+ bab 14 +
Pelajar baru
Sekarang ialah waktu Sains iaitu waktu Cikgu Nadia. Cikgu Nadia ialah guru kelas mereka. Dia salah seorang guru yang terkenal di sekolah itu disebabkan oleh kebaikan dan kecantikkannya.
Mereka mendengar penjelasan Cik Nadia dengan teliti. Tiada seorang pun yang bersembang ketika guru mereka sedang mengajar di hadapan kelas. Azzam mencatat segala nota yang penting untuknya. Dia tahu pada tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan yang penting.
Tiba-tiba pengetua datang ke kelas mereka. Azreen dengan segera mengarahkan pelajar lain untuk berdiri memanggil salam.
Semua pelajar hanya mengikut arahan ketua kelas mereka itu. Azzam perasan ada seseorang yang berada bersama dengan pengetua. Seorang gadis. Gadis yang aku nampak tadi. Nampaknya pelajar baru. Fikir Azzam.
Selepas pengetua beredar dari situ, Cik Nadia segera memperkenalkan gadis itu kepada seluruh kelas. Tini. Namanya Fatini.
Cik Nadia segera mengarahkan Tini mencari tempat duduk. Dia memandang ke arah Azzam. Dia berjalan ke arahnya lalu duduk di tempat duduk kosong di sebelah Azzam.
Semua orang terkejut. Semua orang berfikir kenapa budak baru itu tidak duduk di sebelah Yuya tapi memilih untuk duduk di sebelah Azzam.
Jihan hanya melihat ke arah Tini, lalu dia menoleh kehadapan bila Cik Nadia mula mengajar. Azzam kehairanan.
*****
“Hai, saya Tini.” Gadis itu tersenyum.
“Hai, saya Azzam.” Balas Azzam sambil memandang ke arah Tini. Kelas Sains sudah tamat. Kelas seterusnya ialah kelas Sejarah namun gurunya tidak dapat menghadirkan diri.
Jihan dan Wawa memusingkan kerusi mereka ke belakang. Jihan dan Azzam bertentangan mata. Muka mereka mula merah. Mereka segera menoleh ke arah lain. Tini hanya melihat mereka. Wawa tersenyum.
Jihan dan Wawa berkenalan dengan gadis yang bernama Tini itu. Bagi Wawa, Tini kelihatan lebih matang dari umurnya. Gayanya seperti seorang wanita. Dia tidak banyak bercakap. Dia lebih berminat membaca majalah dari bercakap kosong.
Bagi Jihan pula, Tini seperti seorang yang lebih matang dan pandai menjaga diri. Dia kelihatan tenang walaupun ini hari pertamanya di sekolah ini.
Bagi Azzam, Tini hanyalah gadis biasa. Walaupun dia kelihatan matang dan tidak mesra, namun Azzam percaya hatinya lembut. Jihan bersembang dengan Azzam. Ini kali pertama Jihan dan Azzam berborak panjang. Dan mereka gembira dengan keadaan itu.
Azzam bercerita tentang dirinya ketika di luar negara. Jihan dan Wawa hanya mendengar. Tini masih membaca majalah tetapi dia mendengar apa yang diceritakan oleh Azzam. Azzam melihat ke arahnya. Tini tersenyum seorang diri seperti ada sesuatu akan berlaku. Buruk atau baik Azzam tidak dapat tentukan.
*****
Semua orang bergegas mencari tahanan yang telah melarikan diri. “Cepat cari perempuan tu.” Arah Crow, mula merasa geram.
Macam mana dia boleh terlepas? Mukanya mula berubah, marah. “Cari dia, bawa dia ke sini. Tak kira hidup atau mati.” Jerit Crow.
Shira berlari dengan sekuat hati tanpa menoleh ke belakang. Dia tidak mahu adiknya melakukan sesuatu yang buruk hanya kerana untuk menyelamatkannya.
Shira dan adiknya menyertai organisasi ini setelah ibu dan ayah mereka meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu, hidup mereka mula berubah.
Shira segera bersembunyi di salah satu bilik yang terdapat di situ. Dia terduduk melepaskan penat. Kedengaran dari luar pintu suara-suara pengawal sedang mencarinya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi.
Bunyi itu datang dari sebelahnya sahaja. Bunyi tapak kaki. Shira menoleh ke kanan. Tiba-tiba ada seseorang menghalakan pistol ke dahinya. Shira terkejut. Tiba-tiba—, bunyi tembakan bergema di dalam bilik itu.
*****
Pada petang itu, Azzam dan Syazwan bermain bola sepak di padang. Jihan dan Wawa hanya melihat mereka bermain. “Hebat juga kau main, Azzam.” Puji Syazwan sambil cuba untuk merampas bola dari Azzam. Azzam tidak berkata apa-apa. Dia hanya menumpukan perhatian pada permainan.
Jihan tersenyum sendirian melihat gaya Azzam ketika bermain bola. Tiba-tiba salah satu langkah Azzam mengingatkannya pada seseorang.
Jihan melihat dengan penuh perhatian. Dia cuba untuk ingat kembali di mana dia pernah melihat gaya sama yang Azzam main.
“Hebatnya awak main bola. Itu cita-cita awak ke?” tanya Jihan kerana kagum melihat budak lelaki itu bermain.
“Bukan. Cita-cita saya nak jadi seorang penyiasat yang terkenal. Saya nak selesaikan semua kes. Saya akan buktikan tiada kes di dalam dunia ini mustahil untuk diselesaikan.” Jawab budak lelaki itu sambil menimbang bola.
Jihan hanya melihat dia bermain. “Awak nak main sama?” tanya budak lelaki itu. Jihan menggelengkan kepalanya. Budak lelaki itu terus menunjukkan gayanya.
Jihan tersenyum sendirian. “Woi, korang nak main sama tak?” jerit Azzam sambil melambai ke arah Jihan dan Wawa. Kedua-dua orang gadis itu menggelengkan kepala mereka. Jihan melihat ke arah Azzam. Gaya mereka serupa. Fikir Jihan.
“Wawa, kau ingat tak tentang budak lelaki yang pernah aku cerita dekat kau dulu?” tanya Jihan sambil melihat ke arah Azzam.
“Aku ingat. Kenapa?” tanya Wawa.
“Azzam macam budak tu. Gaya mereka, cita-cita mereka dan rupa mereka semuanya hampir sama.” Jelas Jihan sambil tersenyum.
Wawa tersenyum melihat Jihan. Dia berharap dapat beritahu Jihan tekaannya memang betul. Tetapi sepatutnya Azzam yang memberitahu tentang perkara itu pada Jihan sendiri. “Kenapa kau tak tanya dia sendiri? Mungkin tekaan kau betul.” Wawa memberikan idea.
Jihan ketawa dengan perlahan. “Kalau betul pun, dia pasti dah bagi tahu aku dulu.” Jihan termenung. “Tapi aku takut.”
“Kenapa pula?” tanya Wawa kehairanan. “Aku takut nak tanya dia. Aku takut aku salah.” Jelas Jihan. Wawa mendiamkan diri. Bila agaknya Azzam nak beritahu Jihan hal yang sebenar.
*****
Tini hanya melihat mereka dari jauh. Pandangannya hanya tertumpu pada Azzam. Dia memegang sesuatu di tangannya. Dia mengenggamnya dengan sepenuh hati. Azzam! Tini tersenyum.
“Martin, kita beredar dari sini sekarang.” Arah Tini pada pemandunya. Martin hanya mengangguk, lalu beredar dari situ. Aku akan dapatkan kau Azzam.
*****
Krrrriiiiinnnnngggggg
“Azzam cepatlah sikit nanti lambat ke kelas PJ.” Marah Syazwan pada Azzam. Azzam dengan pantas menukar baju. Setelah selesai, dia menyertai rakan sekelasnya yang lain di padang.
“Baiklah kelas, saya akan membahagikan permainan masing-masing. Perempuan bermain bola jaring, manakala lelaki pula bermain bola sepak, okey.” Jelas Cik Nadia.
“Baik, cikgu.” semua pelajar menjerit tanda setuju. Cik Nadia tersenyum.
“Baiklah, Azzam, Syazwan boleh tolong cikgu ambilkan bola di bilik setor sukan?” Cik Nadia meminta tolong.
“Baiklah cikgu.” Azzam dan Syazwan bergegas untuk mengambil bola yang di arahkan oleh cikgu Nadia.
Beberapa minit kemudian,
“Nah cikgu, bola yang cikgu suruh ambil tadi.” Azzam memberikan dua biji bola pada Cik Nadia.
“Terima kasih.” Cikgu Nadia mengucapkan terima kasih kepada Azzam dan Syazwan.
“Emmm, dah tak ada apa-apa lagikan cikgu?” tanya Azzam. Cik Nadia berfikir “Emmmm, tak ada dah rasanya.”
“Bagus.” Baru sahaja dua langkah hendak berlari tiba-tiba Cik Nadia sudah menarik baju sukan Azzam dari belakang.
“Apa ni cikgu tiba-tiba je tarik baju saya ni? Saya nak main bola ni.”
“Hari ini kamu tak payah pergi PJ. Cikgu ada kerja untuk kamu.” Jelas Cik Nadia sambil tersenyum.
“Tapi cikgu kata tak ada kerja dah.” Mengeluh Azzam.
“Cikgu tak kata tak ada kerja dah. Cikgu kata dah tak ada rasanyalah.” Azzam mendiamkan diri. Syazwan hanya melihat dari jauh. Dia tahu kenapa Cik Nadia berbuat begitu pada Azzam. Nampaknya setiap kali PJ kena buat macam ni la. Syazwan ketawa kecil. Ni semua sebab idea cikgu waktu perjumpaan hari itu la. Fikir Syazwan.
“Kami terpaksa kembali ke New York atas urusan kerja di sana. Jadi kami harap awak semua boleh menjaga Azzam di sini.” Yuna memandang ke arah rakan-rakannya. Nampaknya seperti tidak cukup seorang.
“Mana Nadia.” Tanya Yuna.
“Saya ada di sini.” Kedengaran suara dari arah pintu.
“Maafkan saya kerana terlambat. Tapi saya ada satu idea. Syazwan mari ke sini.” Syazwan segera berjalan ke arah Nadia.
“Saya dan Syazwan akan jaga Azzam di sekolah. Kami akan pastikan Azzam tidak menyertai sukan yang boleh memenatkannya. Syazwan boleh menjaga Azzam waktu lepas sekolah.” Jelas Nadia.
“Baiklah, kami akan serahkan tugas ini pada awak.” Jelas Hafizi. Mereka semua setuju.
Syazwan ketawa kecil. Cik Nadia yang melihatnya dari jauh tahu apa yang sedang difikirkan oleh Syazwan. “Syazwan, ke sini sebentar. Tolong Azzam buat kerja ni.” Arah Cik Nadia.
Air muka Syazwan mula berubah menjadi masam. Sengaja. Fikir Syazwan. Dia menendang seketul batu untuk melepaskan geram. Tiba-tiba kakinya terasa sakit. Rupa-rupanya dia tersalah tendang antara batu kecil dan yang besar.
Cik Nadia tergelak melihat gelagat Syazwan. Azzam turut sama ketawa. Syazwan mula merasa malu dengan kejadian itu. Dia hanya tersenyum malu tanpa berkata apa-apa. Nasib baik cuma Cik Nadia dan Azzam yang nampak hal tadi. Kalau orang lain, jatuh reputasi aku. Fikir Syazwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan