+Setiap misteri akan dirungkaikan+
+ bab 1 +
prologue
OLEH: AINNUR
Pada malam itu, hari sangat gelap kerana cahaya bulan ditutupi oleh awan. Yuna dan Hafizi berlari dengan pantas sambil mendukung sesuatu di tangan. Mereka berlari melalui lorong yang gelap dan sunyi.
Ada seseorang yang mengejar mereka dari belakang sambil memegang sepucuk pistol. Satu demi satu das tembakan dilepaskan. Hafizi dan Yuna segera menyorok di belakang tong sampah. Mereka berhenti sebentar kerana keletihan.
“Yuna, cepat bawa Azzam ke tempat yang selamat. Biar abang selesaikan hal ini.” Hafizi mengarahkan isterinya melarikan bayi mereka ke tempat yang selamat. “Baiklah tapi berhati-hati, ya.” Jawab Yuna lalu segera berlari sambil mendukung bayinya yang baru berusia setahun.
Hafizi hanya melihat Yuna berlari meninggalkannya. Tiba-tiba satu lagi das tembakan dilepaskan. Kali ini, tembakan itu mengena pada kaki kanan Hafizi.
Hafizi meraung kesakitan. Lelaki itu hanya ketawa melihat kesakitan yang dialami oleh Hafizi. “Tak guna lagi kau lari. Budak itu akan menjadi milik kami tidak lama lagi.” Lelaki yang berpakaian serba putih itu ketawa sambil berjalan ke arah Hafizi.
Dia membetulkan topi yang dipakainya sambil tersenyum. Hafizi hanya memandangnya dengan perasaan geram sambil memegang kakinya yang berlumuran darah.
“Tak guna. Aku takkan benarkan kau menyentuh dia walau sehelai rambut sekalipun.” Balas Hafizi. Dia berdiri untuk mempertahankan isterinya yang telah melarikan diri.
“Walau bagaimanapun, kau takkan berjaya dapatkan Azzam.”
“Azzam? Jadi itu nama dia.” Tanya lelaki berbaju putih itu.
“Apa yang kau akan buat kalau kami berjaya menangkap dia? Tiada sesiapa tahu pasal kumpulan kita. Polis?” Lelaki itu ketawa lalu menunjukkan riak muka yang geram.
“Kami takkan benarkan kau dan Yuna melepaskan diri walau apa pun yang terjadi.” Hafizi hanya memandang ke arah lelaki berbaju putih itu tanpa berkata apa-apa.
“Kenapa diam? Kau tahukan peraturan kumpulan ni? Sesiapa sahaja yang cuba tarik diri, dia akan dibunuh.” Lelaki berbaju putih itu meletakkan pistolnya di tepi kepala Hafizi.
“Sayang sekali. Kau sepatutnya selepas ini menjadi ketua kami tetapi kau memilih untuk memberontak. Kenapa Hafizi, atau sepatutnya aku panggil engkau—?“
Belum sempat lelaki itu habis bercakap, Hafizi dengan pantas merampas pistol itu. Lelaki berbaju putih itu terkejut dengan tindakan Hafizi. Kali ini giliran Hafizi pula menghalakan pistol itu di kepala musuhnya itu.
“Aku dah kata, sesiapa pun yang berani menyentuh keluarga aku, dia akan mati. Terutama sekali engkau, Crow.” Crow tergamam.
“Bertenang, Hafizi. Takkan kau sanggup untuk membunuh kawan sendiri?” tanya Crow sambil mengangkat tangannya ke atas tanda menyerah.
“Kawan? Apa jenis kawan kau ni? Kau sanggup nak jadikan bayi ini sebagai uji kaji korang. Kau ingat aku akan benarkan.” Crow hanya tersenyum melihat Hafizi.
“Kau masih tak tahu lagi ke?” tanya Crow sambil tersenyum.
“Tahu apa?” tanya Hafizi kerana musykil.
“Bayi itu, kami dah berjaya jalankan uji kaji itu ke atasnya. Dia ialah satu-satunya budak di dalam dunia ini yang akan menjadi senjata kami untuk projek ini.” Hafizi terkejut. Tidak mungkin uji kaji itu berjaya. Sudah beratus-ratus uji kaji mereka jalankan ke atas kanak-kanak yang lain. Tiada satu pun yang berjaya.
“Bagaimana organisasi berjaya menemui jalan untuk menjayakan projek ini?” Tanya Hafizi.
“Kami sudah berjaya menemui formula yang betul. Sekarang benda tu terdapat di dalam badan budak itu.” Crow menerangkan sambil membuka topi yang dipakai olehnya.
“Tak guna.” Hafizi menumbuk Crow dimukanya. Tumbukan Hafizi terlalu kuat sehingga bibir Crow berdarah.
“Aku akan buang benda tu.” Ujar Hafizi.
“Kalau aku jadi kau, aku takkan buang alat tu. Sebenarnya kami dah letakkan alat pengesan pada alat itu dan ia terdapat di jantung budak itu. Kalau kau cuba untuk membuangnya, dia pasti akan mati.” Crow tersenyum sambil mengelap darah di bibirnya. Hafizi hanya memandang Crow. Jauh di sudut hatinya, dia tidak sanggup untuk melihat bayi itu mati.
Di dalam hati Hafizi mula timbul rasa dendam dan marah. Tetapi lelaki itu rakannya dahulu. Tidak mungkin aku sanggup membunuhnya.
Hafizi menyuruh Crow meletakkan tangannya di atas kepala lalu bersandar di dinding. Lelaki berbaju putih itu hanya mengikut arahan yang diberikan oleh Hafizi.
“Oh ya, jangan biarkan budak itu lakukan aktiviti yang memenatkan. Sebab bila dia penat, alat pengesan itu akan aktif. Dia mungkin akan terasa sakit nanti.”
Perasaan geram Hafizi semakin meluap-luap ketika itu. Dia hanya memandang ke arah Crow. Hafizi segera melarikan diri dengan pantas apabila teringatkan isterinya. Walaupun kakinya masih terasa sakit, dia tetap meneruskannya.
Yuna yang sedang menunggu suaminya itu terlihat kelibat orang melambai-lambai ke arahnya. Rupa-rupanya orang itu ialah Hafizi. Mereka berlari dengan pantas tanpa menoleh ke belakang. Yang berada difikiran mereka sekarang hanyalah menyelamatkan bayi itu dari organisasi yang mengejar mereka, dari lelaki berbaju putih.
*****
Hafizi dan Yuna berlari ke arah sebuah rumah besar usang yang terdapat di dalam hutan. Mereka tahu walaupun mereka berjaya melarikan diri, namun organisasi itu pasti tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja.
Mereka segera masuk ke dalam rumah itu. Yuna masih mendukung Azzam. Keadaan di dalam rumah itu gelap gelita. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Yuna duduk di atas katil. Dia melihat Azzam. Walaupun bukan anak kandungnya, namun dia dapat rasakan dalam hatinya ada rasa kasih sayang terhadap bayi tersebut.
Hafizi hanya memandang ke arah isterinya dan bayi itu. Azzam. Satu-satunya anak saudara aku.
“Kita akan jaga dia, Yuna.” Yuna memandang ke arah Hafizi. Dia tersenyum kegembiraan. Dia mengangkat Azzam lalu memeluknya seperti anak sendiri.
Hafizi tersenyum. Aku akan menjaga Azzam seperti yang di arahkan oleh kakak. Kakak, tolong jaga diri. Berhati-hati ya. Yuna menitiskan air mata. Satu-satunya harta yang bernilai baginya iaitu Azzam.
Tunggu BAB 2 akan datang....
Tunggu BAB 2 akan datang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan