Script ini di sediakan oleh Famili Azam

12 Februari 2011

BAB 11.HOT & COLD

+ bab 11 +
Kes kecurian di sekolah
Azzam, Syazwan dan Yuya berjalan menuju ke dewan. Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar perempuan segera menghampiri Azzam. Jihan dan Wawa hanya memandang dari jauh.
Walaupun Jihan tidak pernah bertegur sapa dengan Azzam, namun dihatinya ada rasa sedikit cemburu. Jihan terus berjalan menuju ke kelas. Azzam terlihat Jihan.
Azzam cuba untuk melarikan diri dari pelajar-pelajar itu sambil di bantu oleh Yuya dan Syazwan. Dia segera berlari ke arah Jihan dan Wawa.
“Hai! Rasanya kita belum berkenalan dengan betul. Saya Azzam.”
“Saya Wawa.” Azzam memandang ke arah Jihan. Namun Jihan hanya berdiam diri. Wawa dengan segera memperkenalkan Jihan kepada Azzam. Jihan memandang ke arah lain. Dia seperti tidak menghiraukan Azzam.
Azzam cuba untuk bersembang dengan Jihan, namun dia masih tidak menghiraukan Azzam. Wawa dan Azzam  bersembang sehingga sampai di hadapan kelas mereka. Jihan masih membisu.
Azzam cuba untuk mencari cara untuk bercakap dengan Jihan. Namun, Jihan tetap mengelak dari bercakap dengannya. Azzam bertekad untuk tidak berputus asa.
Jihan melihat ke arah lain. Dia dapat rasakan pelajar-pelajar yang ada di situ sedang memandang ke arah mereka. Terutama sekali pelajar perempuan.
Tiba-tiba dia dapat rasakan suatu perasaan yang tidak dapat dikenal pasti olehnya. Cemburu? Marah? Benci? Dia tidak dapat mengenalinya. Azzam terus berusaha untuk bersembang dengan gadis yang degil di hadapannya itu.
              Tiba-tiba Jihan berkata “What is your problem? Kenapa awak kerja ikut kami. Dah tiada kerja lain?” tanya Jihan dengan nada marah. Azzam dan Wawa terkejut. Azzam berhenti berjalan sambil menundukkan kepalanya.
Wawa memandang ke arahnya. Jihan segera menarik tangan Wawa. Mereka segera menerpa ke arah kelas.
Kenapa dengan dia. Jihan marah dengan aku ke? Azzam segera berjalan menuju ke arah Syazwan dan Yuya yang sedang menunggu di dalam dewan. Tidak mengapa. Aku takkan putus asa sehingga aku beritahu kau hal yang sebenarnya.
Kenapa dengan aku? Kenapa aku tak endahkan dia? Kenapa aku marah dia? Sepatutnya kau tak buat macam itu, Jihan. Kenapa aku bodoh sangat? Dia cuma mahu berbuat baik. Wawa segera melepaskan pergelangan tangannya.
“Kenapa kau marah si Azzam?” tanya Wawa sambil memegang pergelangan tangannya kerana sakit. Jihan hanya terdiam. Dia tahu dia salah kerana marah dengan tiba-tiba. Apatah lagi Azzam tidak membuat apa-apa kesalahan dengannya.
“Jawablah, Jihan.” Jihan hanya memandang ke arah kawannya itu. Dia menggelengkan kepalanya lalu segera duduk di tempat duduknya.
Dia memandang keluar tingkap sambil memikirkan tentang hal tadi. Tiba-tiba satu pengumuman dibuat. Semua pelajar segera turun ke dewan dengan segera. Pengumuman itu diulang sebanyak dua kali.
Jihan dan Wawa segera mengikut pelajar lain ke dewan. Tiba-tiba dia terpandang ke arah Azzam yang berada di hadapan dewan. Azzam terpandang ke arah Jihan. Dia hanya tersenyum.
Jihan segera memandang ke arah lain. Dia tak marahkan aku ke? Jihan tertanya-tanya. Mukanya mula berubah kemerah-merahan.
Semua pelajar berkumpul di dewan. Seorang guru segera memberi pengumuman. “Baiklah pelajar. Tadi ada sesuatu yang telah berlaku. Seorang guru kita telah kehilangan duit sebanyak RM 150. kami mengesyaki ada seseorang telah memecah masuk ke dalam biliknya lalu mencuri duit tersebut. Jadi semua pelajar tolong jangan berganjak dari tempat masing-masing.”
Semua pelajar terkejut. Azzam juga terkejut. Dia bingkas bangun lalu berjalan ke arah gurunya itu.
Dia mengenali guru itu. Dia mengajar Azzam matapelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelasnya. “Puan Radziah, boleh saya siasat kes ini. Saya tak boleh nak duduk senyap sahaja.” Jelas Azzam. Puan Radziah terdiam.
“Baiklah, kalau begitu ikut saya.” Azzam berjalan di belakang Puan Radziah lalu dia berhenti dengan tiba-tiba.
“Dahlah, lebih baik korang keluar sekarang. Tak payah nak bersembunyi lagi.” Azzam menoleh ke belakang. Syazwan dan Yuya keluar dari tempat persembunyian. Mereka tersenyum sambil memandang ke arah Azzam.
“Korang nak ikut?” tanya Azzam. Mereka berdua hanya mengangguk. Jihan hanya melihat mereka dari jauh. Dia tahu Azzam pasti mahu menyelesaikan misteri ini.
“Jomlah.” Azzam mengajak mereka berdua. Mereka segera berjalan menuju ke arah bilik berlakunya kecurian tadi. Azzam memandang sekeliling bilik itu. Bilik itu tersusun rapi. Seperti tiada orang yang memecah masuk. “Cikgu ada syak siapa-siapa tak?” tanya Azzam.
“Ya! Kami ada lima suspek.” Lima orang pelajar segera keluar dari bilik sebelah iaitu bilik pengetua.

Suspek pertama ialah seorang pelajar dari kelas 3 Harapan. Namanya Syahid. Suspek kedua ialah Hazrin dari kelas 4 Gigih. Suspek ketiga ialah Farah dari kelas 4 Sinar. Suspek keempat ialah Siti dari kelas 4 Yakin dan yang kelima ialah Muhaimin dari kelas 3 Amanah.  

Azzam menyoal siasat mereka. Dia segera mencatat nota untuk menyiasat.

Suspek pertama,
Seorang pengawas sekolah. Datang ke bilik ini untuk mengambil buku nota yang terdapat di atas meja.

Suspek kedua,
Pelajar biasa. Nampaknya dia seorang yang bermasalah di sekolah ini. Datang ke bilik ini untuk bertemu dengan guru. Namun dikatakan tiada sesiapa ketika itu.

Suspek ketiga,
Pelajar biasa. Datang bertemu dangan guru untuk berbincang tentang mata pelajaran yang tidak faham. Namun dia kelihatan gelabah. Seperti ada sesuatu yang menganggunya.

Suspek keempat dan kelima,
Pengawas Koperasi. Datang ke bilik ini untuk menolong cikgu untuk pementasan drama. Nampak seperti couple. Hehehehe...

Mereka sedar duit itu hilang selepas sahaja suspek yang keempat dan kelima pergi dari tempat kejadian. Duit itu terdapat di dalam laci. Namun yang hanya tahu tentang duit itu ialah guru itu sendiri. Bagaimana pencuri itu mengetahui tentang duit yang berada di dalam laci?
Azzam mengelilingi meja yang berada di dalam bilik itu. Dia cuba untuk mencari bukti. Dia membuka laci meja yang berada di bawah.
Nampaknya laci ini tidak berkunci dan tiada rupa seperti baru diselongkar. Kalau betul duit itu ada di sini. Mesti tiada sesiapa yang tahu.
Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Benda apa ni? Buku nota? Takkan macam itu pula? Azzam tersenyum seorang diri.
Azzam melangkah keluar dari bilik itu. Dia segera berjalan ke bilik sebelah iaitu bilik pengetua. Selepas beberapa minit, dia segera keluar sambil tersenyum.
“Cikgu, nampaknya saya dah selesaikan misteri ini.” Azzam memandang ke arah suspek-suspek yang sedang berdiri di hadapannya. Semua orang yang ada di situ tertunggu-tunggu untuk mendengar penjelasan Azzam tentang kes ini.
“Di dalam kes ini, saya menemui 3 petunjuk. Yang pertama ialah buku nota yang terdapat di bawah meja. Yang kedua ialah suspek yang ada dan yang ketiga ialah keadaan bilik itu.” Syazwan dan Yuya hanya memandang ke arah Azzam. Ini ialah kali pertama Syazwan melihat Azzam menyelesaikan kes.
“Azzam, tolong beritahu cikgu siapa penjenayahnya?” tanya Puan Radziah.
“Sebenarnya cikgu—“ Azzam tersengih. “Ini duit yang cikgu carikan?” Azzam menunjukkan tiga keping duit RM 50. “Mana Azzam jumpa?” tanya Puan Radziah kehairanan.
“Sebenarnya duit ini saya jumpa di dalam laci yang sama cikgu letak duit tadi. Rasanya cikgu tersalah tengok. Rasanya ada lagi dalam laci tadi.” Jelas Azzam.
“Tapi—“ Azzam segera beredar dari situ. Syazwan dan Yuya terkejut dengan tindakan Azzam. Mereka dengan pantas mengejar Azzam.
“Azzam, takkan itu sahaja. Kau pasti ke? Aku ingat ada penjenayah.” Azzam hanya tersenyum “Kau tunggu je la.” Syazwan dan Yuya memandang antara satu sama lain. Apa maksud Azzam?

Dia segera masuk ke dalam bilik itu. Pintu bilik tidak berkunci. Dia membuka laci meja. Dia segera menyelongkar mencari sesuatu. Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Azzam bersandar pada pintu. Dia segera menyorok di bawah meja.
“Tak guna kau menyorok lagi. Kau selama ini yang mencuri duit yang terdapat dalam laci itu, betul atau tidak, Syahid?” tanya Azzam.
Syahid segera keluar dari tempat persembunyian. “Bagaimana kau tahu aku orangnya?” tanya Syahid.
“Itu akan aku terangkan nanti. Cikgu, ini pencuri yang cikgu cari selama ini.” Jelas Azzam. Puan Radziah memandang ke arah Syahid.
Azzam berjalan ke arah Syahid. “Bagi balik duit yang kau curi sebelum ini.” Syahid segera menghulurkannya ke tangan Azzam. Azzam segera mengembalikan duit itu kepada gurunya.
“Sekarang mari kita bongkarkan misterinya, ok?” semua orang yang berada di situ hanya mengangguk.
“Sebenarnya duit yang saya berikan pada cikgu tadi ialah duit pengetua. Tadi saya pergi minta duit itu kepadanya untuk menjerat pencuri yang sebenar.” Jelas Azzam.
“Pertama sekali saya nak tanya pada awak semua, kenapa buat semua benda ini?” tanya Azzam. Semua orang kehairanan.
“Apa maksud Azzam?” tanya Puan Radziah.
“Seperti yang saya cakap tadi. Saya menemui tiga petunjuk. Petunjuk yang pertama ialah buku nota. Saya percaya yang bahawa Syahid ada kata yang dia datang ke bilik ini untuk mengambil buku nota. Tapi sayang, buku nota yang sepatutnya dia bawa tertinggal di bawah meja ketika dia kelam-kabut mengambil duit yang ada di dalam laci meja.” Jelas Azzam.
“Ya memang betul. Tapi apa kena mengena dengan kami yang lain. kalau betul Syahid pencurinya, apa kena mengena dengan kami?” tanya Hazrin. Puan Radziah hanya mendengar penjelasan Azzam.
“Petunjuk kedua iaitu suspek. Sebenarnya korang dah berkomplot sejak dari mula lagi. Dan sebenarnya ada dalang disebalik semua ini. Betul atau tidak Puan Radziah?” tanya Azzam sambil meamandang ke arah gurunya.
“Apa maksud Azzam?” tanya Puan Radziah.
“Petunjuk ketiga iaitu keadaan bilik ini. Ketika saya masuk tiada kesan seperti baru lepas dipecah masuk oleh seseorang. Lagipun saya pelik. Kenapa cikgu tidak mengunci laci meja kalau cikgu tahu yang dalam laci itu cikgu simpan duit? Kenapa pelajar lain boleh tahu di mana cikgu letak duit?”
 Azzam tersenyum.
“Sebenarnya cikgu yang memberitahu mereka. Seperti yang dirancangkan oleh cikgu sendiri.” Jelas Azzam.
“Kalau betul pun, apa motif cikgu nak buat macam itu? Takkan cikgu nak curi duit sendiri?” tanya Puan Radziah. Azzam tersenyum.
Azzam memandang sekelilingnya. “Awak semua boleh keluar dari bersembunyi sekarang.” Panggil Azzam. Semua orang yang bersembunyi sejak dari mula lagi segera keluar dari tempat persembunyian. Macam mana Azzam tahu kami ada di sini? Semua orang kehairanan.
“Motif cikgu sebenarnya ialah hanya untuk menguji saya, betul tak, cikgu.” Puan Radziah hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya.
“Sebenarnya tiada kes kecurian yang berlaku.” Azzam tersenyum.
“Nampaknya terpaksalah cikgu mengalah.”
“Memang betul. Semua ini hanya lakonan semata-mata. Kami mahu menguji kamu untuk masa depan sekolah kita. Apabila kami dapat tahu yang bahawa kamu ialah seorang penyiasat. Kami mahu tahu bagaimana gaya kamu. Dan ini kali pertama saya melihat pelajar seperti kamu. Tahniah Azzam.” Puji Puan Radziah.
Semua orang yang ada di situ memberikan tepukan yang gemuruh untuk Azzam. Jihan tersenyum sendirian. Nampaknya dia seorang yang hebat. Fikir Jihan sambil memandang ke arah Azzam.

*****
“Tuan, nampaknya rancangan kita telah berjaya. Kita tidak akan kehilangan jejak Azzam lagi.” Crow tersenyum sendirian. Nampaknya rancangan mereka mula menjadi.
“Bagus Owl, teruskan buat dia terkenal. Kita akan teruskan rancangan seterusnya bila Peacock sampai ke Malaysia.”
“Baiklah tuan.” Crow meletak telefon bimbitnya di atas meja. Dia berjalan ke arah luar tingkap. Pemandangan Kuala Lumpur yang indah menarik perhatiannya. Dia tersenyum sendirian. Dari pandangan matanya, dia yakin kali ini dia akan berjaya mendapatkan Azzam.
“Kau akan kalah Hafizi.” Crow ketawa dangan kuat. Dia akan berjaya mengalahkan musuhnya itu. Walaupun kita berkawan dahulu, itu tidak bermaksud kau akan berjaya dalam semua perkara.
Crow segera mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon seseorang. “Hello, Peacock. Sudah bersedia?” tanya Crow.
Peacock hanya ketawa. “Tentulah sudah. Serahkan sahaja pada saya. Semua ini akan selesai tak lama lagi.” Peacock memutuskan panggilannya. Rancangan kali ini pasti akan berjaya.

*****
Azzam dan Syazwan sedang duduk berehat di pondok bacaan. Yuya yang ternampak mereka bergegas ke arah mereka berdua. “Hai. Korang buat apa dekat sini?” tanya Yuya. “Tiada apa-apa. Aku baru saja nak tanya Azzam pasal kes tadi.” Jawab Syazwan.
“Ya la. Azzam macam mana kau tahu yang kes tadi itu cuma ujian?” Yuya kehairanan. Syazwan bertambah hairan. Azzam hanya tersenyum.
“Rahsia.” Syazwan dan Yuya menunjukkan tanda tidak berpuas hati. Mereka teringin sangat mahu tahu bagaimana Azzam boleh menyelesaikan kes itu dengan mudah.
Azzam teringat tentang kes tadi. Ada seseorang yang telah membantunya ketika itu. Aku berterima kasih pada Farah. Tanpa dia kes ini tidak akan selesai. Azzam tersenyum seorang diri. Sebenarnya kalau Farah tidak mengaku hal sebenar tadi, mesti aku takkan tahu ini cuma satu ujian.  
Sebenarnya Farah iaitu suspek ketiga dalam kes kecurian itu telah mengaku hal yang sebenar ketika Azzam menyoal siasatnya. Azzam tahu ada sesuatu yang tidak kena. Jadi dia cuba untuk mencari bukti. Dengan petunjuk yang dia ada, Azzam telah berjaya menyelesaikan kes itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan