Script ini di sediakan oleh Famili Azam

02 Mei 2011

Kenapa Harga Barang Melonjak Naik?

Ini bukan isu baru yang nak dipertikaikan, isu ini adalah isu lama yang setiap tahun ada saja barang yang naik harga. Kenapa? Siapa?
Itu soalan yang semua orang tahu. Tapi saja tak nak ambil tahu.
Alasan harga barang naik kerana minyak naik harga. Kerajaan juga yang dipersalahkan.
Soalannya siapa yang menyorok gula, minyak masak?
Orang tu la yang patut dipersalahkan. Barang disorok tujuannya nak mintak naik harga. Kerajaan terpaksa ikut, kalau tidak barang tak ada, rakyat akan salahkan kerajaan. Bila dah naik harga, berlambak pula dipasaran. Mana perginya barang tu sebelum ni?
Siapa yang bersalah? Kerajaan jugak yang dipersalahkan. Kenapa tak Salahkan orang yang mendesak kerajaan naikkan harga?
Bila barang naik bolehla orang-orang yang berkenaan nak hantam kerajaan. Banyak alasan yang boleh menaikkan sokongan  terhadap mereka.
Kita sebagai pengguna terpaksa ikut, nak mengadu kat siapa? Kerajaan kah! Pembangkang kah!
Kerajaan terpaksa ikut cakap pengeluar, kalau tidak barang tak keluar.
Pembangkang pulak salahkan kerajaan, kenapa ikut cakap pengeluar.
Jadi….keputusannya,  kerajaan patut kaji balik gaji semua sektor supaya sesuai dengan situasi sekarang.
“Hidup Malaysia” RAKYAT DIDAHULUKAN.
WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan