Script ini di sediakan oleh Famili Azam

19 Februari 2011

BAB 12: HOT & COLD - RAHSIA

+ bab 12 +
rahsia
Jihan dan Wawa berjalan menuju ke arah kelas mereka. Selepas sahaja kes tadi berakhir, Jihan merasakan ada sesuatu tentang Azzam yang mengingatkannya pada seseorang. Tapi dia tidak dapat mengenal pasti apakah perasaan itu. Wawa dari tadi hanya memandang ke arah Jihan. Sejak dari tadi, Jihan hanya mendiamkan diri.
“Kenapa dengan kau, Jihan?” tanya Wawa. Jihan menggelengkan kepalanya. Dia hanya melihat ke arah kawannya itu.
“Wawa. Boleh tolong aku tak?” tanya Jihan.
“Tolong apa?” Wawa menanyakan soalan kembali.
“Tolong aku minta maaf dekat Azzam. Pasal hal tadi. Aku naik marah tanpa sebab.” Wawa tersenyum. Inilah masanya aku merapatkan Azzam dengan Jihan. Fikir Wawa.
“Baiklah, aku tolong kau. Sekejap lagi waktu balik, Azzam balik jalan kaki dengan kita. Kau bolehlah minta maaf waktu tu, okey.” Jelas Wawa. Jihan melepaskan nafas lega.
Wawa tersenyum keseorangan teringatkan permintaan Azzam pagi tadi. Azzam ada memberitahunya tentang suatu rahsia antara dia dan Jihan.
“Wawa, aku nak tanya kau sesuatu, boleh tak?” Tanya Azzam.
“Boleh. Tanya apa?” Wawa memandang ke arah Azzam kehairanan.
“Jihan ada pakai rantai tak? Rantai itu ada huruf A.” Tanya Azzam lagi. Wawa mengangguk. “Dia ada pakai rantai. Kenapa?” Azzam tersenyum. Nampaknya tekaan dia selama ini memang betul.
“Kalau aku minta tolong dekat kau, boleh tak?” Wawa mengangguk lagi.
“Tolong apa? Sekejap. Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa dengan rantai Jihan?” Wawa menunjukkan muka marah. Azzam menggaru kepalanya sambil tersenyum.
“Baiklah. Aku beritahu dekat kau. Tapi kau jangan bagi tahu Jihan. Ini rahsia kita berdua.” Wawa tersenyum lalu dia mengangguk.
“Janji?” tanya Azzam.          
“Ya. Aku janji.”
Azzam memulakan ceritanya. Tentang pertemuannya kali pertama dengan Jihan. Tentang lagu mereka. Tentang kenangan mereka ketika kecil. Dan tentang rantai yang diberikan oleh Azzam kepada Jihan. Wawa mendengarnya dengan penuh perhatian. Dia teringat tentang cerita yang pernah Jihan beritahunya. Tentang seorang budak lelaki dan rantai. Dan lagu yang bermain difikirannya.
“Jadi, selama ini kau budak lelaki itu.” Azzam mengangguk.
“Wow. Tak sangka aku.” Wawa terkejut. Dia tidak menyangka yang selama ini Azzam ialah lelaki yang ditunggu-tunggu oleh Jihan.
“Jadi, kau yang nyanyi lagu itu semalamkan?” tanya Wawa untuk kepastian. Azzam tersenyum. “Ya, aku yang nyanyi. Itu pun aku cuma nak tengok betul ke Jihan ialah gadis yang selama ini aku cari.”
“Merdu suara kau. Macam penyanyi.” Puji Wawa. Azzam tundukkan kepalanya kerana malu di puji. Wawa hanya tersenyum melihat Azzam. “Kenapa kau tak bagi tahu Jihan hal yang sebenar?” tanya Wawa.
“Aku nak simpan rahsia ini dulu. Aku nak kenal dia dengan betul. Sebab itu aku nak minta tolong kau. Aku nak kau tolong aku bagi tahu tentang dia. Semua tentang diri dia. Boleh tak?” tanya Azzam sambil membuat muka kasihan.
Wawa memikirkannya dahulu. Ini peluang yang baik. Lagipun Jihan memang tercari-cari cinta pertamanya dulu. Aku akan satukan mereka berdua. Wawa tersenyum seorang diri. Azzam kehairanan.
“Boleh ke tak?” Wawa masih melamun.
“Woi—“ Wawa terkejut.
“Ya. Aku tolong kau. Tapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya?” Azzam tertanya-tanya.
“Syaratnya ialah kau kena luahkan perasaan dekat Jihan. Jangan biarkan dia tercari-cari lelaki itu. Faham?” Azzam mengangguk sambil tersenyum. Jihan ialah cinta pertama aku. Aku takkan pernah sakitkan hatinya.
“Woi, mak cik. Kau melamun apa?” Tanya Jihan. Sejak dari tadi, Jihan hanya memandang ke arah kawannya. Wawa menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum. Jihan kehairanan. Mereka segera masuk ke kelas.

*****

“Peacock, kau kena ingat kakak kau sekarang ada di dalam tahanan kami. Kau mesti selesaikan misi ini, faham?” tanya Crow. Peacock hanya tersenyum, melindungkan perasaan marah dan geram.
“Ini gambar budak tu.” Crow menghulurkan sekeping gambar. Peacock segera mengambilnya dari tangan Crow. Boleh tahan juga budak ni.
“Ini pula maklumat tentang dirinya.” Crow menyerahkan sebuah dokumen tentang diri Azzam.
Azzam ye. “Baiklah, tapi tolong jangan apa-apakan kakak aku.” Crow tersenyum. “Aku takkan mungkir janji, itupun selagi kau tidak buat hal.” Jelas Crow. Peacock hanya mengangguk, namun di dalam hatinya tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.

*****

Azzam, Jihan dan Wawa berjalan pulang ke rumah bersama-sama. Azzam berada di sebelah kanan Wawa manakala Jihan berada di sebelah kiri Wawa.
Sepanjang perjalanan mereka tidak berkata apa-apa. Wawa yang bosan dengan keadaan itu cuba untuk menarik perhatian mereka.
Wawa dengan pantas bergerak ke sebelah kiri Jihan membuatkan Azzam dan Jihan berada bersebelahan. Wawa tersenyum. Jihan mencubit paha kawannya itu. Azzam ketawa melihat gelagat mereka berdua.    
Muka Jihan mula bertukar menjadi kemerah-merahan. “Azzam.” Panggil Jihan tapi memandang ke bawah.
“Ya.” Jawab Azzam.
“Saya minta maaf tentang hal pagi tadi. Saya tak bermaksud untuk menjerit dekat awak. Ada sesuatu yang menganggu saya pada waktu itu.” Jelas Jihan.
Azzam hanya tersenyum. Jihan memandang ke arah muka Azzam. Mengharapkan balasan. Azzam memandang mata Jihan. Patut ke aku beritahu dia? fikir Azzam.
“Jihan sebenarnya—“ Jihan hanya memandang Azzam. Muka Azzam mula merah. “Sebenarnya saya maafkan awak. Tadi cuma hal kecil je.” Jelas Azzam. Dia memandang ke arah lain.
Kenapa aku tak beritahu dia. Penakut betul lah aku ni. Azzam mengeluh kecewa. Wawa tergelak melihat gelagat Azzam. Dia faham apa yang Azzam cuba lakukan.
Jihan tersenyum. Dia merasa lega kerana Azzam memaafkannya. Mereka berjalan tanpa berkata apa-apa. Mereka tiba di hadapan rumah Azzam.
Jihan terkejut apabila melihat rumah Azzam. Bukan sahaja tentang besarnya rumah yang berada di hadapan mereka. Malah tentang lagu yang mereka kejar sehingga membawa mereka ke sini. Jihan merasa hairan. Dia memandang ke arah Azzam. Takkan dia budak lelaki itu. Dia melihat Azzam membuka pintu pagar rumahnya lalu melangkah masuk. Azzam melambai ke arah mereka.
Jihan melambai kembali. Dia dan Wawa segera beredar dari situ. Tak mungkin lah dia budak itu. Mungkin cuma kebetulan. Fikir Jihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan