+ bab 8 +
perjumpaan
Jam menunjukkan tepat pukul sebelas malam. Yuna dan Hafizi menaiki kereta menuju ke arah sebuah rumah banglo yang usang. Rumah itu kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan.
Hafizi memberhentikan kereta di hadapan pagar rumah itu. Yuna keluar dari keretanya diikuti oleh Hafizi dari belakang. Keadaan di rumah itu gelap gelita. Tiada satu pun lampu terpasang. Hafizi membawa keluar lampu suluh yang di simpan di dalam keretanya. Mereka berjalan ke arah pagar tersebut.
Yuna membuka zip beg tangannya untuk mengambil kunci. Yuna membuka pagar tersebut lalu berjalan masuk ke kawasan rumah itu.
Tiba-tiba lampu ruang tamu rumah itu terpasang dengan sendirinya. Yuna dan Hafizi tetap berjalan ke arah pintu masuk rumah itu.
Belum sempat Hafizi mengetuk pintu, tiba-tiba pintu itu terbuka dengan sendiri. Mereka memandang antara satu sama lain. Tanpa berfikir panjang, mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Tiba-tiba pintu itu tertutup dengan sendirinya. Hafizi dan Yuna terkejut apabila mendengar rumah itu mengeluarkan bunyi bergema apabila pintu tertutup. Dari belakang pintu itu, ada seseorang sedang bersembunyi. Disebabkan gelap, Hafizi tidak dapat melihat dengan jelas. Tiba-tiba ada orang berkata—
“Selamat datang Hafizi dan Yuna. Sudah lama tidak berjumpa.” Hafizi amat mengenali suara itu. Ia mengingatkannya kepada seseorang yang tidak disukai olehnya.
Suara itu kedengaran semakin kuat. Hafizi menoleh ke belakang apabila terdengar sesuatu terjatuh. Yuna hanya melihat sekeliling rumah itu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki berlari. Ia menuju ke arah Hafizi. Bayang itu semakin dekat. Ia berlari ke arah Hafizi lalu menyentuh bahunya. Hafizi dengan pantas memegang tangan bayang tersebut lalu mengangkatnya dan segera mencampakkannya ke bawah.
Hafizi masih memandang ke arah bayang tersebut. Tiba-tiba lampu terpasang. Semua orang yang berada di situ ketawa melihat bayang tersebut. Hafizi juga hanya tersenyum.
“Aku dah agak. Mesti kau orangnya. Seperti biasa, kau mesti nak kenakan aku lagikan, Hamzan?” tanya Hafizi.
“Memang pun. Tapi nasib baik kali ini kau tak campak aku keluar tingkap seperti mana kau buat dekat aku dulu.” Hafizi menghulurkan tangannya kepada Hamzan. Mereka ketawa.
Hamzan dan Hafizi pada mulanya selalu berebut kekasih. Mereka sukakan orang yang sama iaitu Yuna sejak dari sekolah menengah lagi. Tetapi pada akhirnya, Hafizi berjaya mendapatkan Yuna.
“Baiklah sekarang berkumpul di bilik sebelah.” Arah Hafizi. Semua orang yang berada di situ berjalan menuju ke arah bilik yang dimaksudkan. Yuna mengira jumlah orang yang hadir.
“Kesemuanya lima belas orang. Nampaknya kita bertambah lagi seorang ahli.” Jelas Yuna.
“Ini anak kami, Syazwan. Dia tahu tentang semua benda pasal kita.” Jelas Hamzan sambil menunjuk ke arah Syazwan.
Syazwan ialah anak hasil pernikahan Hamzan dengan isterinya Afrina. Dia sebaya dengan Azzam. Mereka berdua juga ialah bekas kumpulan WWO ataupun lelaki berbaju putih. Anak mereka juga ialah salah satu uji kaji yang dijalankan oleh kumpulan itu. Tetapi ujikaji itu tidak berjaya.
“Bagaimana dengan Azzam. Dia tak apa-apa ke?” tanya Farid iaitu bekas pengintip bagi kumpulan WWO.
“Dia makin sihat. Nampaknya alat pengesan di dalam badannya mula aktif. WWO sudah mula menjejakinya. Kami terpaksa membawanya pulang ke sini.” Jelas Hafizi.
“Awak dah beritahu pasal hal ini kepada Azzam ke belum?” tanya Afrina.
“Belum lagi. Bila waktu yang sesuai kami akan memberitahunya nanti.” Jelas Yuna sambil memandang ke arah Hafizi.
“Nampaknya kita mesti mengatur strategi.” Semua orang yang ada di situ setuju dengan pendapat Hafizi.
“Kami terpaksa kembali ke New York atas urusan kerja di sana. Jadi kami harap awak semua boleh menjaga Azzam di sini.” Yuna memandang ke arah rakan-rakannya. Nampaknya seperti tidak cukup seorang.
“Mana Nadia.” Tanya Yuna.
“Saya ada di sini.” Kedengaran suara dari arah pintu.
“Maafkan saya kerana terlambat. Tapi saya ada satu idea. Syazwan mari ke sini.”
Nadia menunjukkan cara untuk menjaga Azzam tanpa memberitahu hal yang sebenar kepadanya. Mereka semua bersetuju dengan cara itu.
*****
Pada malam yang sama, Azzam sedang baring di atas katilnya. Setelah sekian lama, akhirnya dia kembali juga ke rumah lamanya. Azzam teringat akan gadis yang dilihatnya ketika di lapangan terbang pagi tadi.
Dia seperti mengenali gadis itu. Wajah gadis itu masih terbayang di dalam ingatannya. Azzam berharap sangat dapat berjumpa dengannya kembali.
Tiba-tiba khayalannya diganggu oleh ketukkan pintu. Azzam bangun dari katilnya lalu segera membuka pintu.
Maafkan saya tuan. Tapi ini pakaian sekolah yang akan dipakai oleh tuan esok.” Azzam hanya melihat ke arah pembantu rumah tersebut. Walaupun seorang anak jutawan namun Azzam tidak pernah menunjukkan sikap yang sombong dan sentiasa membantu orang lain.
“Uniform? Dekat sini pakai uniform sekolah? Aduhai!” keluh Azzam. Mak Cik Rafidah hanya tersenyum. Dia telah menjaga Azzam sejak dari kecil lagi. Dia sudah tahu tentang diri Azzam, termasuklah isi hati dan perangainya.
“Oh ya. Tadi Puan Besar ada menelefon. Dia kata suruh Tuan Muda makan ubat yang diberi olehnya tadi. Dia juga ada kata jangan pernah tinggalkan ubat tersebut.” Jelas Mak Cik Rafidah.
“Terima kasih. Awak boleh pergi sekarang.” Pembantu rumahnya menundukkan kepala tanda hormat lalu menutup pintu.
Azzam hanya mendengar kata-kata ibunya sejak dari kecil lagi. Puan Yuna menyuruh Azzam memakan ubat yang diberi olehnya tanpa memberitahu apa sebabnya.
Tetapi apabila Azzam menelan ubat tersebut, jantungnya berdegup dengan perlahan. Dia mula merasa mengantuk. Ubat itu seperti dapat menenangkannya.
Azzam segera naik ke atas katilnya untuk tidur. Esok ialah hari baru baginya. Sekolah baru, kawan baru dan semuanya baru. Dia mahu segalanya berjalan lancar esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan