Script ini di sediakan oleh Famili Azam

07 Julai 2011

Kerjasama Polis Dan Tentera Tangani Ancaman Ketenteraman Awam


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis akan bekerjasama menangani segala ancaman keselamatan yang mengugat ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, hanya polis yang akan membuat pemantauan pada hari berkenaan dan tentera hanya akan dipanggil jika keadaan memerlukan. 

Sebelum itu, Polis dan tentera melakukan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman antara kedua-dua pasukan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Polis dan tentera sentiasa mengadakan latihan bersama berkaitan dengan ketenteraman awam, ini merupakan latihan kedua, dan sebahagian dari perancangan “Strategi Laut Biru” yang digariskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Dalam demontrasi tersebut, diperlihatkan bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rajimen Askar Melayu Diraja menangani rusuhan.

Latihan tersebut diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan polis dan tentera. Latihan yang bermula 4 Julai itu melibatkan lebih 300 anggota dari kedua-dua pasukan.

Turut serta menyaksikan demonstrasi tersebut adalah pegawai kanan dari kedua-dua pasukan keselamatan tersebut.

WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan