subsidi bil elektrik RM20
Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
AeYEK INFO BERGUNA UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500

Penting!elakkan diri daripada menjadi mangsa kepada sindiket yang cuba mengambil kesempatan

Di sini saya sertakan info dan cara untuk memohon bantuan tunai RM500

Tarikh pendaftaraan
Bermula 10 Disember 2011,hingga 10 Januari 2012(tempoh sebulan)

Tempat Untuk melakukan permohonan
  • Anda boleh muat turun(download)borang secara percuma di portal rasmi www.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my mulai tarikh 10 Disember 2011
  • Dapatkan borang permohonan di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri atau Pejabat Cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN)serta agensi kerajaan yang berkaitan
Borang yang telah lengkap di’isikan perlu disertakan bersama dengan salinan kad pengenalan dan diserahkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri,sekolah-sekolah terpilih,pejabat cawangan LHDN atau di 17 buah Pusat Khidmat Hasil di seluruh negara selewat-lewatnya pada 10 Januari 2012
Siapa yang layak memohon?
  • Keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
Kriteria pemohon
-Ketua Isi rumah yang merangkumi :-
  • Individu berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu(Bujang,duda,Ibu tunggal)yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi LHDN di talian 1-300-88-3010 atau menggunakan talian hotline BR1M,seperti tertera dibawah
Talian Hotline : 1-800-222-500
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

Read more: http://www.enciknakal.com/2011/12/info-berguna-untuk-memohon-bantuan-rm500.html#ixzz1gEmm9j00
WAHILA

10 September 2011

PM Desak Kaji Semula Cukai Prepaid

PM Tidak Setuju Cukai Prepaid, Desak Kaji Semula

Oleh: Keris Pusaka
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”
“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

25 Ogos 2011

PROGRAM BANTUAN RUMAH RAKYAT, RAKYAT DAPAT MANFAAT


sumber: askarsetia.blogspot.com 


Program Bantuan Rumah Rakyat (PBRM) adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM kepada penduduk miskin di luar bandar. Antara program bantuan pembinaan infrastruktur asas yang telah dilakukan khususnya TD adalah Program Bantuan Rumah, Bekalan Air Luar Bandar dan termasuk penggunaan tanah tentera untuk kegunaan pertanian penduduk setempat.

Maklumat yang saya terima daripada rakan di 2 Divisyen telah memberi gambaran tentang aktiviti murni oleh ATM kepada masyarakat. Menurutnya, program yang telah mereka laksanakan di Pos Raya Simpang Pulai sebagai contoh telah membuktikan komitmen anggota tentera demi untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat khususnya golongan miskin.

Di Pos Raya Simpang Pulai, sebanyak ENAM buah rumah telah diserahkan kepada masyarakat setempat dan di Pos Slim (berdekatan Cameron Highland saya rasa) pula terdapat SEMBILAN buah rumah lagi sedang giat di siapkan untuk diserahkan.


SYABAS ATM!
WAHILA

07 Julai 2011

Kerjasama Polis Dan Tentera Tangani Ancaman Ketenteraman Awam


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis akan bekerjasama menangani segala ancaman keselamatan yang mengugat ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan. 

Sebelum itu, Polis dan tentera melakukan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Polis dan tentera sentiasa mengadakan latihan bersama berkaitan dengan ketenteraman awam, ini merupakan latihan kedua, dan sebahagian dari perancangan “Strategi Laut Biru” yang digariskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan.

Latihan tersebut diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan polis dan tentera. Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan.

Turut serta menyaksikan demonstrasi tersebut adalah pegawai kanan dari kedua-dua pasukan keselamatan tersebut.

WAHILA

24 Jun 2011

Perumahan Putra Perdana, Puchong Tidak Terurus.

Taman Putra Perdana kini makin berkembang maju, jalan masuk mudah untuk pergerakan kenderaan. Nak ke tempat kerja di Putraja pun cepat. Banyak kemudahan.

Tetapi sayangnya tempat yang cantik tersebut tidak dijaga, contohnya di jalan Putra perdana 5f, rumah di kawasan tersebut tak diuruskan dengan baik oleh kontraktor yang dilantik.

Duit senggaraan dan duit Sinki Fund dah dibayar tetapi senggaraan tak dibuat. Sampah bertaburan di kaki lima. Lampu dilorong masuk ketangga rumah tak menyala. Wayar dah kena curi, laporan dah dibuat tetapi tiada tindakan.

Satu hal lagi, peniaga kedai runcit dengan mudahnya meletakkan barang di kaki lima, tempurung kelapa dibuat dilorong masuk rumah kedai. Apa punya manusia, mana perginya sifat tanggungjawab anda?

Rumah yang kosong pula banyak yang rosak dan dipecahkan oleh penyangak. Ada pula rakyat asing yang tumpang tinggal percuma, curi air dan letrik.

Diharap pihak berkuasa ambil tindakan, ronda la sama di kawasan kami. Banyak sangat yang tak betul.

06 Jun 2011

MANUSIA TAPI TIDAK BEROTAK

Cuti sekolah dah sampai dipertengahan, ramai yang ambil peluang bercuti bersama keluarga. Inilah masanya untuk lepaskan tension kerja.
Biasalah kalau musim cuti, tidak kisahlah cuti apa pun ramai ambil peluang balik kampong. Bila ramai balik kampong jalan mesti sesak, termasuklah lebuhraya PLUS. Buatlah berapa lorong pun, sesak tetap sesak.
Salah satu penyebab kesesakan adalah kerana ada orang yang berotak tapi bodoh (tak berakal dan pentingkan diri sendiri). Ada otak tapi letak kat kepala lutut. Bila jalan sesak dia suka ikut laluan kecemasan, tak peduli orang lain. Kalau ada kemalangan, orang macam itulah yang menyebabkan ambulan lambat sampai ketempat kejadian.
Manusia macam itu sepatutnya ditangkap dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak, sebab perangai memang tidak berakhlak, hidup menyusahkan orang. Golongan ini perlu diletakkan di sebuah pulau yang terpencil berkawan dengan beruk.
Jadi diharapkan tiada lagi manusia seperti itu atas muka bumi ini selepas semuanya telah menjalani pemulihan. Yang ada pun berkemungkinan perangainya memang sudah tidak boleh diubah lagi. Orang macam itu, otaknya perlu ditukar dengan lembu.
Yang bercuti, selamat bercuti. Hati-hati di jalanraya. Jangan pentingkan diri sendiri semasa di jalanraya. Kita mampu mengubahnya.
WAHILA