Script ini di sediakan oleh Famili Azam

08 Mei 2011

BAB 23: HOT & COLD - KELAB


 + bab 23 +
Kelab 

“Hai Tini.”
“Hai.” Balas Tini ringkas.
Syam segera duduk di tempat kosong di sebelah Tini. Tini terus membaca buku tanpa menghiraukan jejaka yang berada di sebelahnya. Keadaan di dalam perpustakakaan sunyi sahaja. Kadang-kadang kedengaran juga suara orang berbisik-bisik. Takut dimarahi oleh guru yang bertugas nanti.
“Tengah baca buku ke?”
“Mana ada. Saya tengah buat nasi goreng ni. Sedap. Nak rasa?” Sindir Tini. Syam tersenyum. Silapnya juga kerana bertanya soalan yang tak berapa nak cerdik itu.
“Nah! Ini ada surat lagi untuk awak.” Syam menghulurkan sepucuk surat yang berwarna merah jambu kepada Tini.
“Jiwang giler mamat ni.” Ujar Tini. Dia membuka lipatan surat tersebut.

Hai Tini,

Saya harap kali ini awak membalas balik surat ini. Saya sentiasa mahu berkenalan dengan awak.
Apa-apa pun, Sabtu ini ada jualan di sekolah. Saya harap awak dapat datang. Mungkin kalau awak bernasib baik, saya akan muncul di hadapan awak.

P.S. Syam ada dengan awak kalau awak nak bercerita tentang diri awak. Dia akan sampaikan kepada saya.

P.S.S Bye....hex3

SECRET ADMIRE.....


Tini tersenyum sendirian apabila membaca surat itu. Dia melipat kembali surat tersebut lalu menyimpannya di dalam poket baju sekolahnya.
“Jom keluar dari sini. Kalau kita bercakap dekat dalam ni, takut dimarahi oleh cikgu pula.” Ujar Tini sambil menyimpan kembali buku yang dibacanya.

“Boleh tolong saya tak, Syam?” tanya Tini.
“Boleh.” Balas Syam.
“Bagi tahu dekat kawan awak ni, tolong jangan ganggu saya lagi. Dia tak tahu apa-apa tentang diri saya. Bila dia dah tahu nanti, dia pasti akan menyesal.” Jelas Tini.
“Saya rasa itu keputusannya. Sekali dia suka akan seseorang, dia tidak akan mengalah walaupun awak beritahu keburukan yang ada pada diri awak.” Tini membisu.
“Awak cakap ni macam awak sebenarnya yang tulis surat ni.” Syam terkejut.
“Mana ada. Bukan saya, lah.”
“Saya saja je. Kenapa nak gelabah?” sindir Tini. Syam tersenyum.
“Awak tolong tuliskan nombor telefon awak dengan nama awak sekejap. Kalau saya nak cerita apa-apa tentang diri saya, saya akan terus call awak je, lah.” Jelas Tini sambil menghulurkan sehelai kertas  dan sebatang pen kepada Syam.
Syam mengikut kehendak Tini. Selepas sahaja habis menulis, dia pulangkannya kepada Tini. Tini tersenyum melihat tulisan Syam. Tikus masuk perangkap. Desisnya di dalam hati.
“Saya pergi dulu. Sekejap lagi loceng dah nak bunyi. Bye.” Tini terus beredar.


“Assalamualaikum, cikgu.”
“Waalaikumusalam, masuk Azzam.” ajak Encik Nasir.
“Kenapa Azzam? Apa yang boleh cikgu bantu?” tanya Encik Nasir.
“Ia tentang tawaran cikgu tadi.”
“Kamu nak bagi jawapan dia sekarang ke?” Azzam hanya mengangguk.
“Jadi apa jawapan kamu?” tanya Encik Nasir, tidak sabar untuk mendengar jawapan Azzam.
“Saya terima tawaran cikgu.” Encik Nasir tersenyum gembira.
 “Tapi ada syaratnya cikgu.” Ujar Azzam.
“Syarat? Apa syaratnya?” tanya Encik Nasir kehairanan.
“Pertama, saya nak Cikgu Nadia jadi penyelia kelab kami. Kedua, pelajar-pelajar yang berminat untuk sertai kelab ini mesti jalani ujian dahulu dan yang ketiga ialah saya sendiri yang akan pilih ahlinya.” Jelas Azzam akan syarat-syaratnya. Encik Nasir kelihatan sedang berfikir.
“Baiklah, cikgu setuju. Cikgu biarkan kamu yang uruskan kelab ini. Kalau ada apa-apa hal, kamu tanya sahaja cikgu.” Jelas Encik Nasir.
“Terima kasih, cikgu. Boleh saya pulang ke kelas sekarang?” tanya Azzam.
“Baiklah.” Ujar cikgu yang terkenal dengan sikap prihatin dan baik hati dikalangan pelajar.
Waktu matapelajaran Matematik. Salah satu dari matapelajaran kegemarannya. Hampir semua ujian dia mendapat keputusan yang paling bagus.
Selepas menyiapkan latihan yang diberikan oleh Puan Norehan, Azzam mengajak Syazwan dan Yuya ketempatnya.
“Aku dah jumpa dengan pengetua tadi. Aku setuju untuk menubuhkan kelab penyiasatan.” Jelas Azzam.
“Betul ke? Kalau macam tu, aku nak menyertainya, boleh tak?” tanya Yuya.
“Boleh. Aku memang nak masukkan korang pun. Lagipun kita kan ada misi. Jadi sekarang kita dah ada kelab sendiri, kita bolehlah menyiasat dengan lebih mendalam.” Terang Azzam.
“Bagus. Bila nak mulakan kelab ni?” tanya Syazwan.
“Ikut korang la. Aku tak kisah. Bila-bila pun boleh.”
“Minggu depan nak? Kita kena kemas kelab tu dulukan? Kena bersihkan, kena tampal surat pemberitahuan kelab baru lagi, kena beli barang untuk kelab. Banyak lagilah.” Yuya senaraikan keperluan mereka.
“Baiklah. Minggu depan kita mula.” Setuju Azzam.
“Awak macam mana, Tini? Awak nak sertainya ke tak?” tanya Azzam.
“Tentulah. Saya nak tengok awak selesaikan kes dan cuba untuk jauhkan diri dari Jihan.” Sindir Tini sambil tersenyum sinis.
“Woi woi, kalau sebab tu, setiap hari kau dapat tengok.” Ujar Azzam sambil mengeluh.
Jihan hanya mendengar perbualan mereka. Kelab penyiasatan?
Jihan teringat kata-kata Azzam ketika di taman tema. “Kalau perangai saya hari ini tidak sama dengan hari-hari yang akan datang, saya harap awak faham. Itu untuk kebaikan awak juga. Awak mesti faham yang saya lakukan semua itu untuk melindungi awak.”
“Macam mana aku nak faham kalau dia tidak beritahu hal yang sebenar?” Jihan tertanya-tanya. Wawa hanya melihat tanpa berkata apa-apa.

WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan