Script ini di sediakan oleh Famili Azam

30 Mac 2011

BAB 18: HOT & COLD


 
+ bab 18 +
kebenaran

Wawa, Jihan dan Syazwan berjalan mengelilingi taman tema itu sambil menunggu Azzam dan Tini. Kelibat mereka masih tidak kelihatan. Mana mereka? Fikir Jihan.
Syazwan mendiamkan diri sejak tadi. Azzam. Tini. Syazwan tahu apa yang sedang berlaku di rumah Azzam. Dia tidak dapat menemani Cik Nadia ke rumah Azzam untuk memberitahu hal yang sebenar. Hal yang besar. Fikir Syazwan.
Dia melihat ke arah Jihan dan Wawa. Mereka kelihatan teruja. Takkan aku nak rosakkan keseronokan ni. Azzam takkan pernah buat macam tu. Aku akan alihkan perhatian mereka.
“Mana Yuya agaknya?” tanya Syazwan.
“Entahlah. Tini dengan Azzam pun tak sampai lagi.” Jawab Wawa. Jihan hanya mendiamkan diri. Mana awak, Azzam?
“Woi!” Yuya berlari ke arah mereka. “Maaf. Tadi banyak sangat kereta.” Jelas Yuya.
“Mungkin Tini dan Azzam lambat atas sebab yang sama. Sementara kita tunggu mereka, apa kata kita pergi berseronok dulu?” jelas Wawa. Semua orang setuju dengan cadangan Wawa. Jihan masih mendiamkan diri.
“Nak pergi ke tak, Jihan?” tanya Yuya. Jihan hanya mengangguk.

*****

“Perkara penting apa?” tanya Azzam.
“Azzam—” Tini kelihatan tidak gembira. Azzam kehairanan. Tini megambil nafas sedalam-dalamnya, lalu dia melepaskannya.
“Sebenarnya saya ialah pengintip yang dihantar oleh satu organisasi untuk menangkap awak.” Jelas Tini. Azzam masih kehairanan. Dia tidak memahami apa yang cuba di katakan oleh Tini.
“Organisasi? Pengintip? Apa yang awak semua cuba nak beritahu saya?” tanya Azzam.
“Sebenarnya kami bukan ibu bapa awak yang sebenar, Azzam. kami ialah ibubapa saudara awak. Ibu kandung awak ialah kakak kepada mak.” Jelas Puan Yuna. Azzam terdiam lalu tersenyum.
Puan Yuna dan Encik Hafizi kehairanan. “Kalau tentang itu. Saya dah tahu.” Jelas Azzam.
Puan Yuna dan Encik Hafizi terkejut. “Sejak bila Azzam tahu? Kenapa Azzam tak beritahu kami?” tanya Encik Hafizi.
“Sejak kecil lagi. Saya nak mak dan ayah beritahu saya dengan sendiri. Dengan mulut kamu berdua sendiri.” Jelas Azzam. kedua-dua ibubapanya terdiam.
“Jadi, ada banyak benda yang saya tak faham. Siapa ibu bapa saya yang sebenarnya? Siapa Tini? Organisasi apa yang awak semua maksudkan?  Banyak benda yang membuatkan saya pening.” Jelas Azzam sambil memegang dahinya.
“Azzam telah diburu sejak kecil oleh White Wing Organisation. Ada sesuatu di dalam badan Azzam yang diperlukan oleh mereka. Sekeping cip yang boleh membuatkan Azzam dan dunia ini dalam bahaya.” Jelas Cik Nadia.
“Mak dan ayah telah cuba membawa lari Azzam dari mereka. Bila sahaja Azzam melakukan sesuatu aktiviti yang memenatkan, alat pengesan akan aktif. Sebab itu kami tidak membenarkan Azzam bermain bola sepak.” Jelas Puan Yuna. That expkain everything. Fikir Azzam.
“Sebenarnya cip itu untuk apa?” tanya Azzam.
“Kami tidak dapat memastikannya lagi. Tapi yang pasti cip itu berbahaya.” Jelas Cik Nadia.
“Siapa mak dan ayah saya?” tanya Azzam lagi.
“Mak Azzam bernama Karmila. Dia seorang yang penyayang. Dia yang suruh kami bawa lari Azzam dari kumpulan itu.” Jelas Puan Yuna.
“Ayah pula?” tanya Azzam. semua orang yang ada di situ terdiam. Tiba-tiba Tini bersuara. “Ayah awak ialah ketua di organisasi itu. Dia yang jalankan uji kaji itu pada awak. Dia seorang yang kejam. Dia takkan lepaskan sesiapa yang membelot dari kumpulan itu.” Jelas Tini. Tanpa dia sedari, airmatanya berlinangan. Azzam terdiam.
“Jadi, betul ke awak ialah pengintip?” tanya Azzam untuk kepastian. Tini hanya mengangguk.
“Cik Nadia yang tangkap saya. Awak selalu dalam kesusahan sejak saya datang ke Malaysia. Saya ialah orang yang bertanggungjawab tentang kejadian buruk yang berlaku pada awak.” Jelas Tini.
Azzam berjalan ke arah Tini. “Tapi saya berjanji, saya akan tolong awak menentang organisasi ini. Mereka dah banyak menyusahkan hidup saya. Mereka juga orang yang sama bertanggungjawab membunuh kakak saya.” Jelas Tini lagi.
“Sudahlah. Lap air mata awak tu. Saya tahu awak tidak jahat. Kita akan bekerjasama dalam hal ini.” Jelas Azzam sambil tersenyum. Tini melihat ke arah Azzam. dia segera mengelapkan air matanya.
“Sekarang, saya cuma nak tahu, saya ada adik perempuan ke?” tanya Azzam. Semua orang kehairanan.

*****

Jihan menghirup air strawberi yang di beli olehnya tadi. Mana mereka? Sejak tadi Jihan memikirkan tentang Azzam dan Tini. Dia melihat ke arah jam tangan yang dipakai olehnya. “Dah pukul 3.45 petang.”
Mereka sudah lambat dari janji yang asal. Jihan hanya melihat kawan-kawannya yang lain sedang berseronok.
Sepatutnya hari ini ialah hari yang seronok untuk aku. Kenapa aku rasa tak seronok? Fikir Jihan sambil membuang bekas kosong ke dalam tong sampah yang berdekatan.
“Jihan, cepatlah.” Panggil Wawa. Jihan hanya tersenyum. Dia segera berlari mendapatkan kawan-kawannya yang lain. Aku pasti kau akan datang, Azzam.

*****

“Adik?” semua orang kehairanan.
“Awak memang ada adik, Azzam.” jawab Tini. Semua orang terkejut.
“Tapi macam mana awak tahu awak ada adik perempuan?” tanya Tini. Azzam hanya terdiam. Aku tak boleh beritahu mereka tentang Mimi.
“Takdelah. Saya cuma tanya, mungkin saya ada adik.” Jawab Azzam.
Azzam melihat ke arah jam. Alamak dah pukul 4 petang. Azzam segera menarik tangan Tini.
“Kami kena pergi dulu.”
“Baiklah, tapi tolong berhati-hati.” Azzam hanya mengangguk, lalu beredar dari situ. Mereka segera menaiki kereta.
“Awak nak bagi tahu budak perempuan tu ke?” tanya Tini.
“Budak perempuan? Jihan ke?” Azzam bertanya kembali untuk kepastian. Tini hanya mengangguk
“Saya tak mahu beritahu dia. Saya tidak mahu nyawanya dalam bahaya hanya kerana saya.” Jelas Azzam. Tini mendiamkan diri.
“Kenapa awak tak nampak gementar bila mula-mula masuk ke sekolah hari tu?” tanya Azzam. Tini tersenyum.
“Sebab saya tahu awak ada di dalam kelas itu.” Jelas Tini. Azzam tersenyum kehairanan.
“Sebab saya tahu ada orang yang menerima nasib yang sama dengan saya dalam kelas itu.” Jelas Tini lagi.
“Maksud awak? Awak juga ialah salah satu uji kaji yang mereka jalankan?” tanya Azzam. Tini hanya mengangguk. “Tapi uji kaji itu tidak berjaya. Saya dibenarkan untuk hidup kerana kebijaksanaan saya.” Jelas Tini sambil tersenyum.
“Sebenarnya Syazwan juga tahu tentang hal ini.” Azzam hanya tersenyum. “Kenapa awak tak terkejut?” tanya Tini, kehairanan.
“Sebab saya dah agak, mesti dia pun terlibat. Pernah sekali dia terlepas cakap yang dia nak melindungi saya. Bila awak semua beritahu hal yang sebenar tadi. Saya syak mesti dia juga turut terlibat.” Jelas Azzam.
“Tidak sia-sia awak digelar seorang penyiasat.” Puji Tini, kagum. Azzam tersenyum kerana bangga. 

*****

Jihan masih menunggu kedatangan Azzam dan Tini. Dia melihat ke arah jam tangannya. Dah pukul 5 petang. Mana diorang ni? Fikir Jihan. Jihan kelihatan gelisah.
“Wawa, jom balik. Aku dah malas nak tunggu Azzam.” Jihan menunjukkan muka yang masam.
“Tunggu sekejap je lagi. Sekejap lagi Azzam sampai la tu.” Jelas Wawa, cuba untuk melengah-lengahkan Jihan. Mana Azzam ni? Fikir Wawa.
“Jihan!” Jihan menoleh ke belakang apabila terdengar suara memanggil-manggil namanya. Dia tersenyum gembira apabila melihat Azzam berjalan ke arahnya.
“Maaf, kami terlambat. Tadi ada kes yang perlu saya selesaikan. Terserempak pula dengan Tini. Sebab tu kami datang sama-sama.” Jelas Azzam. Syazwan tersenyum. Dia tahu Azzam sedang cuba  menipu  Jihan dan Wawa.
“Kalau ya pun, telefonlah bagi tahu dekat kami. Kami semua risau tentang kau. Terutama Jihan.” Jelas Wawa, marah pada Azzam. Jihan terkejut apabila Wawa menyebutkan namanya. Azzam hanya tersenyum. Tini mendiamkan diri.
“Yela. Azzam ada telefon aku tadi, tapi aku tak bagi tahu korang. Sorry.” Jelas Syazwan. Azzam terkejut. Terima kasih, Syazwan sebab tolong. Fikir Azzam sambil memandang ke arah Syazwan. Kawannya itu hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Dah lah, jom kita pergi berseronok.” Kata Yuya, teruja. Semua hanya mengangguk tanda setuju.
“Tapi, disebabkan Azzam lambat, dia kena bawa Jihan pergi jalan-jalan. Kami akan pergi tempat lain. Jangan risau.” Sindir Wawa.
“Baiklah kami pergi dulu.” Wawa segera menarik tangan rakan-rakannya yang lain. Jihan dan Azzam melihat mereka pergi.
“Nampaknya tinggal kita berdua.” Jelas Azzam, Jihan hanya mengangguk tanda setuju.
“Jomlah, kita pergi makan dulu. Selepas itu, kita pergi naik roller coaster.” Jelas Jihan. Azzam hanya mengangguk sambil tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan