+ bab 9 +
Perkenalan
Tingkatan 3 Murni itu bising seperti biasa. Pantang guru lambat masuk mengajar mulalah penghuninya bersembang sesama sendiri. Ada-ada saja perbualan yang disulami gelak ketawa. Maklumlah 3 Murni katakan. Kelas kesayangan dan kelas yang pelajar-pelajarnya dianggap dewasa.
Tiba-tiba perbualan mereka terhenti dengan sendirinya bila terpandang Cik Nadia bersama seorang pelajar yang sedia tersandang beg di bahunya.
“Bangun! Assalamualaikum cikgu.” Kedengaran suara Azreen selaku Ketua Kelas memberi salam. Ternyata salamnya itu menghiasi suasana, menandakan saat itu bukanlah masanya untuk bergurau senda sesama sendiri lagi.
“Waalaikumusalam, duduk semua.” Suara guru yang masih bujang itu menusuk lembut ke dalam telinga. Masing-masing memberi tumpuan pada guru yang masih berdiri itu.
“Wow! Pelajar barukah? Siapa dia? Kenal-kenalkanlah dulu, cikgu.” Ujar Wawa dengan sorotan mata tak berkelip memandang pelajar baru itu. Jihan hanya mendiamkan diri.
“Sila kenalkan diri pada rakan sekelas.” Ujar Cik Nadia dan pelajar baru itu sambil melemparkan senyuman.
“Apa tunggu lagi? Kenalkanlah diri. Buat apa malu-malu kucing?” usik salah seorang pelajar perempuan di barisan tepi sebelah kanan kelas. Usikannya itu di sambut dengan gelak ketawa penghuni kelas itu.
Cik Nadia tersenyum. Begitulah suasana yang akan dialami setiap pelajar baru. Tanpa membuang masa pelajar baru itu terus bersuara. “Nama saya Azzam Hafizi...”
“Ooo! Azzam Hafizi? Oi Top up! Nama bapa dia dengan nama bapa kau samalah. Kau berdua kongsi bapakah?” Abib pula cuba mengusik Haziq yang selalu digelar Top-up di dalam kelasnya.
“Untuk lebih mesra lagi apa yang patut kami panggil kau?”
“Sayang.” Ujarnya dengan senyuman di wajah.
“Sayang? Wow... melampaulah. Untuk dipanggil sayang kena tukar jantina dululah.” Usik Abib lagi dengan senyuman masih terukir di wajah.
“Sudahlah tu. Kamu jangan usik Azzam lagi. Azzam! kamu duduk di meja yang kosong itu.” Azzam hanya mengikut arahan gurunya itu. Dia segera berjalan ke arah belakang kelas lalu duduk di belakang Jihan.
“Cikgu.” Suara seorang pelajar lelaki di bahagian kelas memecah suasana. Masing-masing mengalihkan tumpuan ke arah pelajar itu.
“Kenapa Zakir?” soal Cik Nadia mengerutkan dahinya.
“Dia dah ada kekasih ke belum?”
“La, soalan ini yang kamu tanya. Kalau tak ada kenapa?”
“Nanti adalah yang cemburu... dan senanglah kalau ada yang nak pikat.”
Zakir menjeling ke arah Abib. Lelaki itu tersentap. Dia memandang ke arah Wawa. Sakit hatinya terpandang gadis itu melirik tersenyum pada pelajar yang bertenggek di belakangnya. Ulat betina dah naik daun.” Desisnya.
“Kamu ni Zakir tak habis-habis. Sudahlah.”
“Cikgu!”
“Kenapa Haziq?”
“Cikgu tak ke bilik me syuarat ke?”
Pap! Cik Nadia menepuk dahinya. Seketika dia mencapai beg tangan serta bukunya. “Esok kita jumpa lagi. Sebelum itu cikgu nak kamu semua senaraikan kementerian-kementerian yang terdapat di Malaysia dan fungsinya sekali. Okey. Jumpa esok.”
“Bangun!!”
Sekali lagi semua pelajar bangun. Suara itu seringkali menusuk ke telinga mereka. Tidak pernah ada yang membantah atau mengengkari arahan itu. Bagi mereka arahan itu mesti diikuti, mesti menghormati setiap kali bermula dan berakhirnya suatu pelajaran. Biarlah nakal sekalipun, namun menghormati guru sudah menjadi amalan.
“Terima kasih cikgu!” ucap Azreen, selaku ketua kelas tingkatan 3 Murni itu. Kemudian diikuti oleh semua pelajar, serentak. Suara mereka yang penuh semangat. Seronok benar bila cikgu tidak masuk mengajar.
Sebaik saja Cik Nadia berlalu, kelas itu menjadi gamat semula. Kelas itu bising mengalahkan pelajar-pelajar tingkatan satu. Kelas itu akan menjadi sunyi sekiranya terlihat bayang Tuan Pengetua melintas. Pelajar nakal yang sudah dewasa bukannya senang untuk ditegur.
Bila langsung tidak ditegur mulalah besar kepala. Kalau ditegur baran pun membara. Jadi terpaksalah dibiarkan begitu saja. Cuma yang paling penting imej sekolah terjaga, keputusan peperiksaan biarlah ‘A’ berjela-jela.
Pelajar perempuan yang ada di kelas itu semuanya melihat ke arah Azzam. Semua memikirkan perkara yang sama. Betapa handsomenya Azzam. Dia dah ada girlfriend ke belum?
Selepas itu, mereka menyambung membuat kerja sendiri. Syazwan segera menuju ke arah Azzam.
“Awak Azzam kan?” tanya Syazwan.
“Ya. Macam mana awak kenal saya? Saya rasa saya belum berkenalan dengan sesiapa lagi dekat sekolah ini.” Jelas Azzam kerana bingung.
“Keluarga saya kenal dengan keluarga awak. Semalam mak dan ayah awak ada datang dekat rumah kami. Dia suruh saya jaga awak dekat sekolah ini. Mungkin kita boleh jadi kawan.” Tanya Syazwan. Azzam hanya memandang ke arahnya. Nampaknya aku dah ada kawan baru di sekolah. Thanks to mom and dad.
“Baiklah, nampaknya banyak benda yang awak kena tunjuk kepada saya tentang sekolah ini. Nampaknya ia tak sama dengan sekolah di luar negara.” Jelas Azzam.
“Okey saja. Tapi awak kena simpan rahsia awak.” Azzam kelihatan bingung. Apa yang dimaksudkan dengan rahsia dia.
“Rahsia! Rahsia apa yang awak maksudkan?” tanya Azzam.
“Yang awak ni seorang penyiasat terkenal dekat luar negara.”
“Oh. Pasal tu. Saya memang nak rahsiakan. Saya nak kenal Malaysia dulu.” Jelas Azzam sambil tersenyum.
Jihan dan Wawa masih bersembang. Syazwan memanggil mereka berdua. Jihan pusing ke belakang. Azzam hanya memandang ke arah Jihan. Dia seperti pernah melihat gadis itu sebelum ini.
Azzam terkejut. Nampaknya dia sudah berjumpa dengan gadis yang dilihatnya ketika di lapangan terbang. Ia seperti mimpi jadi kenyataan.
Syazwan memperkenalkan Azzam kepada Jihan dan Wawa. Selepas itu Jihan menoleh kehadapan. “Jangan terasa hati. Dia memang macam itu. Tak sukakan budak baru.” Jelas syazwan.
“Tidak mengapa.” Azzam hanya memandang ke arah Jihan. Dia berfikir dia akan cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Jihan.
Waktu persekolahan tamat. Seperti biasa Jihan dan Wawa berjalan pulang ke rumah. Mereka melalui jalan yang biasa mereka lalu. Sepanjang perjalanan pulang, mereka berborak tentang budak baru yang ada di kelas mereka.
“Azzam comelkan?” tanya Wawa.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Jihan bertanya kembali sambil membetulkan beg yang digalasnya.
“Kau jatuh hati dekat dia ke?”
“Mana ada. Aku rasa dia berminat dekat kau seorang je?” perli Wawa.
“Kau ni, ada-ada aje.” Jihan menafikannya. Mukanya mula merah. Dia merasakan ada sesuatu tentang Azzam yang menarik perhatiannya.
Mereka meneruskan perjalanan. Tiba-tiba Jihan terdengar suara orang menyanyi. Lagu itu seperti lagu yang selalu bermain dalam fikirannya. Dia mengendahkan suara itu. Mungkin itu hanya mainan perasaannya sahaja.
Going to see you again,
I don’t believe this simple truth....
Berhentilah. Kenapa lagu tu tak boleh nak berhenti. Jihan menutup telinganya. “Kau dengar tak suara itu, Jihan?” tanya Wawa. Jihan terkejut.
“Kau pun dengar. Aku ingat aku seorang aje yang dengar.” Jihan merasa lega kerana suara yang didengarinya bukan datang dari fikirannya.
“Kenapa pula?” tanya Wawa.
“Kau ingatkan lagu yang aku selalu tanya dekat kau. Suara yang aku selalu dengar.” Wawa mengangguk. “Lagu ini yang aku dengar.” Jelas Jihan. Dia kelihatan gembira. Jihan menggenggamkan tangannya.
“Nampaknya ini peluang aku untuk mencari dia. Jom Wawa.” Jihan dan Wawa berlari sambil mencari arah suara itu datang.
Di hadapan mereka ada seorang lelaki sedang berjalan sambil menggalas beg. Dari pakaian yang dipakai oleh lelaki itu, nampaknya dari sekolah menengah. Fikir Jihan.
You’re my love,
My other half...
I got you now and I won’t let go of your hand....
Jihan dan Wawa segera berlari ke arah lelaki itu. Di hadapan lelaki itu ada selekoh. Dia memasuki jalan itu. Jihan dan Wawa segera berlari ke arah selekoh berkenaan. Mereka berasa terkejut kerana lelaki itu sudah hilang dari pandangan.
Di sebelah kiri dan kanan mereka hanya terdapat rumah banglo yang didiami oleh orang kaya. Di hadapan mereka pula rumah yang paling besar yang ada di situ. “Nampaknya ini rumah seorang jutawan” fikir Jihan.
Jihan terlihat tiga buah kereta berada di halaman rumah itu. “Ada orang tinggal dekat sini. Nampaknya tuan rumah ini dah balik. Tapi siapa?” fikir Jihan lagi.
Jihan dan Wawa hanya memandang ke arah rumah itu. Nampaknya lelaki tadi sudah hilang, tapi di mana? Jihan melihat ke arah jam tangan, sekarang menunjukkan pukul 1.34 petang. Jihan segera mengajak Wawa pulang kerana dia ingin menyediakan makanan tengah hari untuk ayahnya.
Wawa hanya mengikut kehendak Jihan. Jihan merasa sangat kecewa. Di dalam hatinya, dia ingin sangat bertemu dengan lelaki itu, walau hanya sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan