Script ini di sediakan oleh Famili Azam

27 April 2011

BAU BADAN YANG KURANG MENYENANGKAN

Bau Badan
Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari
 
bau badan
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
bath
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

KENALI BATUK

Batuk

Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
 Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali. 

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya

26 April 2011

BAB 21: HOT & COLD - Rumah Hantu


+ bab 21 +
Kes pembunuhan rumah hantu
(bhg 2)

“Tuan, bila kami boleh beredar?” tanya Cik Suraya.
“Disebabkan tiada apa-apa lagi, awak semua boleh pulang, tapi kami akan menelefon anda semua jika ada apa-apa hal.” Jelas Encik Hamzan.
 “Mana Azzam?” tanya Wawa.
“Entah.” Jawab Syazwan.
Semua orang yang ada di situ mula beredar dari tempat kejadian. Tiba-tiba lampu tertutup. Keadaan gelap gelita.
“Apa yang berlaku?” tanya Encik Hamzan, gelisah.
“Semua orang tolong jangan bergerak.” Arah Syazwan.
“Apa sebenarnya yang terjadi?” jerit Cik Farhana. Tiba-tiba ada seseorang di belakangnya. Dia memegang bahu Farhana. Tiba-tiba—

Tiba-tiba lampu terpasang kembali, semua orang terkejut apabila melihat Azzam bertekad menyerang Farhana.
Farhana terus melepaskan pergelangan tangan Azzam. “Apa yang awak cuba buat?” tanya Farhana.
“Sedang cuba untuk membuktikan sesuatu.” Ujar Azzam sambil mengusap pergelangan tangannya yang sakit. Semua orang kehairanan dengan tindakan Azzam.
“Apa sebenarnya yang berlaku?” tanya Encik Hamzan.
“Azzam! apa yang awak cuba buat? Awak tahukan bahaya untuk menutup lampu dengan tiba-tiba. Tiada sesiapa yang tahu apa akan terjadi. Pembunuhnya masih bebas berkeliaran.” Marah Encik Hamzan. Azzam hanya membisu.
“Azzam, ini hasil ujian DNA yang diambil. Betul kata awak, ia serupa.” Azzam tersenyum seorang diri.
“Saya dah agak.”
“Ujian DNA?” Encik Hamzan kehairanan.
“Sebenarnya tuan, pembunuh yang sebenar ada dikalangan mereka berlima.” Terang Azzam sambil menunjuk ke arah suspek.
“Apa? Apa maksud awak, Azzam?” tanya Jihan.
“Awak dah tahu pembunuhnya yang sebenar?” tanya Syazwan. Azzam mengangguk. Semua orang yang ada di situ terkejut.
“Pembunuh sebenar ialah—” Azzam melihat ke arah suspek lalu menunjuk ke arah “Awak Cik Farhana.”
“Apa maksud awak?” ketawa Farhana, namun di dalam hatinnya terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Azzam.
“Kenapa saya nak bunuh tunang sendiri?” tanya Farhana, mula gelisah.
“Mungkin awak bunuh Fahrin disebabkan dia telah mencuri semua idea awak.” Ujar Khairul.
“Idea? Idea apa? Kami buat kajian itu sama-sama dan kebanyakan hasil kajian itu dia punya.” Jelas Farhana.
“Kami semua tahu, sebenarnya semua hasil kajian itu adalah kepunyaan awak. Awak telah mengkajinya sejak awak mula belajar bidang kedoktoran.” Jelas Syafiq.
“Saya ternampak awak menangis semalam dalam keadaan mabuk. Awak juga ada beri tahu saya tentang semuanya.” Ujar Suraya.
“Awak juga ada cakap yang awak geram akan tindakannya mencuri idea awak dan awak ingin membunuhnya.” Jelas Ghazali pula. Farhana membisu.
“Dari tadi awak semua hanya menuduh saya sahaja. Awak semua juga ada motif untuk membunuh mangsa.” Ujar Farhana tersenyum sinis.
“Apa awak cakap? Jangan cakap yang bukan-bukan, Farhana. Jangan tuduh kami sebarangan.” Marah Khairul.
“Apa-apa pun bukan saya yang membunuh Fahrin. Hey budak! Dari tadi awak hanya membisu. Kenapa? Awak nak tukar pembunuhnya pula?” ujar Farhana sambil tersenyum.
“Saya masih tetap dengan pendirian saya, awak ialah pembunuhnya.” Jelas Azzam. Farhana tersentap.
“Awak telah membunuh mangsa dengan menggunakan sebatang jarum.” Ujar Azzam.
“Azzam, ia mustahil untuk mencucuk belakang mangsa kerana ukurannya terlalu pendek dan mustahil untuk menariknya keluar kembali.” Jelas Encik Hamzan. Farhana tersenyum, lega.
“Ia tak mustahil.” Jelas Azzam. Semua orang yang ada di situ terkejut, termasuklah Farhana.
“Ia tak mustahil kalau pembunuh menggunakan jarum menjahit sebagai senjata.”
“Jarum menjahit?” tanya Syazwan.
“Ya. Pembunuh telah menggunakan jarum menjahit. Dia telah mengikat seurat benang di penghujung jarum tersebut lalu menggunakan sesuatu untuk menariknya keluar.” Jelas Azzam.
“Sesuatu? Seperti?” tanya Encik Hamzan.
“Cuba lihat di tangan kanannya.” Azzam menunjuk ke arah tangan Farhana.
“Cincin!” semua orang terkejut.
“Dia telah mengikat hujung benang pada cincinnya lalu menariknya dengan senang ketika membunuh mangsa.” Jelas Azzam lagi.
“Ada masuk dek akalnya.” Ujar Encik Hamzan.
“Tunggu sebentar. Dari tadi awak hanya bercakap sahaja. Tunjukkan buktinya.” Jelas Farhana, mula gelisah.
“Awak telah membuat kesilapan besar dengan meninggalkan senjata pembunuhan.” Ujar Azzam. Farhana tersentap.
“Awak masih ingat tak, sewaktu awak tergesa-gesa untuk meninggalkan tempat kejadian, awak telah terlanggar seseorang.” Farhana membisu.
“Apa? Tak mungkin?”
“Awak terlanggar saya, tapi tanpa pengetahuan awak, bukti pembunuhan telah terjatuh.” Jelas Azzam.
“Tapi bagaimana awak tahu itu ialah Cik Farhana? Saya ingat ia lelaki.” Ujar Jihan.
“Sebab sewaktu dia larikan diri, gaya dia berlari seperti seorang perempuan, lagipun benang yang dia guna sama warna dengan skaf yang dipakai olehnya.” Jelas Azzam.
 Azzam terus mengambil benang dan jarum yang dijumpai olehnya.
“Inilah buktinya inspektor.”
“Jarum ini mempunyai DNA mangsa.” Jelas Azzam .
“Setakat seurat benang mana boleh terus tuduh saya. Lagipun, ramai di kalangan mereka mempunyai warna benang yang samakan. Lagipun, mustahil jikalau saya bunuh Fahrin dalam keadaan yang gelap.” Marah Farhana 
“Benar kata cik Farhana tu  Azzam. Kalau saya menjadi Cik Farhana sukarlah saya nak cari dan tikam Encik Fahrin,” ujar encik Hamzan.
“Jikalau begitu singkirkan nama saya daripada senarai suspek. Saya tidak ada kena mengena dalam kes ini lagi,”  Farhana mula bergerak tiga langkah dari situ, tiba-tiba Azzam memanggilnya.
“CIK FARHANAAA, sila tunggu sebentar.” Panggil Azzam.
“Apa lagi?” tanya Farhana dalam keadaan marah.
“Bagaimana awak tahu kedudukan saya ketika keadaan gelap gelita?” tanya Azzam. Farhana membisu.
“Kenapa awak tak boleh jawab? Ini disebabkan awak memakai kanta lekap yang berwarna gelap. Awak berbuat begitu untuk menyesuaikan mata awak dengan keadaan yang gelap.” Jelas Azzam.
“Kanta lekap yang gelap? Tapi itu susah didapati di negara kita.” Ujar Yuya.
“Betul. Kebanyakan warna yang ada di negara kita ialah warna yang cerah. Tak mustahil untuk dia membelinya di luar negara.” Jelas Azzam.
“Ini ialah kanta lekap yang saya maksudkan. Jika awak tak percaya, awak boleh chek DNA Cik Farhana yang terdapat di kanta lekap ini.” Ujar Azzam. Farhana mengeluh.
“Tak perlu. Saya mengaku. Memang saya yang membunuhnya.” Farhana mengaku. Semua orang terkejut kecuali Azzam.
“Tapi kenapa? Takkan sebab dia mencuri idea awak?” tanya Suraya.
“Mungkin itu salah satu sebabnya. Tapi sebab utama saya membunuhnya ialah kerana kematian adik saya dua tahun yang lepas.”
“Adik awak?” tanya Khairul kehairanan.
“Ya, adik saya. Disebabkan lelaki tersebutlah adik saya mati. Kalau dia benarkan saya mencuba ubat yang baru kami cipta, tak mungkin adik saya akan mati. Dia hanya mahu menyiapkan ubat itu untuk dijual dan untuk mendapat keuntungan yang banyak.” Jelas Farhana sambil menangis.
Encik Hamzan segera menggari tangan Farhana lalu membawanya ke balai polis. Adik....... Mimi, abang akan cari kamu.

“Azzam, hebatnya kamu. Awak dah berjaya menyelesaikan kes ini dengan senang.” Puji Encik Hamzan.
“Terima kasih Tini sebab tolong saya. Kalau tidak saya tidak dapat menyelesaikan kes ini.” Tini hanya tersenyum, malu dipuji.
Jihan hanya melihat tanpa berkata apa-apa. “Azzam tahniah!”
“Terima kasih. Saya harap ini tak mengganggu awak berseronok, Jihan.”
“Mana ada. Inilah hari yang paling menggembirakan dalam hidup saya.” Ujar Jihan sambil tersenyum.

Azzam segera melihat ke arah jam tangannya. Dah hampir pukul 9 malam.
“Jom, cepat. Pertunjukan bunga api dah nak bermula.” Ujar Azzam. Mereka segera berlari keluar lalu melihat ke arah langit.
“3...2..1, mula.” Kira Azzam. tiba-tiba bunga api meletup, mengeluarkan warna-warna yang cantik. Azzam melihat ke arah Jihan sambil tersenyum. Jihan kelihatan sangat gembira.
Kalaulah kita sentiasa begini...............
          Tapi ini pengakhiran yang menggembirakan dan satu permulaan yang menyakitkan.
WAHILA

23 April 2011

BAB 20: HOT & CLOD


 
+ bab 20 +
Kes pembunuhan rumah hantu
(bhg 1)

Azzam melihat ke arah jam tangannya. Hampir pukul 8.10 malam.
“Wah, dah nak dekat malam. Jom kita pergi cari yang lain-lain. Katanya nak tengok bunga api pukul 9 malam ni.” Ujar Jihan. Azzam hanya mengangguk.
Jihan segera menelefon Wawa. Azzam hanya melihatnya sambil memegang anak patung mereka.
Tiba-tiba ada seorang lelaki terlanggar Azzam. Azzam terjatuh. Lelaki tadi terus berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Jihan segera menolong Azzam.
“Apa kena dengan lelaki tu? Dah langgar tak reti nak minta maaf.”  marah Jihan, geram.
Azzam melihat lelaki itu pergi. Dia memakai jaket yang menutup kepalanya. Azzam tidak dapat melihat rupa lelaki tersebut. Gaya dia lari seperti—
Azzam segera menolong Jihan. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu. Apa benda ni? Fikir Azzam. Jarum?
Azzam segera membuang jarum tersebut di bawah kerusi yang berdekatan. Kalau kena kaki orang sakit ni.
Azzam dan Jihan berjalan menuju ke arah rumah hantu. Wawa dan yang lain-lain telah berjanji untuk berjumpa di depan tempat tersebut.
“Awak nak masuk tak rumah hantu ni?” tanya Azzam sambil melihat rumah hantu yang berada di hadapan mereka.
“Apa? Nantilah, kita tunggu yang lain sampai baru kita masuk sama-sama. Lagi ramai, lagi best.” Jelas Jihan. Azzam tersenyum sinis. Woi woi, dah takut,  cakap je la takut.
“Mana pulak diorang ni?” tanya Azzam kerana sudah bosan menunggu. Mata Jihan melilau-lilau mencari bayang rakan-rakannya yang lain.
“Azzam, Jihan.” Tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil nama mereka. Azzam dan Jihan tersenyum apabila melihat banyak hadiah yang dibawa oleh Syazwan. Wawa, Yuya dan Tini berjalan tanpa memegang apa-apa.
“Sejak bila kau minat dengan anak patung ni, Syazwan?” sindir Azzam. Syazwan hanya membisu, malu.
“Itulah balasannya kalau tak dengar cakap aku.” Ujar Wawa, tersenyum sinis. Tini hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Patungnya dibawa oleh Syazwan pun disebabkan Wawa memaksanya.
“Macam mana dengan temu janji korang? Best tak?” tanya Yuya sambil menyiku tangan Azzam dan Jihan. “Ni bukan temu janjilah.” Jawab Azzam dan Jihan serentak.
“Wah! Suami isteri yang sehati dan sejiwa.” Sindir Wawa. Azzam dan Jihan melihat ke arah lain, malu dengan sindiran Wawa.
“Apa-apa pun, aku nak full report dari korang berdua.” Ujar Wawa sambil tersenyum.
“Woi woi, kau ingat kami ni apa nak kena buat report?” tanya Azzam. Jihan tersenyum.
“Nasiblah, aku pun nak tahu apa yang korang buat sepanjang hari ni. Tengok, banyak hadiah yang korang menang.” Jawab Wawa.
“Banyaklah kau. Bukan sepanjang hari ni kita mengendap Azzam dengan Jihan ke? Hadiah ni kita dapat pun dekat dengan gerai yang diorang main.” Jelas Syazwan. Tini dan Yuya mengangguk tanda setuju.
“Korang ni memang tak boleh simpan rahsialah.” Jerit Wawa. Azzam dan Jihan mengeluh.
“Apa-apa pun, jom kita masuk rumah hantu.” Ajak Azzam. Semua setuju kecuali Jihan.
“Kenapa Jihan?” tanya Azzam.
“Tidak ada apa-apa. Cuma—”
“Cuma?” Azzam menunggu jawapan.
“Cuma takut je.” Jelas Jihan sambil tersenyum malu.
“Dah agak.”

Tiba-tiba ramai orang berkumpul di hadapan pintu masuk rumah hantu tersebut. Azzam dan yang lain-lain segera melihat apa yang terjadi.
Ramai polis berkumpul di dalam rumah hantu tersebut. Ni mesti ada kes ni. Fikir Azzam. Dia mula rasa teruja.
“Apa yang berlaku?” tanya Azzam kepada salah seorang polis yang ada di situ. “Satu kes pembunuhan telah berlaku.” Jawab pegawai polis tersebut. Seperti yang dijangkakan. Azzam cuba untuk masuk tetapi dihalang oleh pegawai-pegawai polis yang ada.
Dia segera berlari ke arah kawan-kawannya yang lain. “Apa yang berlaku?” tanya Tini.
“Ada kes pembunuhan yang berlaku.” Jawab Azzam.
“Tak guna. Kalau boleh aku nak tolong. Tapi pegawai polis yang ada tak bagi aku masuk.” Jelas Azzam, geram.
“Kalau macam tu, tiada hal punya.” Ujar Syazwan. Semua orang kehairanan.
“Jom.” Ajak Syazwan. Azzam dan yang lain-lain hanya mengikut dari belakang.
Syazwan membisik sesuatu kepada salah seorang pegawai polis yang ada. Tiba-tiba lelaki itu mengangguk lalu beredar dari situ. “Kau cakap apa dengan polis tadi?” tanya Yuya.
“Adalah.” Jawab Syazwan.
Tiba-tiba seorang pegawai polis berdiri di hadapan mereka. Dari pakaiannya dia berpangkat tinggi.
“Asalammualaikum, ayah.” Tiba-tiba Syazwan memanggil salam.
“Ayah?” Azzam dan yang lain-lain tersentak.
“Waalaikummusalam. Ayah ingat Syazwan dah balik.” Ujar Encik Hamzan.
“Kami nak balik selepas pertunjukkan bunga api.” Jelas Syazwan.
“Apa yang berlaku?” tanya Syazwan, cuba untuk mengorek maklumat dari ayahnya.
“Ada seorang lelaki meninggal. Kami rasa ini ialah kes pembunuhan berdasarkan bekas cucuk yang kami jumpa di belakang badan mangsa.” Jelas Encik Hamzan. Kesan cucuk?
“Boleh kami masuk tak, ayah?” tanya Syazwan.
“Tak boleh. Ini kerja polis. Budak-budak pergi main jauh-jauh.” Ujar Encik Hamzan.
“Tolonglah, pak cik. Benarkan kami masuk.” Rayu Azzam. “Apa nama kamu?” tanya Encik Hamzan.
“Saya Azzam.”
“Ohh, kamulah budak—” tiba-tiba Syazwan mencubit paha ayahnya. “Aduh, kamulah anak Yuna dan Hafizi, kan?” Syazwan tersenyum. Azzam hanya mengangguk.
“Masuklah, tapi tolong jangan kacau kerja polis.” Jelas Encik Hamzan.

Azzam berjalan mengelilingi mayat lelaki yang disahkan mati dibunuh. Azzam memakai sarung tangan yang diberikan oleh pihak polis supaya cap jari mereka tidak menganggu siasatan polis.
“Kalau dilihat dari bibir mangsa, dia telah diracun.” Ujar Tini sambil memegang bibir mangsa yang kebiruan. Jihan dan Wawa hanya melihat.
“Betul. Saya juga beranggapan begitu.” Azzam setuju. Azzam memusingkan badan mangsa.
“Ini kesan baru dicucuk.” Azzam melihat di bahagian belakang mangsa yang mempunyai kesan lubang kecil.
“Mungkin juga mangsa telah disuntik dengan jarum.” Tini memberi cadangan.
“Tak mungkin. Kalau mangsa telah disuntik, darah akan mengalir keluar kerana jarum telah sampai di saraf mangsa.” Jelas Azzam.
“Biar betul korang ni. Dah macam orang dewasa pula tahu pasal hal perubatan.” Ujar Syazwan.
“Inspektor, apa senjata pembunuhan yang digunakan?” tanya Azzam.
“Kami masih tidak menjumpai senjata pembunuhannya. Saya telah menghantar ke forensik untuk mencari panjang dan diameter senjata tersebut.” Jelas Encik Hamzan.
Nampaknya senjata pembunuhan tidak akan diketahui selagi maklumat dari forensik tidak sampai.
“Hei, budak. Jangan sentuh mayat tu.” Tegur salah seorang pegawai yang ada di situ. Azzam segera meminta maaf, lalu beredar dari situ.

“Baiklah, dari soal siasat tadi, awak berlima telah disyaki membunuh mangsa iaitu Encik Fahrin berumur 25 tahun. Mangsa telah ditemani oleh anda berlima sejak dari pagi sehingga pukul 8.15 malam tadi.” Jelas Encik Hamzan.
Azzam segera membawa keluar buku catatannya. Dia bertekad untuk menyelesaikan kes kali ini.

Semua suspek ialah pelajar perubatan termasuklah mangsa sendiri. Datang ke taman tema untuk menyambut kemenangan mangsa dalam satu pertandingan.

Suspek:-  Encik Syafiq
                 Encik Khairul
                 Cik Farhana
                 Cik Suraya
                 Encik Ghazali.

          Yang menemani mangsa ketika berada di dalam rumah hantu ialah Suraya, Khairul dan Syafiq. Farhana dan Ghazali dikatakan pergi ke tandas. Mengambil masa lebih kurang 7 minit.

          “Apa yang awak buat tu, Azzam?” tanya Jihan.
          “Saya tengah catat semua maklumat. Mungkin ada klu.” Jihan hanya melihat Azzam menulis catatan.
          “Tuan, waktu kematian mangsa telah ditetapkan. Ini maklumatnya.” Seorang pegawai polis menyerahkan maklumat kematian mangsa kepada Encik Hamzan.
Encik Hamzan melihat ke dalam fail tersebut. “Baiklah, waktu kematian mangsa ialah di lingkungan pukul 8.10 malam. Yang ada dengan mangsa ketika itu ialah Encik Syafiq, Khairul dan Cik Suraya. Mereka ialah suspek utama dalam kes ini.”
8.10 malam? Waktu tu kami telah dilanggar oleh seorang lelaki, tapi ada kena mengena ke? Fikir Azzam. Encik Hamzan melihat ke dalam fail tadi sekali lagi.
“Tuan, dah dapat maklumat tentang senjata pembunuhan?” tanya Azzam. Encik Hamzan mengangguk.
“Senjata pembunuhan berukuran 5 sentimeter panjang dan kurang dari 1 diameter lebar.” Jelas Encik Hamzan.
“Itu lebih kurang ukuran sebatang jarum.” Ujar Azzam.
“Memang betul. Tapi, jika pembunuh membunuh menggunakan jarum sebagai senjata, ia mustahil untuk menarik kembali jarum keluar dengan pantas. Lagipun, panjang jarum tersebut sudah cukup-cukup lima sentimeter. Jadi mustahil.” Jelas Encik Hamzan.
Azzam melihat ke arah suspek yang ada sambil memikirkan cara pembunuhan. Apa sebenarnya yang terjadi?
          Kesemua suspek memakai jaket yang sama. Untuk apa? “Minta maaf, kenapa semua jaket yang awak pakai sama?” tanya Azzam.
          “Oh, ini ialah tanda kami ialah satu kumpulan dalam bidang pendoktoran. Lagipun ini ialah rekaan Fahrin sendiri. Jadi kami mesti memakainya hari ini.” Terang Suraya.
          “Skaf ini pun kena pakai ke?” tanya Azzam lagi.
          “Yang ini? Ini ialah hadiah daripada Fahrin. Saya membantunya dalam penyelidikan. Saya juga ialah tunangnya.” Jawab Farhana sambil menunjukkan cincin tunangannya.
          “Nampaknya benang dari skaf tu mula nak tercabut. Lebih baik awak gunting.” Ujar Azzam. Farhana dengan segera mencabut benang tersebut. Kenapa dia gelabah? Aik, dia rabun ke?
          “Baiklah, Encik Syafiq. Bila awak sedar mangsa tiada di belakang awak?”
          “Ketika hampir dengan pintu keluar, dia seorang yang takut dengan benda-benda ghaib, jadi kami biarkan dia berjalan di belakang.” Jawab Syafiq.
          “Encik Ghazali dan Cik Farhana, ketika awak berdua pergi ke tandas, adakah sebarang saksi dengan awak?”
          “Ada. Selepas saya pergi ke tandas, saya ada singgah di gerai minuman. Kalau tak percaya, tuan boleh pergi tanya jurujual tersebut.” Jelas Ghazali.

          “Tuan, ini jurujualnya.”
          “Awak masih ingat dengan lelaki ini?” tanya Encik Hamzan.
          “Ya, saya masih ingat, kerana dia pelanggan yang menggunakan duit besar, jadi saya perlu berikan duit tukaran yang banyak.” Jelas jurujual tersebut.
          “Baiklah, Cik Farhana. Macam mana dengan awak?”
          “Tidak tuan. Saya tidak mempunyai sebarang saksi.”
          “Baiklah.”
          “Disebabkan awak semua ialah pelajar kedoktoran, tentu awak semua tahu titik mati seseorang, kan?” tanya Azzan.
          “Memang ya, tapi ia mustahil untuk kami membunuhnya dalam gelap.” Jelas Khairul. Betul juga. Apa ni. Kenapa kepala saya berserabut?
          “Kenapa Azzam?” tanya Jihan. Azzam menggelengkan kepalanya. Apa yang saya terlepas?
          Azzam berjalan melihat mayat itu sekali lagi. Ada sesuatu yang menganggunya sejak dari tadi.
          “Azzam tengok, ada benang.” Azzam melihat ke arah baju mangsa. “Benang ini tak sama dengan warna baju mangsa.” Jelas Tini.
          “Benang?” Azzam memegang benang tersebut. Dia melihat ke arah suspek yang ada. Dia seperti pernah melihat warna benang tersebut.
          “Mungkin—” Azzam segera berlari keluar dari rumah hantu tersebut. Tini terkejut.
          “Kenapa dengan Azzam?” tanya Yuya.
          “Mungkin dia dah berjaya selesaikan kes ini.” Jelas Tini. Jihan hanya melihat ke arah Tini. Mereka pasukan yang bagus.
         
          Mungkin dia ialah pembunuhnya. Azzam berlari ke arah sebuah bangku lalu menundukkan kepalanya. Dia segera mencapai sesuatu di bawah kerusi tersebut.
          “Ini dia.” Azzam terus mencari sesuatu. Tiba-tiba ada sesuatu yang bersinar di hadapannya. Azzam segera mengambil benda itu dengan sapu tangannya.
“Akhirnya.” Azzam segera berlari ke arah rumah hantu kembali.


WAHILA