+ bab 22 +
perubahan
Jihan termenung sendirian di dalam bilik tidurnya. Di dalam fikirannya hanya teringat tentang peristiwa dua hari yang lepas. Dia melihat ke arah anak-anak patung yang terbaring di atas katilnya. Dia tersenyum seorang diri.
Dia mengangkat salah satu dari anak patung tersebut. Anak patung yang berupa katak. Itu merupakan hadiah yang Azzam berikan kepadanya ketika di taman tema.
Jihan berjalan keluar dari biliknya. Dia mencapai beg sekolahnya yang diletakkan di satu sudut di ruang tamu.
Jihan mencari bayang ayahnya tetapi tidak kelihatan. “Nampaknya ayah dah pergi kerja.” Ujar Jihan sambil menyarungkan stokin sekolahnya.
“Jihan.” Jerit Wawa di luar rumahnya.
“Yelah, aku keluarlah ni.” Balas Jihan sambil terlompat-lompat memakai kasut sekolahnya. Wawa ketawa melihat keadaan kawannya itu.
Mereka melalui jalan yang sama untuk ke sekolah. Kali ini Azzam tidak bersama dengan mereka. Jihan merasa hairan.
“Mana Azzam? Dia tak jalan kaki dengan kita ke?” tanya Jihan.
“Tak.” Jawab Wawa ringkas.
Jihan mendiamkan diri. Dia teringat tentang sesuatu yang Azzam beritahunya ketika di taman tema. Dia masih tidak faham apa yang cuba Azzam sampaikan.
“Jihan awak gembira tak hari ni?” tanya Azzam sambil memandang ke arah Jihan.
Jihan hanya mengangguk sambil melihat pertunjukkan bunga api yang sedang berlangsung.
“Jihan.” Panggil Azzam. Jihan melihat ke arahnya. Dia tidak berkata apa-apa.
“Kalau perangai saya hari ini tidak sama dengan hari-hari yang akan datang, saya harap awak faham. Itu untuk kebaikan awak juga. Awak mesti faham yang saya lakukan semua itu untuk melindungi awak.” Jelas Azzam.
Jihan mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang cuba Azzam katakan.
“Apa maksud awak sebenarnya?” tanya Jihan untuk kepastian. Azzam tidak jawab soalannya itu. Jihan mula rasakan sesuatu yang buruk.
“Maaf. Saya tak maksudkan apa-apa. Jangan ambil perkara ini terlalu serius, okey?” ujar Azzam sambil tersenyum. Jihan hanya mengangguk.
“Ha! Ni mengelamun apa pula ni?” tanya Wawa. Jihan terkejut.
“Takkan teringat dekat suami kot? Baru dua hari tak jumpakan?” sindir Wawa. Jihan faham suami yang dimaksudkan oleh Wawa ialah Azzam.
“Kau ni mengada-ngada. Mana ada aku teringat pasal Azzam.” Jihan cuba berdalih. Wawa hanya tersenyum. Dia tahu kawannya itu cuba untuk membohonginya.
Kata-kata Azzam terngiang-ngiang di telinganya. Hatinya tiba-tiba dilanda resah. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tersirat disebalik kata-kata itu.
Tiba-tiba sebuah kereta Mercedes melepasi mereka. Jihan seperti mengenali kereta tersebut. Jihan cuba untuk melihat dengan lebih jelas. Azzam!
*****
Azzam berjalan ke arah pondok yang selalu menjadi tempat dia untuk melepak. Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Syazwan di sana.
Pengetua sekolah tersebut iaitu Encik Nasir berjalan ke arah Azzam. Azzam dengan segera memanggil salam. Sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk memanggil salam apabila terserempak dengan guru sekolah.
“Waalaikummusalam.” Jawab Encik Nasir sambil tersenyum.
“Azzam sihat hari ini?” tanya pengetua yang hampir mencecah umur 45 tahun itu. Azzam hanya mengangguk.
“Bagaimana dengan tawaran cikgu hari itu? Azzam dah fikirkannya?” tanya Encik Nasir lagi.
Azzam kehairanan. Tawaran? Azzam cuba untuk ingat kembali tawaran yang dimaksudkan oleh pengetuanya itu.
“Tawaran untuk tubuhkan kelab penyiasatan ke, cikgu?” tanya Azzam untuk kepastian. Encik Nasir mengangguk.
“Bagaimana? Azzam setuju?” Azzam hanya mendiamkan diri.
“Saya hampir lupa dengan tawaran cikgu hari itu. Saya rasa saya perlu fikirkannya dulu. Apabila saya sudah bersedia, saya akan berikan jawapan saya kepada cikgu.” Jelas Azzam.
“Baiklah, tawaran saya sentiasa terbuka untuk kamu.” Ujar Encik Nasir lalu beredar.
Azzam dengan pantas berlari ke arah pondok bacaan. Syazwan, Tini dan Yuya sedang menunggunya.
“Kau cakap apa dengan pengetua tu?” tanya Syazwan. Azzam meletakkan begnya di atas meja.
“Dia tanya aku pasal tawaran dia nak tubuhkan kelab penyiasatan.” ujar Azzam.
“Baguslah tu. Best ape kalau ada kelab macam tu.” Jelas Yuya.
“Aku nak fikirkan pasal perkara ni dulu.”
“Sebenarnya kau risau tak dapat uruskan kelab itu suatu hari nanti, kan?” tanya Tini sambil membaca majalah. Azzam mendiamkan diri. Riak mukanya kelihatan muram.
“Kau pasti akan terus hidup selagi kami dalam kumpulan kau. Kami kan dah berjanji untuk menentang mereka dengan kau.” Jelas Syazwan. Azzam hanya tersenyum. Yuya kehairanan.
“Kau dah bersedia ke?” tanya Tini.
“Bersedia untuk apa?” tanya Azzam kembali.
“Rancangan kau untuk menjauhkan diri dari Jihan. Aku rasa kau masih tak mampu untuk berbuat begitu. Lagipun, suatu hari nanti dia pasti akan tahu juga kebenaran.” Jelas Tini.
“Aku tak tahu nak buat apa? Yang aku tahu aku cuma nak jauhkan orang yang aku sayang dari kumpulan ni sahaja. Pasal Jihan tu, biarkan. Aku akan terus buat dia mula bencikan aku. Lagipun, sewaktu di taman tema hari itu, aku dah buat dia gembira untuk kali yang terakhir. Itu pun dah cukup.” Jelas Azzam sambil bermain dengan zip beg sekolahnya.
Yuya masih tidak faham apa yang terjadi. “Korang cakap pasal apa ni? Aku langsung tak faham. Lagi satu Azzam, yang kau cakap macam orang yang dah nak mati, kenapa?”
Azzam tersenyum. Dia lupa yang bahawa Yuya tidak ada kena mengena dengan hal ini. Azzam memandang ke arah Syazwan. Syazwan faham dengan maksud Azzam.
Syazwan dengan segera menceritakan segalanya kepada Yuya. Yuya hanya mendengar. Tini menyampuk bila ada benda yang mahu dia tambah.
Selepas habis bercerita tentang WWO atau lelaki berbaju putih tersebut, Syazwan terus mengambil botol airnya untuk diminum. Tekaknya rasa kering kerana banyak bercakap.
Yuya tergamam. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengari olehnya tadi.
“Azzam, saya sanggup tolong awak. Lagipun saya kan peminat nombor satu awak.”
“Sebenarnya saya tak mahu bahayakan awak semua. Mereka hanya mahukan saya.” Ujar Azzam, risau.
“Saya rasa lebih baik kalau saya seorang sahaja yang uruskan perkara ini.” Jelas Azzam.
“Kau ingat kami akan benarkan kau berseronok sendiri. Kami takkan lepaskan peluang ni.” Jelas Syazwan. Yuya mengangguk tanda setuju. Tini tersenyum.
Azzam kelihatan gembira dengan kata-kata Syazwan. “Friends. We are going to do this.” Ujar Azzam sambil tersenyum. Semua setuju.
*****
Di dalam kelas, Azzam tidak menegur Jihan dan Wawa seperti hari-hari yang lain. Jihan bertambah hairan.
Azzam bersikap diingin dengan mereka. Jihan dan Wawa tertanya-tanya apakah silap mereka kepada Azzam sehinggakan Azzam tidak mahu menegur mereka lagi.
Jihan cuba untuk bercakap dengan Azzam tetapi tidak dihiraukan. Setelah beberapa kali mencuba, Jihan mengalah.
Azzam menumpukan perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh gurunya di hadapan. Tini menolak-nolak tangan Azzam dengan sikunya.
“Kenapa?” tanya Azzam, marah.
“Boleh tahan ke? Sampai bila nak teruskan?” tanya Tini.
Azzam membisu. Dia terus menyalin nota Geografi yang diberi oleh gurunya tanpa menjawab soalan Tini. Tini hanya tersenyum.
Azzam segera memanggil Syazwan dan yang lain-lain ke belakang kelas. Jihan dan Wawa hanya melihat Azzam tanpa berkata apa-apa.
Syazwan, Tini dan Yuya mengangkat kerusi mereka ke belakang kelas. Disebabkan guru Bahasa Melayu mereka tidak dapat menghadirkan diri, kelas itu mula riuh. Gembira kerana tidak belajar.
“Tini, awak tahu dekat mana adik saya?” tanya Azzam. Tini menggelengkan kepalanya.
“Saya cuma ditugaskan sebagai pengintip. Jadi tempat adik awak sekarang berada cuma ketua-ketua yang dilantik oleh Eagle sahaja yang tahu. Selain itu, saintis yang menjalankan uji kaji terhadap adik awak. Itu sahaja.” Jelas Tini.
“Diorang selalunya beroperasi dekat mana? Kami tak pernah dengar pula pasal kumpulan WWO diburu oleh polis.” Ujar Syazwan. Azzam dan Yuya mengangguk tanda setuju.
Tini bingkas bangun lalu berjalan ke arah meja guru. Dia mengambil surat khabar lalu kembali ke tempat duduknya.
“Kenapa?” tanya Azzam kehairanan. Tini menunjuk ke arah tajuk utama berita pada hari itu.
“Kebakaran di Kedai Buku. Kedai buku ni ada dekat sekitar kawasan Putrajaya. Apa kena mengena dengan WWO pula?” tanya Yuya.
“Ini ialah kawasan yang kami pernah beroperasi dulu. Untuk menghapuskan bukti tentang kegiatan mereka, mereka akan membakar tempat itu. Dengan cara itu mereka tidak akan dikesan oleh pihak berkuasa.” Jelas Tini.
“Tapi itu mustahil. Kawasan ini dekat dengan kawasan polis. Dekat dengan balai polis pula. Takkan mereka berani?” Syazwan kehairanan.
“Tidak. Ia mustahil.” Jelas Azzam ringkas.
“Kenapa pula?” tanya Syazwan. Tini melihat ke arah Azzam.
“Mereka mengaburkan mata polis dengan cara ini. Buat kawasan di sekitar kawasan polis, dengan ini tidak akan disyaki apa-apa. Walaupun mereka bakar kedai tersebut, polis tetap akan meletakkannya sebagai kemalangan kerana semua bukti kegiatan mereka sudah dihapuskan dalam kebakaran.” Terang Azzam. Tini tersenyum kerana puas dengan jawapan Azzam.
“Awak tak tahu tempat-tempat diorang yang lain?” tanya Azzam.
“Tak.” Jawab Tini, ringkas.
Azzam geram. Dia menumbuk dinding untuk melepaskan tekanannya. Jihan melihat dari jauh. Apa sebenarnya yang terjadi dengan awak, Azzam?
“Kalau macam ini, sampai bila nak jumpa adik aku?” Tini, Syazwan dan Yuya hanya melihat ke arah Azzam.
“Kami tetap akan tolong cari adik awak, Azzam.” ujar Yuya.
“Betul tu, kami tetap akan bantu awak.” Setuju Syazwan.
Azzam tersenyum lemah. Apa yang patut aku buat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan