Script ini di sediakan oleh Famili Azam

23 Januari 2011

BAB 5:HOT & COLD-WHITE WING ORGANIZATION (WWO)

+ bab 5 +
White wing organisation (WWO)


Lelaki berbaju putih! Itu gelaran yang diberikan oleh Hafizi dan Yuna. Disebabkan kumpulan itu, mereka nyaris kehilangan satu-satunya anak mereka.
“Awak pasti dia budak yang kita cari selama ini?” salah seorang daripada ahli kumpulan lelaki berbaju putih bertanya untuk memastikan budak yang mereka tercari-cari selama ini ialah orang yang sama mereka sedang siasat. Dia ialah salah seorang daripada tujuh orang ketua yang mengetuai organisasi ini. Dia digelar Crow.
Setiap ahli kumpulan ini mempunyai kod nama yang diambil sempena nama burung. Mereka akan menggunakan kod nama ini apabila berjumpa antara satu sama lain.
“Kami belum pasti lagi. Tetapi alat pengesan yang kita letak di dalam badan budak yang sama lima belas tahun yang lepas mula aktif. Tetapi signalnya masih belum cukup kuat untuk kita kesan.” Salah seorang daripada orang bawahan Crow memberitahu tentang alat pengesan yang diletakkan di dalam badan budak yang dicari oleh mereka.
“Teruskan menyiasat tentang budak itu. Kita perlukan lebih maklumat. Ikut sahaja ke mana dia pergi. Kita akan pastikan budak kesayangan bos kita ini akan kembali ketangannya.” Crow berjalan sambil meminum vodka untuk menghilangkan rasa tekanan.
Kumpulan Lelaki Berbaju Putih juga dikenali sebagai White Wing Organisation. Mereka mempunyai tujuh orang ketua yang mengetuai di setiap negara yang dipilih. Namun begitu, mereka mempunyai seorang ketua yang tertinggi yang digelar Eagle. Hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan bertemu dengan Eagle.
“Crow, kami dapat maklumat dari ketua organisasi di New York iaitu Grebe yang bahawa Yuna dan Hafizi akan membawa budak itu ke negara asal mereka iaitu di Malaysia.” Salah seorang daripada mereka memberitahu maklumat kepada Crow.
“Cepat. Arahkan Peacock  supaya menjejaki mereka. Saya mahu mereka ada di sini dalam masa enam bulan dari sekarang, terutama sekali budak itu. Faham semua?” Crow mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk menjejak mereka bertiga.
“Baiklah, tuan.” Jawab semua ahli.

*****
Persidangan Ketua-ketua WWO,

“Baiklah, apa berita setakat ini.” Tanya Eagle. Walaupun mereka dapat mendengar suara Eagle, namun mukanya tidak kelihatan.
“Nampaknya Hafizi akan bawa budak itu ke Malaysia.” Jelas Grebe iaitu ketua di New York.
“Betul tuan. Kami akan cuba untuk menjejak mereka bila sahaja mereka sampai di Malaysia.” Jelas Crow iaitu ketua di Malaysia.
“Saya dan Skua yang berada di Asia akan cuba membantu Crow.” Jelas Pigeons iaitu ketua di Jepun. Skua mengangguk. Dia ialah ketua di China. Mereka berdua ialah satu-satunya wanita yang dapat memegang jawatan sebagai ketua.
“Saya pula akan menghantar lebih ramai ahli di sana. Dengan cara ini kita akan tahu walau di mana sahaja mereka berada.” Jelas Kingfishers iaitu ketua di Indonesia.
“Baiklah. Awak semua jalankan tugas masing-masing. Dan ingat, aku mahu budak itu ada di sini dalam masa tiga bulan dari sekarang, faham?” semua ahlinya hanya mengangguk.
“Arahkan Albatross dan Sheathbill jaga di kawasan mereka. Mungkin Hafizi dan Yuna akan kembali ke sana untuk selesaikan hal diorang.” Arah Eagle. Albatross ialah ketua di Paris manakala Sheathbill ketua di Australia.
“Bagaimana keadaan anak perempuan aku?” tanya Eagle.
“Dia baik-baik sahaja. Tuan. Seperti biasa, kami tidak dapat teruskan uji kaji itu tanpa cip yang ada di dalam badan anak lelaki tuan.” Jelas Crow.                                                                                                        
Anak lelaki Eagle yang di maksudkan oleh Crow ialah Azzam. Dia telah dilarikan oleh Hafizi dan Yuna atas arahan isterinya iaitu Karmila. Isterinya telah dianggap meninggal dunia sewaktu melahirkan anak kedua mereka.
Tetapi Karmila sebenarnya telah dibunuh oleh suaminya sendiri iaitu Eagle. Tiada sesiapa yang mengetahui rahsia ini termasuklah anak perempuannya.
Selepas sahaja Azzam dilarikan, Eagle telah cuba untuk membuat uji kaji yang sama pada anak perempuannya. Uji kaji itu telah berjaya, namun ia tidak lengkap sepenuhnya. Mereka memerlukan cip yang terdapat dalam badan Azzam untuk melengkapkannya.
Nampaknya kita akan bertemu buat kali pertama, Azzam. Bersedialah. Peperangan akan bermula. Crow tersenyum sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan