+ bab 2 +
Azzam dan jihan
“Azzammmmm !!!"
"Maafkan saya. Maafkan saya, mak."
Azzam melarikan diri dari ibunya. Di belakang, kelihatan ibunya sedang berhenti berehat kerana penat mengejarnya. Azzam cuba melarikan diri lebih jauh supaya tidak tertangkap. Di selekoh hadapan terdapat sebuah taman permainan. Azzam cuba bersembunyi di dalam sebuah terowong yang terdapat di situ.
Kedengaran ibunya memanggil-manggil namanya. Azzam tersenyum sendirian kerana dapat melarikan diri. Mengingatkan kejadian yang berlaku di rumah tadi sememangnya kesalahan Azzam sendiri.
"Azzam, cepat turun makan." panggil ibunya.
"Ye la mak. Sekejap. Ada perkara yang Azzam mesti siapkan."
"Macam-macamlah kamu ni. Mak makan dulu, kalau habis makanan ni, jangan marah mak pula." jawab Puan Yuna yang sejak dari tadi menjerit-jerit memanggil anaknya.
Beberapa minit kemudian, Azzam turun ke bawah sambil tersenyum. Puan Yuna hanya memandang tanpa mengesyaki apa-apa.
"Minmi. Minmi." panggil Azzam kepada kucing kesayangannya.
Minmi segera turun selepas mendengar Azzam memanggil namanya. Alangkah terkejut Puan Yuna apabila melihat kucing belaannya itu dipakaikan dengan pakaian dan mekap yang baru dibeli olehnya.
"Azzaaaaaammmmm!!!!" Puan Yuna menjerit memanggil Azzam. Melihat ibunya semakin marah. Azzam segera berlari keluar dengan pantas.
Azzam sememangnya seorang budak yang nakal tetapi di sayangi oleh keluarganya. Walaupun baru berusia lima tahun, namun dia seorang yang bijak.
Khayalannya diganggu oleh suara tangisan. Azzam segera menjenguk keluar. Bayang ibunya tidak kelihatan. Dia terus menarik nafas lega. Azzam segera keluar dari tempat persembunyian.
Suara tangisan itu semakin kuat. Azzam ketakutan. Dia memandang ke arah langit. "Hari dah nak dekat Maghrib ni." Azzam merungut seorang diri. Suara itu semakin dekat dengan Azzam. Meremang bulu romanya.
"Siapa tu? Hantu ke?" tanya Azzam.
"Hish. Hish.” Kedengaran suara itu menangis.
“Ni manusialah. Bukan hantu." Jawab suara itu.
Azzam menoleh ke belakang dari arah suara itu datang. Azzam terkejut apabila melihat seorang budak perempuan yang sebaya dengannya sedang berdiri di hadapannya sambil menangis. Di tangannya terdapat sebiji bola berwarna merah.
"Kenapa dengan awak?" tanya Azzam
"Saya nak balik." jawab budak perempuan itu sambil menangis.
"Dah la. Jangan menangis lagi, nanti saya hantar awak pulang ya." pujuk Azzam. Namun budak perempuan itu tetap menangis. Azzam cuba memikirkan cara lain untuk memujuknya. Azzam teringat akan coklat yang dibeli oleh ayahnya pagi tadi.
"Saya ada coklat. Nak tak?" Budak perempuan itu mengangguk.
"Kalau awak senyap, coklat ni awak punya. OK?" Budak itu mengangguk lagi tanda setuju.
"OK." jawab budak perempuan itu. Budak perempuan itu berhenti menangis. Azzam segera memberikan coklat tadi seperti yang dijanjikan.
"Jom. Saya hantar awak balik." budak perempuan itu hanya mengangguk.
Di sepanjang perjalanan pulang, mereka berpegangan tangan sambil menyanyi.....
Going to see you again,
I don’t believe this simple truth....
You’re my love,
My other half...
I got you now and I won’t let go of your hand....
Walaupun baru sahaja berkenalan, namun mereka sudah mula rapat. Lagu ini ialah tanda persahabatan mereka. Mereka berharap lagu ini akan mereka ingat sehingga akhir hayat.
Azzam bermain-main dengan bola yang dibawa oleh budak perempuan tadi. Dia menunjukkan gaya yang telah diajar oleh ayahnya.
“Hebatnya awak main bola. Itu cita-cita awak ke?” tanya budak perempuan itu kerana kagum melihat Azzam.
“Bukan. Cita-cita saya nak jadi seorang penyiasat yang terkenal. Saya nak selesaikan semua kes. Saya akan buktikan tiada kes di dalam dunia ini mustahil untuk diselesaikan.” Azzam menjawab dengan bersungguh-sungguh sambil menimbang bola.
Hari sudah malam. Sampai di hadapan rumah budak perempuan itu, Azzam segera memberikannya seutas rantai yang terukir huruf A.
"Ini tanda persahabatan kita." Budak perempuan itu hanya mengangguk.
Azzam segera berlari untuk pulang ke rumah. "Oh ya, nama awak apa?" tanya budak perempuan itu.
"Azzam. Nama saya Azzam. Awak?"
"Nama saya......"
...............................
Kriiiiingggg.....
"BUUSSHHH” Puan Yuna membaling sebiji bantal ke arah muka anaknya yang degil untuk bangun.
“Azzam. Wake up. You're going late to school. Bangun cepat, mak cakap."
"Five more minute, please?"
"No. Nanti lambat la. Cepat bangun."
"Ye la."
"Mak ni kacaulah. Orang nak mimpi pun susah.” Azzam merungut sambil berdiri. Dia berjalan ke arah tandas yang terdapat di dalam biliknya.
“Comel juga budak perempuan tu. Apa nama dia agaknya?" Azzam tertanya-tanya akan mimpinya tadi.
“Budak perempuan mana pula ni? Tanya Puan Yuna sambil mengemaskan tempat tidur anak lelakinya itu.
“Adalah.”
Terlintas di dalam hatinya.......... MY FIRST LOVE
*****
Jiiiihaaaaaaaannnnnnnnnn........
“Siapkan makan malam cepat. Ayah dah lapar ni.” Panggil Encik Mahmood kepada anak perempuannya yang baru mencecah usia lima belas tahun itu.
“Apalah ayah ni kalau ya pun, tolonglah kemas ruang tamu ni dulu.”
“Asyik saya yang kemas rumah ni, ayah ingat saya ni apa? Orang gaji?” rungut Jihan sambil mengemas ruang tamu yang berselerak itu.
Sebab itulah mak berpisah dengan ayah. Katanya di dalam hati sambil memandang ke arah muka bapanya.
“Hah! Kalau kamu pandang macam tu maknanya kamu tengah mengutuk ayah la tu. Muka dah macam belacan.”
“BUUUUUUUSSSSSSSHHHHHHHH, apa ayah cakap? Muka saya macam belacan. Belacan tak ada mukalah.” marah Jihan sambil menumbuk dinding rumahnya hingga meninggalkan beratus-ratus kesan.
Encik Hafizi berasa takut dengan tumbukkan anak perempuanya yang sangat kuat. Tumbukannya boleh membuat batang besi patah.
Jihan seorang gadis yang sangat kuat. Dia pernah memenangi acara karate, silat serta taekwondo. Sudah beribu-ribu pingat, piala dan sijil telah dimenanginya. Sampaikan tiada tempat untuk mengisi barang lama. Jihan mewarisi sikap ini daripada ibunya. Walaupun begitu, dia mempunyai kelemahan yang tersendiri.
“Kalau begitu, saya nak keluar pergi beli makanan. Hari ni saya tak ada mood nak masak.” Jihan merajuk.
“Tapi kamu kata nak masak stik panggang untuk ayah.”
“Malaslah. Ayah nak, ayah pergilah masak sendiri” Jihan mengambil beg duitnya. “Oklah, saya pergi dulu.” Jihan berjalan ke arah pintu dengan muka masamnya.
“Tunggu sekejap, belikan ayah—“ belum sempat Encik Mahmood habis berbicara anak perempuannya itu terus pergi meninggalkannya.
“Hish, budak ni. Bukan reti nak ambil order dulu.” Rungut Encik Mahmood.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan