Script ini di sediakan oleh Famili Azam

07 April 2011

BAB 19:HOT & COLD



+ bab 19 +
Temu janji

Jihan menunggu Azzam di meja makan sambil melihat orang yang sedang berjalan di sekitar tempat itu. Ramai orang pada hari itu. Ada yang bersama keluarga mereka, ada yang berseronok bersama-sama dengan rakan-rakan, dan ada juga yang bersama kekasih mereka.
Tiba-tiba Jihan terasa kesejukan di pipinya. Dia memegang pipinya yang basah itu. Azzam sedang berdiri di tepinya sambil memegang dua tin air minuman bergas.
“Sejuk tak air ni?” tanya Azzam. Jihan hanya mengangguk.
“Nah, air ini untuk awak.” Azzam menghulurkan salah satu tin minuman itu kepada Jihan.
“Terima kasih.” Ucap Jihan sambil mengambil minuman itu dari tangan Azzam.
Azzam segera duduk di atas kerusi yang berada di hadapan Jihan. Mereka minum air tin itu tanpa berkata apa-apa.
“Awak dengan Tini ada apa-apa hubungan yang istimewa ke?” tiba-tiba Jihan bersuara. Azzam terkejut dengan pertanyaan Jihan.
“Kami mana ada apa-apa hubungan. Lagipun hati saya dah dimiliki oleh seseorang.” Jelas Azzam sambil memandang ke arah Jihan.
“Ohh! Siapa gadis tu?” tanya Jihan, tertanya-tanya siapakah gadis bertuah itu.
“Dia ialah kawan baik saya sejak kecil lagi. Sejak kecil lagi saya sukakannya. Tapi saya tak tahu sama ada gadis itu sukakan saya atau pun tidak.” Jelas Azzam.
“Kenapa awak tak bagi tahu gadis tu yang awak sukakan dia?” tanya Jihan lagi. Azzam hanya tersenyum.
“Sebenarnya tak lama lagi saya nak luahkan isi hati saya padanya dan saya harap dia dapat menerima saya.” Jelas Azzam lagi.
Jihan hanya terdiam. Awak akan tahu tak lama lagi Jihan. Awak ialah gadis itu.  Jihan menyambung minum minumannya tadi. Dan lagi bagus jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar kepada awak. Fikir Azzam.
“Jihan.” Tiba-tiba suara Azzam perlahan. Jihan hanya mendengar sambil memandang ke arah muka Azzam. Matanya tidak bergerak.
“Ada sesuatu yang saya nak tanya awak.” Jihan terus mendengar. Jantungnya mula berdegup dengan laju. Azzam terdiam. Jihan terus menunggu apa yang cuba Azzam katakan padanya.
“Ada sesuatu ke dekat muka saya?” tanya Azzam. Jihan terkejut.
“Apa dia?”
Lah, aku ingat apa benda tadi. Fikir Jihan. Azzam menunggu jawapan.   
“Tak ada apa-apa pun.” Jawab Jihan.
Tiba-tiba je dia tanya soalan mengarut tu. Fikir Jihan lagi.

“Surat apa tu?” tanya Jihan. Mereka berjalan ke arah permainan-permainan yang ada di taman tema itu.
“Surat dari peminat. Semuanya dari perempuan.” Jelas Azzam. “Nampaknya jadi detektif ni memang popular.” Jelas Azzam, teruja.
“Tapi fikiran awak dah penuh dengan perempuan. Kenapa awak tak serius dengan seorang je?” tanya Jihan.
“Serius dengan seorang?” Azzam melihat ke arah Jihan. Muka Jihan bertukar warna. “Kenapa awak pandang saya pula?” tanya Jihan, malu.
“Eh... tak ada apa-apa. Lebih baik kita beratur cepat. Nanti takut tiket habis.” Azzam cuba untuk bertukar topik. Naik roller coaster mana ada pakai tiket. Mengarut betullah budak ni. Fikir Jihan.
Mereka segera duduk di atas tempat kosong di atas roller coaster itu. Azzam terus menceritakan tentang penyiasatannya. Jihan mula berasa bosan.
“Boleh tak awak berhenti.” tanya Jihan, marah. Azzam terkejut. “Saya tak kisah pasal kes yang awak selesaikan atau penyiasat yang terkenal.” Jihan melepaskan nafasnya.
“Saya cuma mahu satu hari yang seronok dengan awak. Kenapa awak tak boleh faham perasaan saya?” tanya Jihan.
“Jihan.” Azzam terkejut. Jihan menundukkan kepalanya.
“Jihan, sebenarnya saya—”  belum sempat Azzam memberitahukan hal yang sebenar tiba-tiba Jihan mencelah. “Bodoh! Kenapa awak gementar. Awak sepatutnya tahu saya cuma berlakon.” Jihan tergelak.
“Kalau awak senang tergugat macam ni, macam mana awak nak jadi detektif yang terhebat?” Jihan ketawa seorang diri. Hish budak ni. Fikir Azzam, geram.
Roller coaster itu mula bergerak dengan perlahan. Jihan mula berasa takut. Jihan mempunyai dua kelemahan iaitu senang percaya pada cerita yang karut dan takut akan ketinggian.
Jihan memejamkan matanya dengan rapat. Tanpa dia sedari tangannya mengenggam tangan Azzam dengan sekuat hatinya. Azzam terkejut. Mukanya mula berubah warna.
Jihan tidak sedar apa yang berlaku. Dia terlalu takut sehingga tidak sedar Azzam yang berada di sebelahnya mula merasa malu.
Semua orang yang menaiki roller coaster itu menjerit dengan kuat apabila permainan itu menggelongsor ke bawah. Azzam tidak menjerit kerana dia terlalu terkejut apabila Jihan masih memegang tangannya. Dia dapat rasakan jantungnya berdegup dengan laju.
Semakin lama Jihan menggenggam tangan Azzam semakin sakit rasanya. Jihan masih tidak melepaskan tangannya.

5 minit kemudian,
Roller coaster itu mula berhenti dan semua penumpang  mula turun dari permainan itu. Jihan juga melepaskan nafas lega. Dia melihat ke arah Azzam. Muka Azzam kelihatan merah padam, seperti malu.
“Ahhh, akhirnya tamat juga. Takut saya di buatnya.” Jihan terus merengang badanya setelah 10 minit di situ. Jihan memandang ke arah Azzam.  Azzam asyik memandang tangannya yang telah dipegang oleh Jihan.
“Kenapa dengan awak Azzam, termenung dari tadi. Ada apa dekat tangan awak?”
“Tak.. tak ada apa-apa pun.” Azzam mula gagap.
“Selepas ni kita hendak pergi mana?”. Tanya Jihan.
“Entahlah, awak rasa? Saya ikut saja,” jawab Azzam.
“Emmmmm, apa kata kita pergi bermain game itu. Nak tak?” Jihan menunjuk ke arah salah satu gerai permainan yang ada di situ.
“Yang mana satu?” Azzam tidak nampak arah yang Jihan tunjukkan.
“Alaaa, yang ada senapang tu,” Jihan menunjukkan gerai yang dimaksudkannya sekali lagi. Azzam masih tercari-cari.
“Ohhhh yang itu, kalau begitu baiklah. “ Akhirnya Azzam nampak juga arah gerai itu.
Semasa hendak menuju ke sana, tiba-tiba seorang nenek tua terjatuh di depan Azzam. Azzam pun menolongnya.
“Mari saya tolong nenek ye.” Azzam mempimpin nenek itu dengan perlahan.
“Terima kasih cu, kerana tolong nenek ni maklumlah dah tua ni kan, bukan nampak jalan sangat. Sampaikan cermin mata nenek pun lupa nak bawa.” Nenek itu terus mengambil sesuatu dalam begnya lalu memberikan kepada Azzam.
“Eh apa ni, nek?” Azzam kehairanan.
          “Hadiah, daripada nenek kerana cucu dah tolong nenek.” Nenek memberikan sebuah botol  yang berisi air.
Tiba-tiba, tangan nenek itu menggeletar dan botol itu hampir jatuh.
“Cepatlah cucu, nenek ni pun tak larat nak pegang lama-lama ni.” Jelas nenek itu. Azzam segera mengambil botol kecil yang berisi air itu.
“Air apa ni, nek?” tanya Azzam sambil membelek botol itu.
“Tak ada apa-apa pun, cuma air yang nenek dapat waktu main salah satu permainan yang ada dekat taman permainan ni.” Jelas nenek itu sambil tersenyum. Senyuman nenek itu membuatkan Jihan rasa tidak sedap hati.
“Terima kasih ye, nek.” Jawab Azzam. Nenek itu hanya mengangguk. Nenek itu segera berjalan meninggalkan Jihan dan Azzam.
Azzam dan Jihan segera berjalan ke arah gerai permainan itu. Nenek itu tak ada anak ke? Fikir Jihan. Dia menoleh ke belakang. Nenek tadi hilang dari pandangan.
Jihan kehairanan. Macam mana nenek setua itu boleh jalan dengan laju? Fikir Jihan lagi.
“Kenapa, Jihan?” tanya Azzam.
“Nenek tadi dah hilang.” Jelas Jihan sambil mencari bayang nenek misteri tadi. “Mungkin dia dah pergi.” Jelas Azzam.
“Mungkin juga.” Jawab Jihan.

Azzam segera berikan anak patung beruang itu kepada Jihan. Dia telah memenangi anak patung itu untuk Jihan. Jihan tersenyum gembira. Jihan memeluk anak patung itu dengan erat.
“Terima kasih, Azzam.” Jihan mengucapkan terima kasih kepada Azzam.
“Sama-sama.” Jawab Azzam. Dia gembira apabila melihat Jihan sentiasa tersenyum.
“Wah, tengok. Gula-gula kapas.” Azzam menunjuk ke arah sebuah gerai yang menjual makanan ringan. “Awak nak tak?” tanya Azzam. Jihan hanya mengangguk.  Azzam menerpa ke arah kedai yang dimaksudkan.
“Nah, ini untuk awak.” Azzam menghulurkan gula-gula kapas yang berwarna merah kepada Jihan. “Awak suka warna merahkan?” tanya Azzam. Jihan mengangguk sambil memakan gula-gula kapas tadi. Mereka bersiar-siar sambil melihat gerai-gerai yang ada di situ.

“Tengok, Azzam. Permainan tembak-menembak.” Jihan segera menerpa ke arah gerai tersebut.
“Awak nak cuba ke?” tanya Azzam. Jihan menggelengkan kepalanya.
“Awak cuba dulu, baru giliran saya.” Ujar Jihan. Azzam hanya mengangguk.
“Baiklah, saya akan menang.” Azzam segera mencapai senapang mainan lalu menembak ke arah sasaran. Semua tembakannya mengena. Jihan terkejut. Semua orang yang ada di situ menepuk tangan.
“Wah. Hebatnya.” Puji Jihan.
“Saya memang hebat dalam menembak.” Ujar Azzam.
“Baiklah! Sukan yang tak perlu menggunakan otak...aku juga amat hebat!” Jihan segera melepaskan tembakan. Semua sasarannya mengena.
“Wah, awak juga amat hebat.” Puji Azzam.
“Baiklah, ini hadiahnya.” Pak cik yang menjaga kedai itu segera memberikan hadiah kepada Azzam dan Jihan. Jihan ketawa apabila melihat Azzam mendapat hadiah sebuah anak patung yang berupa katak. Azzam hanya tersenyum.
“Wah, nampaknya mereka sedang bergembira.” Ujar Wawa.
“Mereka seolah-olah amat menikmati saat-saat janji temu ini.” Ujar Tini sambil memegang anak patung yang dimenangi olehnya.
“Mestikah kita mengendap mereka?” tanya Syazwan. Wawa memandang ke arah Syazwan tanpa berkata apa-apa.
“Yelah..yelah, aku tahu.” Syazwan mengalah apabila Wawa mengangkat keningnya. Dia benci apabila Wawa membuat begitu.
Tini tersenyum melihat gelagat mereka. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan hal yang berlaku tadi. Fikir Tini sambil memeluk erat patungnya.

“Tengok, permainan apa tu?” tanya Azzam.
“Wah, permainan yang menguji kekuatan.” Jawab Jihan. “Tak sangka, ada juga permainan macam ni.” Jihan tersenyum sinis. Azzam mula merasa tidak sedap hati.
Jihan menumbuk patung tersebut sehingga mendapat markah yang tertinggi. Dah agak dah. Fikir Azzam. “Awak tak nak cuba, Azzam?” tanya Jihan sambil memegang hadiahnya.
Azzam menggelengkan kepalanya. Kalau aku masuk, sah-sah kalah. Fikir Azzam lagi.

Mereka berseronok sehingga tidak sedar malam hampir tiba. Sekurang-kurangnya ini ialah malam yang akan mereka ingat sampai bila-bila. Temu janji yang menggembirakan.

WAHILA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan