+ bab 15 +
PeACOCK
Waktu rehat sudah hampir tamat. Semua pelajar Sekolah Menengah Padang Tembak segera berjalan masuk ke kelas mereka.
Azzam dan kawan-kawannya segera masuk ke kelas mereka. Selepas ini ialah waktu kelas Agama, tetapi guru yang mengajar telah berpindah. Mereka segera duduk di tempat mereka. Tini sedng membaca majalah di tempat duduknya.
“Hai Tini.” Tegur Jihan.
“Hai.” Balas Tini sambil membaca majalah. Sombongnya. Fikir Wawa. Jihan hanya tersenyum, namun di dalam hatinya ada sedikit terguris. Dia tak suka dekat aku ke?
Jihan dan Wawa memusingkan kerusi mereka menghadap meja Azzam. Syazwan dan Yuya bingkas membawa kerusi mereka ke meja Tini.
“Macam mana dengan drama kita?” tanya Syazwan.
“Drama? Drama apa ni?” tanya Azzam kehairanan.
“Dalam masa tiga bulan, kami kena berlatih untuk pertandingan drama sekolah. Semua kelas menyertai pertandingan itu.” Jelas Wawa.
“Awak semua masuk ke?” tanya Azzam.
“Kami semua masuk pertandingan itu. Hampir semua pelajar dekat kelas ini menyertainya.” Jelas Yuya.
“Awak tak nak masuk sekali ke, Azzam?” tanya Yuya. Azzam hanya tersenyum malu. “Tengoklah dulu.” Jawab Azzam.
“Jihan pun menyertainya juga tau.” Sindir Wawa. Jihan terkejut. Dia mencubit paha kawannya itu. Wawa menjerit kesakitan. Azzam ketawa melihat gelagat mereka. Syazwan dan Yuya turut sama ketawa.
Tini hampir ketawa. Dia cuba untuk mengawalnya. Azzam yang berada di sebelahnya terlihat Tini tersenyum. Kan betul dia ni lembut hati. Walaupun dia tidak suka bergaul, namun aku tahu, dia pasti akan berkawan dengan kami.
“Bila korang nak mula berlatih?” tanya Azzam.
“Selepas kami jumpa watak hero yang sesuai.” Jelas Wawa.
“Apa tema kelas kita?” tanya Azzam lagi.
“Kami ingat nak buat drama tentang Cinderella. Tapi dah ada kelas yang pilih.” Jelas Wawa. Semua orang bermuram.
“Apa kata kita buat tentang pahlawan. Macam pahlawan selamatkan tuan puteri. Macam cerita fairy tale tu.” Terang Yuya sambil membayangkannya. Semua orang memikirkan idea Yuya itu.
“Tak salahkan? Lagipun kita dah ada heroin.” Jelas Wawa. “Siapa heroinnya?” tanya Syazwan, kehairanan.
“Tentulah Jihan.” Jawab Wawa. Jihan terkejut.
“Kenapa aku pula?” tanya Jihan, malu. “Sebab kau satu-satunya orang yang sesuai untuk watak ini. Lagipun kau cantik.” Jelas Yuya.
Jihan tunduk malu. “Siapa watak hero pula?” tanya Syazwan.
“Kalau heroinnya Jihan, heronya mestilah Azzam.” jelas Wawa sambil tersenyum. Azzam dan Jihan terkejut. Woi woi, kau ingat aku suka sangat dunia lakonan. Dah la aku tak pandai berlakon. Fikir Azzam.
“Kenapa kau tak ambil Syazwan sebagai watak hero?” tanya Azzam.
“Sebab kau sesuai dengan Jihan. Lagipun korang kan suami isteri. Mana boleh letak orang lain untuk gantikan korang.” Jelas Wawa, perli.
“Mana ada.” Azzam dan Jihan jawab dengan serentak. Mereka terkejut. Mereka tunduk malu. Syazwan, Wawa dan Yuya ketawa melihat gelagat mereka. “Sememangnya pasangan yang serasi.” Perli Yuya.
Tini hanya mendengar perbualan mereka. Drama konon. Sebelum enam bulan, kau akan jadi milik organisasi, Azzam. Tini tersenyum seorang diri.
“Awak nak masuk tak, Tini?” tanya Azzam. Tini terkejut. Masuk drama. Tini hanya mendiamkan dirinya. Kalau aku masuk, sampai waktunya aku dan Azzam dah takde. Biarlah, biar rosak drama diorang.
“Boleh juga. Nampak macam best.” Balas Tini sambil tersenyum. Azzam kelihatan gembira.
“Nampaknya kita kena mula bahagikan watak, buat jalan cerita dan yang paling penting prop.” Jelas Syazwan.
Semua orang hanya mengangguk tanda setuju. Nampaknya banyak persediaan yang perlu mereka lakukan sebelum tiba hari pertandingan.
Jihan merasa pelik tentang diri Tini. Dia banyak bercakap dengan Azzam tetapi apabila dengan pelajar lain, Tini seperti tidak menghiraukan mereka. Kenapa agaknya? Fikir Jihan.
*****
Seperti biasa Azzam, Jihan dan Wawa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Mereka menggunakan jalan yang sama. Bagi Azzam, dia sudah biasa dengan keadaan seperti ini. Dia tidak memerlukan pemandu untuk menghantarnya ke sekolah lagi seperti sebelum-sebelum ini.
Jihan dan Wawa jalan di hadapan Azzam sambil bersembang tentang pertandingan karate yang akan menjelang tiba. Azzam hanya mendengar perbualan mereka.
“Rasa tidak sabar pula. Pertandingan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Cuma tinggal sepuluh hari sahaja lagi.” Jelas Jihan. Wawa mengangguk tandu setuju. Namun di dalam hatinya ada rasa gementar dan takut.
“Pertandingan Karate? Korang berdua masuk ke pertandingan tu?” tanya Azzam sambil membetulkan beg sekolah yang digalasnya.
“Kenapa? Tak percaya ke?” tanya Jihan.
“Ya la, korang kan perempuan. Mana orang nak percaya.” Jelas Azzam. Jihan berhenti dari berjalan. Dia menundukkan kepalanya. Azzam kehairanan.
“Kenapa, Jihan?” tanya Azzam.
Jihan tersenyum. Wawa terlihat senyuman itu. Dia faham apa yang Jihan akan lakukan sebentar lagi. Patut ke aku bagi tahu Azzam? Biarlah, lagipun Azzam nak kenal tentang diri Jihan kan. Wawa tersenyum.
Jihan membuka begnya lalu diberikan pada Wawa. Jihan mengangkat kain sekolahnya sehingga ke paras lutut. Di dalam kain itu dia memakai seluar sukan. Azzam tidak memahami apa yang Jihan cuba lakukan.
Tiba-tiba Wawa menolak Azzam bersandar ke dinding. Jihan menggenggam tangannya lalu diletakkan di paras pinggang. Jihan membuka langkahnya. Azzam mula merasakan sesuatu yang buruk. Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan laju.
Jihan segera menendang dinding yang disandar oleh Azzam. Kakinya berada di atas bahu Azzam. Azzam tergamam. Dia boleh merasakan angin meniup rambutnya apabila Jihan menendang dinding itu.
Di dinding itu mula menampakkan kesan tendangan. Tiba-tiba Azzam melutut. Dia memegang dadanya. Jihan dan Wawa kehairanan. Jantung Azzam makin berdegup dangan laju.
Badan Azzam mula berpeluh. Dia menahan sakit. Kesakitan ni, seperti ketika di dalam kapal terbang. Kenapa tiba-tiba sakit kembali? Fikir Azzam.
Jihan dan Wawa duduk di sebelah Azzam. “Kenapa dengan awak, Azzam?” tanya Jihan. “Azzam, kau jangan main-main.” Jelas Wawa.
“Tadi Jihan tendang tak kena kau pun.” Jelas Wawa lagi kerana gelisah. Mereka berdua mula risau dengan keadaan Azzam.
Azzam cuba untuk bercakap, namun dadanya terlalu sakit. Tiba-tiba, dia dapat merasakan seperti ada sesuatu di dalam badannya. Sesuatu yang ganjil.
Azzam mengeram kesakitan. Jihan memegang bahu Azzam. “Awak tak apa-apa ke?” tanya Jihan. “Maafkan saya kalau saya buat awak terkejut.” Azzam menggelengkan kepalanya. Bukan salah awak, Jihan. Dia cuba untuk bercakap namun kesakitan itu mengatasinya.
Azzam melihat ke arah muka Jihan. Dia dapat merasakan Jihan risau akan keadaannya itu. Dia cuba untuk senyum supaya Jihan tidak risaukan tentang dirnya.
Tiba-tiba jantungnya makin berdegup dangan laju. Dadanya makin sakit. Azzam menjerit kesakitan. Matanya mula kabur. Disebabkan kehilangan tenaga, Azzam terbaring di jalan. Jihan menyambutnya. “Azzam.” Dia mendengar Jihan menjerit namanya kerana terkejut.
Benda terakhir yang Azzam lihat, sebuah kereta hitam berhenti di tepi mereka. Dia seperti mengenali kereta itu. Disebabkan keletihan, Azzam menutupkan matanya. Kegelapan menyelubunginya.
Abang. Bangun abang. Azzam terdengar orang memanggil-manggil. Dia cuba untuk membuka matanya.
Dia membuka matanya tetapi keadaan sekeliling masih kelihatan kabur. Azzam mula merasa pening. Dia menutup kembali matanya. Selepas rasa pening itu hilang, Azzam membuka matanya kembali.
Bilik ni. Fikir Azzam. Bila dia sedar sepenuhnya, dia sedang berada di atas sofa berwarna putih. Dia segera bangun. Dia lihat sekeliling bilik itu.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis sedang duduk di kerusi tidak jauh darinya. Gadis itu ialah orang yang sama dalam mimpinya sebelum ini.
Bila nampak Azzam sudah sedar, Mimi segera berlari ke arahnya lalu memeluknya. “Nasib baik abang tidak apa-apa. Sepatutnya Mimi lindungi abang.” Jelas gadis itu.
Azzam masih tidak memahami apa yang berlaku. Dia ingin menanyakan begitu banyak soalan kepada gadis itu. Apa sebenarnya yang terjadi?
Azzam memegang bahu Mimi. “Siapa awak sebenarnya?” tanya Azzam. Gadis itu tersenyum.
“Saya adik awak.” Jelas Mimi.
Azzam kehairanan. “Tapi saya tiada adik.” Jelas Azzam.
“Saya akan ceritakan semuanya nanti. Apa yang boleh saya bagi tahu pada abang hanyalah nyawa abang dalam bahaya.” Jelas Mimi. Azzam bertambah hairan. Apa maksud gadis itu?
“Saya cuba untuk lindungi abang dari kesakitan tadi. Tetapi abang terlalu jauh. Saya tidak dapat menghubungi abang selalu.”
“Hubungi? Kenapa awak asyik muncul dalam mimpi saya?” tanya Azzam. Gadis itu hanya memandang ke arahnya. Dia tahu Azzam akan bertanya begitu banyak soalan.
“Kita ialah satu. Sudah bertahun-tahun saya cuba untuk sampai ke tahap ini. Saya cuba untuk menghubungi abang tanpa pengetahuan organisasi. Ada suatu rahsia yang besar abang mesti tahu sebelum terlambat. Kalau tidak abang akan senang dikalahkan.” Jelas gadis itu. Dia kelihatan terganggu.
“Organisasi apa yang awak maksudkan?” tanya Azzam. Gadis itu mula kelihatan gelisah. “Mereka dah panggil saya. Kalau mereka tahu tentang ini, pasti mereka akan cuba untuk jadikan saya umpan untuk menangkap abang. Saya perlu pergi.” Jelas Mimi.
“Tunggu sekejap, saya masih perlu tahu—” belum sempat Azzam menanyakan soalan gadis itu hilang dari pandangannya. Bilik itu juga hilang. Keadaan mula menjadi gelap. Azzam masih perlu mencari jawapan tentang kejadian yang berlaku. Apa yang cuba gadis itu katakan?
*****
“Bangun,” arah suara itu. “Bangun, Azzam, awak dah tidur terlalu lama.” Dia hanya mendengar. Kehangatan yang ada di sekelilingnya terlalu selesa untuk ditinggalkan. Suara itu kedengaran kembali.
“Bangun, Azzam!”
Dia memaksa matanya untuk buka dan mendapati dirinya berada di atas katil, diselimutkan dengan selimut yang lembut. Jihan duduk di kerusi sebelahnya, menatap wajahnya yang tidak bermaya. “Bagaimana dengan keadaan awak?’ tanya Jihan.
Disebabkan masih bingung, dia membenarkan matanya melihat sekeliling bilik itu. “Saya... saya tak tahu,” jawab Azzam, mulutnya terasa kering dan sakit.
“Jadi jangan bergerak. Awak patut pulihkan tenaga awak,” jelas Jihan, sambil membetulkan rambutnya. Azzam nampak dia masih berpakaian sekolah.
Batuk-batuknya membuat kepalanya pening, berpusing dan sakit di dadanya. Demamnya terasa berat. Jihan mengambil secawan air dan letakkannya di bibir Azzam. “Nah, minum.”
Kesejukan mengalir di tekaknya, membuatkannya segar. Kepanasan kembali di perutnya dan naik ke pipinya. Dia batuk sekali lagi, yang mana membuatkan kepalanya kembali sakit. Macam mana saya boleh ada di sini.
Azzam memaksa dirinya untuk duduk, dia terasa sakit. “Apa yang berlaku?” tanya Azzam. Jihan hanya mendiamkan diri. “Mana Wawa?” tanya Azzam lagi.
“Dia ada di luar dengan yang lain-lain. Sedang tunggu awak untuk sedar. Awak nak berjumpa dengan mereka?” Azzam hanya mengangguk. Jihan bingkas bangun dan membuka pintu. Azzam tahu sekarang dia berada di biliknya.
Wawa, Syazwan dan Yuya segera masuk ke dalam bilik itu. Bersama-sama dengan mereka ialah pelajar baru iaitu Tini.
Azzam tersenyum melihat mereka, tetapi dia masih lemah. Dia melihat ke arah Wawa dan Jihan. Mereka berdua ada ketika dia jatuh pengsan, pasti mereka tahu apa yang terjadi.
“Sudah sampai masanya awak bangun. Kami dah tunggu awak berjam-jam sampai awak sedar.” Jelas Syazwan. Azzam melihat ke arah jam, ia menunjukkan pukul 6 petang. Aku tidur selama tujuh jam. Fikir Azzam.
“Apa ... apa yang berlaku?” tanya Azzam.
Jihan kelihatan sedih. Wawa segera menjawab. “Awak tiba-tiba pengsan. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Azzam menundukkan kepalanya. Dia juga mahu tahu apa yang sebenarnya yang terjadi “Ya la. Kejadian ni sama.” Yuya mula teringat. Semua orang yang ada di situ kehairanan, tetapi Azzam tidak.
“Apa yang samanya?” tanya Syazwan.
“Kejadian ni sama waktu dekat kapal terbang. Kan aku ada cakap, waktu aku nak pulang ke Malaysia, aku terserempak dengan Azzam. Waktu itulah kali pertama aku tengok dia selesaikan kes. Waktu itu juga dia sakit macam ni.” Jelas Yuya.
Azzam melihat ke arah muka Jihan. Dia dapat merasakan Jihan sedih. “Azzam, maafkan saya.” Tiba-tiba Jihan bersuara.
“Maafkan awak? Tapi kenapa?” tanya Azzam.
“Awak mungkin pengsan sebab saya buat awak terkejut dengan tendangan saya.” Azzam tersenyum lemah melihat Jihan.
“Awak tak salah. Lagipun ia dah pernah terjadi pada saya sejak kecil lagi. Kami pun tidak tahu apa sebabnya.” Azzam terbatuk. “Jadi tolong jangan salahkan diri awak.” Jelas Azzam.
Jihan tersenyum. Dia merasa lega. “Dah la tu, suami isteri mana boleh salahkan antara satu sama lain.” Wawa tergelak.
“Kami bukan suami isteri la.” Jihan dan Azzam jawab dengan serentak. Wawa tergelak. Azzam dan Jihan melihat antara satu sama lain. Air muka mereka berubah menjadi malu.
Mereka segera memandang ke arah lain. Tini hanya melihat gelagat mereka. “Walauapapun, Tini yang bawa awak balik ke rumah awak. Dia terserempak dengan kami, bila dia nampak awak pengsan, dia segera bawa awak pulang.” Jelas Wawa.
Azzam memandang ke arah Tini. “Terima kasih, Tini.” Azzam tersenyum. Muka Tini berubah menjadi merah. Tiada sesiapa yang pernah ucapkan terima kasih pada aku. Tini hanya tersenyum.
Jihan dan yang lain-lain pulang ke rumah kerana hari hampir gelap. Azzam masih terbaring di atas katilnya. Dia teringatkan Jihan. Dia gembira kerana dia dan Jihan mula rapat.
Azzam tidak pandai meluahkan perasaan. Dia tidak yakin untuk memberitahu hal yang sebenar pada Jihan. Memikirkan tentang itu, Azzam mula mengantuk. Matanya mula tertutup dengan perlahan. Akhirnya dia tertidur dibuai mimpi.
*****
Tini sedang bercakap di telefon. Dia berada di dalam kereta. “Saya dah jumpa dengan budak yang tuan maksudkan.”
“Bagus, teruskan rancangan kau Peacock. Jerat dia supaya masuk ke perangkap kita walau dengan apa cara sekalipun.” Jelas Crow. Tini tersenyum.
Tini memutuskan panggilannya. Aku akan dapatkan kau, Azzam. Kakak, tolong tunggu saya. Selepas hal ini selesai, kakak akan bebas dari tangan mereka. Tini mula merasa geram.
Kakaknya telah di tahan oleh organisasi. Sebagai cara untuk melepaskannya dan keluar dari organisasi itu, Tini telah di arahkan untuk menangkap Azzam.
Tetapi jauh di sudut hatinya, dia tidak dapat melakukannya. Walaupun hanya mengenali Azzam selama dua hari, tetapi dia dapat rasakan Azzam seorang yang baik. Walauapapun, dia mesti lakukannya. Dia ialah Peacocok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan