Script ini di sediakan oleh Famili Azam

23 April 2011

BAB 20: HOT & CLOD


 
+ bab 20 +
Kes pembunuhan rumah hantu
(bhg 1)

Azzam melihat ke arah jam tangannya. Hampir pukul 8.10 malam.
“Wah, dah nak dekat malam. Jom kita pergi cari yang lain-lain. Katanya nak tengok bunga api pukul 9 malam ni.” Ujar Jihan. Azzam hanya mengangguk.
Jihan segera menelefon Wawa. Azzam hanya melihatnya sambil memegang anak patung mereka.
Tiba-tiba ada seorang lelaki terlanggar Azzam. Azzam terjatuh. Lelaki tadi terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Jihan segera menolong Azzam.
“Apa kena dengan lelaki tu? Dah langgar tak reti nak minta maaf.”  marah Jihan, geram.
Azzam melihat lelaki itu pergi. Dia memakai jaket yang menutup kepalanya. Azzam tidak dapat melihat rupa lelaki tersebut. Gaya dia lari seperti—
Azzam segera menolong Jihan. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu. Apa benda ni? Fikir Azzam. Jarum?
Azzam segera membuang jarum tersebut di bawah kerusi yang berdekatan. Kalau kena kaki orang sakit ni.
Azzam dan Jihan berjalan menuju ke arah rumah hantu. Wawa dan yang lain-lain telah berjanji untuk berjumpa di depan tempat tersebut.
“Awak nak masuk tak rumah hantu ni?” tanya Azzam sambil melihat rumah hantu yang berada di hadapan mereka.
“Apa? Nantilah, kita tunggu yang lain sampai baru kita masuk sama-sama. Lagi ramai, lagi best.” Jelas Jihan. Azzam tersenyum sinis. Woi woi, dah takut,  cakap je la takut.
“Mana pulak diorang ni?” tanya Azzam kerana sudah bosan menunggu. Mata Jihan melilau-lilau mencari bayang rakan-rakannya yang lain.
“Azzam, Jihan.” Tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil nama mereka. Azzam dan Jihan tersenyum apabila melihat banyak hadiah yang dibawa oleh Syazwan. Wawa, Yuya dan Tini berjalan tanpa memegang apa-apa.
“Sejak bila kau minat dengan anak patung ni, Syazwan?” sindir Azzam. Syazwan hanya membisu, malu.
“Itulah balasannya kalau tak dengar cakap aku.” Ujar Wawa, tersenyum sinis. Tini hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Patungnya dibawa oleh Syazwan pun disebabkan Wawa memaksanya.
“Macam mana dengan temu janji korang? Best tak?” tanya Yuya sambil menyiku tangan Azzam dan Jihan. “Ni bukan temu janjilah.” Jawab Azzam dan Jihan serentak.
“Wah! Suami isteri yang sehati dan sejiwa.” Sindir Wawa. Azzam dan Jihan melihat ke arah lain, malu dengan sindiran Wawa.
“Apa-apa pun, aku nak full report dari korang berdua.” Ujar Wawa sambil tersenyum.
“Woi woi, kau ingat kami ni apa nak kena buat report?” tanya Azzam. Jihan tersenyum.
“Nasiblah, aku pun nak tahu apa yang korang buat sepanjang hari ni. Tengok, banyak hadiah yang korang menang.” Jawab Wawa.
“Banyaklah kau. Bukan sepanjang hari ni kita mengendap Azzam dengan Jihan ke? Hadiah ni kita dapat pun dekat dengan gerai yang diorang main.” Jelas Syazwan. Tini dan Yuya mengangguk tanda setuju.
“Korang ni memang tak boleh simpan rahsialah.” Jerit Wawa. Azzam dan Jihan mengeluh.
“Apa-apa pun, jom kita masuk rumah hantu.” Ajak Azzam. Semua setuju kecuali Jihan.
“Kenapa Jihan?” tanya Azzam.
“Tidak ada apa-apa. Cuma—”
“Cuma?” Azzam menunggu jawapan.
“Cuma takut je.” Jelas Jihan sambil tersenyum malu.
“Dah agak.”

Tiba-tiba ramai orang berkumpul di hadapan pintu masuk rumah hantu tersebut. Azzam dan yang lain-lain segera melihat apa yang terjadi.
Ramai polis berkumpul di dalam rumah hantu tersebut. Ni mesti ada kes ni. Fikir Azzam. Dia mula rasa teruja.
“Apa yang berlaku?” tanya Azzam kepada salah seorang polis yang ada di situ. “Satu kes pembunuhan telah berlaku.” Jawab pegawai polis tersebut. Seperti yang dijangkakan. Azzam cuba untuk masuk tetapi dihalang oleh pegawai-pegawai polis yang ada.
Dia segera berlari ke arah kawan-kawannya yang lain. “Apa yang berlaku?” tanya Tini.
“Ada kes pembunuhan yang berlaku.” Jawab Azzam.
“Tak guna. Kalau boleh aku nak tolong. Tapi pegawai polis yang ada tak bagi aku masuk.” Jelas Azzam, geram.
“Kalau macam tu, tiada hal punya.” Ujar Syazwan. Semua orang kehairanan.
“Jom.” Ajak Syazwan. Azzam dan yang lain-lain hanya mengikut dari belakang.
Syazwan membisik sesuatu kepada salah seorang pegawai polis yang ada. Tiba-tiba lelaki itu mengangguk lalu beredar dari situ. “Kau cakap apa dengan polis tadi?” tanya Yuya.
“Adalah.” Jawab Syazwan.
Tiba-tiba seorang pegawai polis berdiri di hadapan mereka. Dari pakaiannya dia berpangkat tinggi.
“Asalammualaikum, ayah.” Tiba-tiba Syazwan memanggil salam.
“Ayah?” Azzam dan yang lain-lain tersentak.
“Waalaikummusalam. Ayah ingat Syazwan dah balik.” Ujar Encik Hamzan.
“Kami nak balik selepas pertunjukkan bunga api.” Jelas Syazwan.
“Apa yang berlaku?” tanya Syazwan, cuba untuk mengorek maklumat dari ayahnya.
“Ada seorang lelaki meninggal. Kami rasa ini ialah kes pembunuhan berdasarkan bekas cucuk yang kami jumpa di belakang badan mangsa.” Jelas Encik Hamzan. Kesan cucuk?
“Boleh kami masuk tak, ayah?” tanya Syazwan.
“Tak boleh. Ini kerja polis. Budak-budak pergi main jauh-jauh.” Ujar Encik Hamzan.
“Tolonglah, pak cik. Benarkan kami masuk.” Rayu Azzam. “Apa nama kamu?” tanya Encik Hamzan.
“Saya Azzam.”
“Ohh, kamulah budak—” tiba-tiba Syazwan mencubit paha ayahnya. “Aduh, kamulah anak Yuna dan Hafizi, kan?” Syazwan tersenyum. Azzam hanya mengangguk.
“Masuklah, tapi tolong jangan kacau kerja polis.” Jelas Encik Hamzan.

Azzam berjalan mengelilingi mayat lelaki yang disahkan mati dibunuh. Azzam memakai sarung tangan yang diberikan oleh pihak polis supaya cap jari mereka tidak menganggu siasatan polis.
“Kalau dilihat dari bibir mangsa, dia telah diracun.” Ujar Tini sambil memegang bibir mangsa yang kebiruan. Jihan dan Wawa hanya melihat.
“Betul. Saya juga beranggapan begitu.” Azzam setuju. Azzam memusingkan badan mangsa.
“Ini kesan baru dicucuk.” Azzam melihat di bahagian belakang mangsa yang mempunyai kesan lubang kecil.
“Mungkin juga mangsa telah disuntik dengan jarum.” Tini memberi cadangan.
“Tak mungkin. Kalau mangsa telah disuntik, darah akan mengalir keluar kerana jarum telah sampai di saraf mangsa.” Jelas Azzam.
“Biar betul korang ni. Dah macam orang dewasa pula tahu pasal hal perubatan.” Ujar Syazwan.
“Inspektor, apa senjata pembunuhan yang digunakan?” tanya Azzam.
“Kami masih tidak menjumpai senjata pembunuhannya. Saya telah menghantar ke forensik untuk mencari panjang dan diameter senjata tersebut.” Jelas Encik Hamzan.
Nampaknya senjata pembunuhan tidak akan diketahui selagi maklumat dari forensik tidak sampai.
“Hei, budak. Jangan sentuh mayat tu.” Tegur salah seorang pegawai yang ada di situ. Azzam segera meminta maaf, lalu beredar dari situ.

“Baiklah, dari soal siasat tadi, awak berlima telah disyaki membunuh mangsa iaitu Encik Fahrin berumur 25 tahun. Mangsa telah ditemani oleh anda berlima sejak dari pagi sehingga pukul 8.15 malam tadi.” Jelas Encik Hamzan.
Azzam segera membawa keluar buku catatannya. Dia bertekad untuk menyelesaikan kes kali ini.

Semua suspek ialah pelajar perubatan termasuklah mangsa sendiri. Datang ke taman tema untuk menyambut kemenangan mangsa dalam satu pertandingan.

Suspek:-  Encik Syafiq
                 Encik Khairul
                 Cik Farhana
                 Cik Suraya
                 Encik Ghazali.

          Yang menemani mangsa ketika berada di dalam rumah hantu ialah Suraya, Khairul dan Syafiq. Farhana dan Ghazali dikatakan pergi ke tandas. Mengambil masa lebih kurang 7 minit.

          “Apa yang awak buat tu, Azzam?” tanya Jihan.
          “Saya tengah catat semua maklumat. Mungkin ada klu.” Jihan hanya melihat Azzam menulis catatan.
          “Tuan, waktu kematian mangsa telah ditetapkan. Ini maklumatnya.” Seorang pegawai polis menyerahkan maklumat kematian mangsa kepada Encik Hamzan.
Encik Hamzan melihat ke dalam fail tersebut. “Baiklah, waktu kematian mangsa ialah di lingkungan pukul 8.10 malam. Yang ada dengan mangsa ketika itu ialah Encik Syafiq, Khairul dan Cik Suraya. Mereka ialah suspek utama dalam kes ini.”
8.10 malam? Waktu tu kami telah dilanggar oleh seorang lelaki, tapi ada kena mengena ke? Fikir Azzam. Encik Hamzan melihat ke dalam fail tadi sekali lagi.
“Tuan, dah dapat maklumat tentang senjata pembunuhan?” tanya Azzam. Encik Hamzan mengangguk.
“Senjata pembunuhan berukuran 5 sentimeter panjang dan kurang dari 1 diameter lebar.” Jelas Encik Hamzan.
“Itu lebih kurang ukuran sebatang jarum.” Ujar Azzam.
“Memang betul. Tapi, jika pembunuh membunuh menggunakan jarum sebagai senjata, ia mustahil untuk menarik kembali jarum keluar dengan pantas. Lagipun, panjang jarum tersebut sudah cukup-cukup lima sentimeter. Jadi mustahil.” Jelas Encik Hamzan.
Azzam melihat ke arah suspek yang ada sambil memikirkan cara pembunuhan. Apa sebenarnya yang terjadi?
          Kesemua suspek memakai jaket yang sama. Untuk apa? “Minta maaf, kenapa semua jaket yang awak pakai sama?” tanya Azzam.
          “Oh, ini ialah tanda kami ialah satu kumpulan dalam bidang pendoktoran. Lagipun ini ialah rekaan Fahrin sendiri. Jadi kami mesti memakainya hari ini.” Terang Suraya.
          “Skaf ini pun kena pakai ke?” tanya Azzam lagi.
          “Yang ini? Ini ialah hadiah daripada Fahrin. Saya membantunya dalam penyelidikan. Saya juga ialah tunangnya.” Jawab Farhana sambil menunjukkan cincin tunangannya.
          “Nampaknya benang dari skaf tu mula nak tercabut. Lebih baik awak gunting.” Ujar Azzam. Farhana dengan segera mencabut benang tersebut. Kenapa dia gelabah? Aik, dia rabun ke?
          “Baiklah, Encik Syafiq. Bila awak sedar mangsa tiada di belakang awak?”
          “Ketika hampir dengan pintu keluar, dia seorang yang takut dengan benda-benda ghaib, jadi kami biarkan dia berjalan di belakang.” Jawab Syafiq.
          “Encik Ghazali dan Cik Farhana, ketika awak berdua pergi ke tandas, adakah sebarang saksi dengan awak?”
          “Ada. Selepas saya pergi ke tandas, saya ada singgah di gerai minuman. Kalau tak percaya, tuan boleh pergi tanya jurujual tersebut.” Jelas Ghazali.

          “Tuan, ini jurujualnya.”
          “Awak masih ingat dengan lelaki ini?” tanya Encik Hamzan.
          “Ya, saya masih ingat, kerana dia pelanggan yang menggunakan duit besar, jadi saya perlu berikan duit tukaran yang banyak.” Jelas jurujual tersebut.
          “Baiklah, Cik Farhana. Macam mana dengan awak?”
          “Tidak tuan. Saya tidak mempunyai sebarang saksi.”
          “Baiklah.”
          “Disebabkan awak semua ialah pelajar kedoktoran, tentu awak semua tahu titik mati seseorang, kan?” tanya Azzan.
          “Memang ya, tapi ia mustahil untuk kami membunuhnya dalam gelap.” Jelas Khairul. Betul juga. Apa ni. Kenapa kepala saya berserabut?
          “Kenapa Azzam?” tanya Jihan. Azzam menggelengkan kepalanya. Apa yang saya terlepas?
          Azzam berjalan melihat mayat itu sekali lagi. Ada sesuatu yang menganggunya sejak dari tadi.
          “Azzam tengok, ada benang.” Azzam melihat ke arah baju mangsa. “Benang ini tak sama dengan warna baju mangsa.” Jelas Tini.
          “Benang?” Azzam memegang benang tersebut. Dia melihat ke arah suspek yang ada. Dia seperti pernah melihat warna benang tersebut.
          “Mungkin—” Azzam segera berlari keluar dari rumah hantu tersebut. Tini terkejut.
          “Kenapa dengan Azzam?” tanya Yuya.
          “Mungkin dia dah berjaya selesaikan kes ini.” Jelas Tini. Jihan hanya melihat ke arah Tini. Mereka pasukan yang bagus.
         
          Mungkin dia ialah pembunuhnya. Azzam berlari ke arah sebuah bangku lalu menundukkan kepalanya. Dia segera mencapai sesuatu di bawah kerusi tersebut.
          “Ini dia.” Azzam terus mencari sesuatu. Tiba-tiba ada sesuatu yang bersinar di hadapannya. Azzam segera mengambil benda itu dengan sapu tangannya.
“Akhirnya.” Azzam segera berlari ke arah rumah hantu kembali.


WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan