+ bab 17 +
Secret admire
“Apa berita setakat ini, Peacock?” tanya Crow. Tini hanya terdiam.
“Siapa yang lakukan perkara tadi?” tanya Tini. Crow tersenyum.
“Aku yang suruh Owl lakukan. Kenapa?” Tini mula merasa geram.
“Kau cuba nak bunuh dia ke?” tanya Tini.
“Kenapa kau nak marah?” Tini terdiam. “Ataupun kau dah jatuh cinta?”
“Mana ada.” Jawab Tini, cuba untuk nafikannya. “Cuma aku ingat kau tak nak ada apa-apa berlaku dekat dia.”
“Jangan ingat hanya kerana dia menyelamatkan kau, kau berhutang nyawa dengan dia.” ujar Crow. Tini merasa geram tapi dia menyembunyikan perasaan itu.
“Baiklah, tapi ingat tentang kakak kau, jangan cuba lakukan perkara yang boleh membahayakannya.” Tini hanya mengangguk.
“Sekarang, bagi tahu berita setakat ini.” Arah Crow, mula geram.
“Azzam dan kawan-kawannya akan pergi ke Funfair Sabtu ini. Aku pun akan ikut.” Jelas Tini. Crow tersenyum.
“Baiklah, kau teruskan. Tapi ingat, jangan lakukan perkara yang bodoh.” Tini segera beredar dari situ. Maafkan aku Azzam.
*****
Tini berjalan ke arah kelasnya. Azzam, Wawa dan Jihan ada di tempat duduk mereka. Tini duduk di tempatnya. Azzam, Wawa dan Jihan sedang bersembang. Seperti biasa dia hanya terdiam.
Dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan mereka. Kerjanya hanyalah unutk mendapatkan Azzam dan membebaskan kakaknya.
Tini membelek laci mejanya mencari buku. Tiba-tiba dia ternampak sehelai kertas telah dilipat kemas. Dia melihat surat itu. Di atas surat itu tertulis namanya. Tanpa berfikir panjang, Tini segera membuka surat itu. Dia terkejut apabila membaca isi kandungan surat itu.
kehadapan Tini,
sejak pertama kali saya melihat awak, saya rasa saya sudah berjumpa dengan gadis idaman saya. Saya teringin untuk berjumpa dengan awak. Mungkin ini agak mengejutkan, sebab dengan tiba-tiba saya hantar surat ini. Tapi saya ikhlas dengan awak, sebagai kawan sudah mencukupi buat saya.
P.S. kalau boleh saya mahu berjumpa dengan awak di belakang dewan. Saya akan tunggu di depan pintu bilik pengawas.
From..... secret admire
Tini melipat kembali surat itu. Dia tersenyum. Siapa yang hantar surat ini? Fikir Tini. Tini mengenggam surat itu dengan sepenuh hatinya. Tiba-tiba Azzam merampas surat itu dari tangannya.
“Surat cinta ke?” tanya Azzam sambil tersenyum. Tini segera merampas surat itu kembali.
“Kenapa nak sibuk pula?” tanya Tini, marah campur malu.
“Salah ke? Sorry.” Tini menundukkan kepalanya. Dia tidak mahu tunjukkan mukanya yang merah kerana malu pada Azzam. Azzam hanya tersenyum melihat gelagat Tini.
“Walauapapun, good luck.” Kata Azzam sambil menunjukkan ibu jarinya. Tini tersenyum. Kan bagus kalau awak yang hantar surat ini, Azzam.
*****
“Wawa!” Wawa berhenti apabila terdengar seseorang memanggil namanya. Azzam berjalan ke arahnya.
“Hai.”
“Hai.” Jawab Wawa. “Apahal. Nak cari Jihan ke? Dia tak ada dekat sini. Dia tolong cikgu.” Jelas Wawa.
“Bukan. Aku bukan nak cari dia.” Wawa tersenyum. Dia tahu Azzam berbohong.
“Ya la.” Azzam menggaru kepalanya. “Esok pertandingan Karate berlangsung kan?” tanya Azzam cuba untuk mengubah topik. Wawa hanya mengangguk.
“Ingat, kau dah janji akan bawa kami pergi Funfair kalau kami menang.” Jelas Wawa, cuba untuk mengingatkan Azzam tentang janjinya.
“Mestilah. Kan aku dah janji.”
“Ok. Nanti kalau dekat sana, aku akan cuba buat kau dan Jihan pergi berseronok. Biar aku dan yang lain-lain pergi jauh dari korang berdua.” Jelas Wawa. Azzam tunduk malu.
*****
Tini bergegas ke belakang dewan pada waktu rehat. Dia mahu tahu siapa yang menghantar surat itu padanya. Dia tunggu di depan pintu yang telah dijanjikan. Kelibat peminat rahsianya tidak kelihatan.
Tiba-tiba dia ternampak Azzam berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Takkan Azzam pula? Tini tersenyum seorang diri.
“Hai, apa yang awak buat dekat sini?” tanya Azzam sambil membuang sampah ke dalam tong sampah yang berdekatan.
“Tak ada apa-apa.” Jelas Tini. “Oh, ok. Jumpa dekat kelas nanti.” Azzam melambai padanya. Tini hanya tersenyum. Dia nak buang sampah rupanya. Fikir Tini, lega.
Tini terus tunggu di hadapan pintu itu. Dia mula berasa bosan. Lebih baik aku pergi dari sini. Tiba-tiba seorang lelaki datang padanya.
Tini lihat ke arahnya. Kalau dilihat dari tanda namanya menunjukkan dia senior di sekolah ini. Takkan dia orangnya?
“Hai, awak Tini kan?” tanya lelaki itu. Tini hanya mengangguk.
“Saya Shamin. Awak boleh panggil saya Syam.” Jelas Syam. “Awak ke yang hantar saya surat itu?” tanya Tini. Syam hanya tersenyum. Tini rasa dia comel bila senyum.
“Bukan saya. Tapi ini ada surat untuk awak.” Jelas Syam sambil menghulurkan surat kepada Tini. “Oh, kalau macam tu, saya naik ke kelas dulu.” Tini segera beredar dari situ sambil memegang surat tadi.
Syam hanya melihat Tini pergi tanpa berkata apa-apa. Sampai sahaja di kelas, Tini segera membuka sampul surat itu. Di dalam hatinya tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Dia membaca surat itu sambil tersenyum.
Hai Tini,
Maafkan saya kerana tidak dapat datang. Tapi saya rasa kita boleh berkenalan melalui surat ini. Kawan saya akan berikan pada awak. Kalau awak nak balas awak boleh berikan padanya.
P.S. nama dia Syam. Awak boleh berkenalan dengannya tapi dia takkan beitahu awak siapa saya. Hehehe.
Yang benar,
Peminat rahsia.
Kenapa aku layan budak ni? Fikir Tini. Dia rasa dia tidak dapat jauhkan diri dari orang yang berada di sekelilingnya. Tiada sesiapa yang pernah melayannya dengan baik.
“Ha! Buat apa tu?” Tini terkejut. Azzam ketawa.
“Dapat surat cinta lagi ke?” tanya Azzam. Tini hanya mendiamkan diri. Macam mana dia tahu? Tekaannya selalu tepat. Fikir Tini. Melainkan—?
Tini melihat ke arah Azzam. Entah kenapa dia rasa sejak dia datang ke sekolah ini, perangainya mula berubah. Makin kebudak-budakkan. Dia senang bercakap dengan Azzam tentang semua perkara. Makin dia cuba untuk menjauhkan diri, makin mereka rapat dengannya.
“Azzam, esok kau datang tengok Jihan bertanding tak?” tanya Wawa. Azzam hanya mengangguk. “Lepas itu, pukul 2 petang kita pergi taman tema, kita berseronok sampai malam.” Jelas Azzam, teruja.
“Dan aku akan beritahu padanya tentang kebenaran yang bahawa aku ialah cinta pertamanya.” Jelas Azzam lagi.
“Bagus, teruskan usaha kau.” Jelas Wawa, memberikan semangat pada Azzam.
“Awak ikut kami, kan Tini?” tanya Azzam sambil memandang ke arah muka Tini. Dia tundukkan kepalanya kerana malu.
“Saya akan ikut.” Jawab Tini. Azzam tersenyum.
*****
“Azzam, kenapa awak nak jadi seorang penyiasat?” tanya Jihan.
“Sebab saya suka dengan misteri. Boleh dikatakan semua cerita misteri saya suka.” Jelas Azzam.
“Lagipun, saya nak semua kebenaran yang terlindung di sebalik misteri itu terbongkar. Saya nak selesaikan semua kes. Saya akan buktikan tiada kes di dalam dunia ini mustahil untuk diselesaikan.” Jelas Azzam lagi.
Tiba-tiba Jihan berhenti dari berjalan. Kata-kata itu....
*****
Semua orang bersorak gembira apabila Jihan memenangi pertandingan karate. Azzam hanya tersenyum gembira. Jihan menjulungkan pialanya. Seperti biasa Jihan membanggakan sekolahnya dalam pertandingan kali ini.
“Ingat tau, Azzam. kau kena bawa kami pergi funfair.” Wawa cuba untuk mengingatkan Azzam tentang janjinya itu. Azzam hanya tersenyum. Aku tahu dia akan menang.
“Go, Jihan.” Jerit Azzam. Jihan tersenyum.
*****
Azzam dengan pantas bersiap di dalm biliknya. Mereka sudah janji untuk berjumpa pada pukul 2 petang. Azzam melihat ke arah jam. Masih ada setengah jam sebelum pukul dua.
Dia segera turun ke ruang tamu rumahnya. Dia berlari ke arah pintu. Tiba-tiba dia terdengar suara memanggilnya. Dia mengenali suara itu. “Mak! Ayah! Bila balik?” tanya Azzam, terkejut kerana ibu dan ayahnya pulang tanpa memberitahunya.
“Azzam nak pergi ke mana?” tanya Puan Yuna sambil memeluk anaknya. “Azzam ada janji nak keluar dengan kawan.” Jelas Azzam.
“Macam mana dengan Azzam? Dah sihat ke? Kepala Azzam macam mana?” tanya ibunya lagi kerana terlalu risau.
“Azzam tak apa-apa, mak.” Balas Azzam sambil tersenyum. Tiba-tiba Tini berdiri tidak jauh dari mereka. “Tini! Apa yang awak buat dekat sini?” tanya Azzam.
Tiba-tiba dari belakangnya Cik Nadia muncul. Bersama-sama dengannya ialah orang-orang yang tidak dikenali.
“Tini, jom. Saya tumpangkan awak. Nanti yang lain tunggu kita pula.” Jelas Azzam. Tini hanya mendiamkan dirinya. Azzam kehairanan.
“Kenapa ni?” tanya Azzam.
“Azzam, ada sesuatu yang perlu awak tahu. Sesuatu yang penting.” Jelas Tini. Mukanya kelihatan seperti baru sahaja lepas menangis.
“Saya tak faham.” Jelas Azzam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan