Script ini di sediakan oleh Famili Azam

19 Mac 2011

BAB 16: HOT & COLD - JANJI

+ bab 16 +
janji
Azzam bercuti selama seminggu atas nasihat doktor. Ibu dan ayahnya juga menasihatkannya untuk berehat. Cuma tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Pertandingan Karate berlangsung.
Azzam berjalan untuk ke sekolah. Dia tidak memberitahu yang lain bahawa dia akan ke sekolah hari ini. Sepanjang seminggu ini, dia gembira kerana Jihan yang menjaganya ketika dia sakit.
Azzam membetulkan begnya selepas itu dia letakkan tangannya di dalam poket seluar. Tiba-tiba dia terdengar orang memanggil namanya dari belakang.
 “Azzam.” Azzam menoleh ke belakang. Tini sedang berlari mendapatkannya. Azzam berhenti.
“Hai, Azzam.” Nafasnya tersekat-sekat. Azzam tersenyum.
“Hai, Tini. Selamat pagi.”
“Selamat pagi.” Jawab Tini sambil membetulkan rambutnya. Mereka jalan bersama-sama untuk ke sekolah.
“Kenapa tiba-tiba awak jalan kaki. Bukan awak selalu naik kereta?” tanya Azzam.
“Hari in terasa nak jalan kaki pula. Kenapa awak tak jalan kaki dengan Jihan dan Wawa?”
“Diorang tak tahu hari ini saya pergi sekolah. Rasanya diorang dah pergi dulu.” Jelas Azzam. Tini tersenyum.
“Saya tahu semua tentang awak.” Tiba-tiba Tini bercakap dengan nada yang perlahan. “Lebih baik awak berhati-hati.” Dia tersenyum. Azzam terhenti. Apa maksud dia?  
Tini berada di hadapannya. Dia segera mengejar Tini. “Tunggu sekejap, apa maksud awak?” tanya Azzam. Tini hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Senyumannya membuatkan Azzam tidak sedap hati.
“Saya bergurau je la. Awakkan penyiasat terkenal. Mesti kena berhati-hati.” Tini tergelak melihat muka Azzam yang bertukar menjadi serius.
Azzam tersenyum kembali. Kata-kata gadis itu mengingatkannya kepada Mimi. Mereka berjalan menuju ke arah sekolah. Azzam terdengar bunyi enjin kereta dari belakang.  Dia dapat rasakan kereta itu bergerak dengan laju.
Dia menoleh ke belakang. Kereta itu makin menghampiri mereka dengan laju. Kalau dibiarkan, kami akan berlanggar. Kereta itu makin menghampiri mereka dengan laju.
Tini sudah berada jauh di hadapannya. Kereta itu melepasi Azzam. Azzam dengan pantas berlari ke arah Tini.
“Tini ke tepi.” Jerit Azzam.
Tini menoleh ke belakang apabila terdengar Azzam memanggilnya. Azzam makin menghampirinya. Tiba-tiba Azzam segera menolaknya ke tepi dengan kuat. Tini terkejut. Dia dan Azzam terjatuh. Kereta itu memecut dengan laju meninggalkan mereka di situ. Tini masih terkejut.
Apa yang berlaku?
Dia teringat akan Azzam. Azzam jatuh tidak jauh darinya. Dia segera berlari mendapatkan Azzam. Azzam yang terjatuh tadi luka di kepalanya.
Tini terkejut. Dia segera melihat luka Azzam. Dia lega kerana luka itu tidak terlalu teruk. Dia segera memapah Azzam bangun.
“Terima kasih, Azzam.” Azzam hanya tersenyum. Tini teringat akan kejadian tadi. Dia nyaris-nyaris mati, tetapi Azzam berjaya selamatkannya. Tanpa dia sedar, air mata menitis di pipinya.
Azzam yang melihat Tini menangis segera memegang bahunya, lalu mengelapkan air matanya. Tini melihat ke arah Azzam yang berada di hadapannya.
“Dah jangan menangis. Awak pernah selamatkan saya sekali. Kali ini giliran saya untuk selamatkan awak.” Jelas Azzam sambil tersenyum. Tini mula merasa malu.
Tetapi saya juga orang yang sama buat awak sakit, Azzam. Fikir Tini. Dia teringat akan kejadian seminggu yang lepas. Ketika Azzam jatuh pengsan. Sebenarnya Tini telah menggunakan alat pengesan yang ada di dalam badan Azzam untuk mengesannya. Apabila alat itu diaktifkan, Azzam akan merasa sakit. Ketika itu, Tini telah menggunakan alat itu, sehingga membuat Azzam pengsan.
“Hello, cik adik. Melamun apa pula ni?” tanya Azzam. Tini menggelengkan kepalanya lalu dia tersenyum.
Jihan dan Wawa hanya melihat dari jauh Azzam dan Tini berjalan ke sekolah. Apahal pula si Azzam ni. Siap pegang pipi budak tu lagi? Fikir Wawa.
Jihan hanya melihat mereka tanpa berkata apa-apa. Mereka ada apa-apa ke? Kenapa aku perlu fikir pasal si Azzam tu pula? Tetapi—
“Dah, jom kita pergi sekolah. Nanti lambat pula.” Jelas Azzam. “Tapi luka awak—” Azzam memegang lukanya.
“Sikit je ni.”
“Mana boleh. Nanti sampai dekat sekolah saya ambilkan kotak rawatan dekat bilik rawatan.” Azzam hanya mengangguk.
“Awak ada sapu tangan yang panjang.” Tanya Azzam.
“Ada. Kenapa?” Tini bertanya kembali.
“Saya nak gunakannya untuk hentikan darah ni.” Jelas Azzam. Tini segera memberikan sapu tangan kepada Azzam. Dia segera membalutkan kepalanya dengan sapu tangan tadi. Selepas itu, mereka segera ke sekolah.

*****

Jihan melihat ke arah meja Azzam dan Tini. Mereka berdua tidak masuk ke kelas lagi. Mana diorang pergi?
Tiba-tiba Tini masuk ke kelas. Dia membisikkan sesuatu kepada Cik Nadia. Jihan melihat ke arah pintu, tetapi bayang Azzam tidak kelihatan. Dia melihat ke arah Cik Nadia. Mukanya kelihatan terkejut.
“Syazwan, ikut cikgu ke bilik rawatan.” Syazwan bingkas bangun. “Awak semua tolong buat kerja yang cikgu bagi tadi. Selepas ini, saya akan cek. Faham?” tanya Cik Nadia. Semua orang hanya mengangguk tanda setuju.
Tini kembali ke tempat duduknya. Cik Nadia dan Syazwan  segera ke bilik rawatan. Jihan dan Wawa segera memusingkan kerusi mereka mengadap Tini.
“Awak pergi mana tadi? Mana Azzam?” tanya Wawa.
“Korang tahu Azzam datang sekolah hari ini?” tanya Tini. Rasanya Azzam tidak memberitahu mereka lagi.
Jihan dan Wawa terdiam. “Kami nampak kau dan Azzam jalan sama-sama waktu datang sekolah tadi.” Jelas Jihan sambil memandang ke arah lain.
Tini hanya tersenyum. “Dia ada dekat bilik rawatan.” Jelas Tini. “Tadi kami nyaris-nyaris kemalangan.” Jelas Tini lagi. Wawa dan Jihan terkejut.

*****

“Hafizi, cukup lah tu. Kita tak boleh rahsiakan hal ini dari Azzam lagi. Banyak perkara buruk berlaku padanya sekarang.” Jelas Cik Nadia. Syazwan hanya mendengar.
“Tapi—” tiba-tiba Syazwan menyampuk. “Pak cik kena faham. Kalau kita simpan rahsia ini lebih lama, nyawa Azzam dalam bahaya. Kalau dia tahu rahsia ini tapi bukan dari kita, apa nanti dia fikir tentang kita. Lagipun, organisasi dah mula buat rancangan untuk perangkap Azzam. Kalau dia tahu rahsia ni, dia boleh jaga diri dia dan tak masuk ke perangkap mereka.” Jelas Syazwan. Hafizi hanya terdiam.
“Baiklah. Tapi buat masa tiga hari ni simpan dulu rahsia ni. Kami sendiri akan beritahu dia apabila kami tiba di Malaysia.” Cik Nadia segera memutuskan panggilan.
“Syazwan, awak pergi jaga Azzam di bilik rawatan. Cikgu perlu masuk ke kelas. Jangan biarkan sesiapa pun  masuk ke dalam bilik rawatan tu, faham.” Syazwan hanya mengangguk. Dia segera berlari ke arah bilik rawatan.
Nampaknya ada spy di sekolah ni. Aku perlu cari dia sebelum terlambat. Fikir Cik Nadia.
Syazwan mengetuk pintu lalu masuk ke bilik rawatan. Azzam sedang baring di atas katil. Apabila dia ternampak Syazwan, dia segera bangun.
“Hai, Azzam. Macam mana dengan keadaan kau?” Tanya Syazwan. “Luka sikit je. Tapi doktor suruh berehat sebab aku terhantuk kuat juga.” Jelas Azzam sambil tersenyum.
Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu, Syazwan segera membuka pintu itu. Wawa, Jihan dan Tini masuk ke dalam bilik itu. Azzam tersenyum melihat mereka.
“Kau tak apa-apa Azzam?” tanya Wawa. “Aku sihat je. Lepas rehat nanti aku masuk kelas. Bosan duduk dalam bilik ni lama-lama.” Jelas Azzam. Jihan hanya terdiam. Azzam memandang ke arahnya. Jihan cuba untuk memandang ke arah lain. Jihan merasa bersalah kerana salah sangka pada Azzam tadi.
“Apa kata, kalau korang menang pertandingan Karate hari Sabtu ni. Aku bawa korang pergi Funfair. Nak tak?” tanya Azzam.
“Korang berdua pun boleh ikut.” Jelas Azzam pada Tini dan Syazwan.
“Betul ke?” tanya Wawa, teruja. Azzam menganggguk. Jihan
tersenyum.
“Baiklah, kami akan menang pertandingan tu.” Jelas Jihan.

WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan