Script ini di sediakan oleh Famili Azam

20 Januari 2011

BAB 4: HOT & COLD

+ bab 4 +
Bermulanya persekolahan

Inspektor Franz memberhentikan kereta polis yang dipandunya di hadapan sekolah Azzam yang tersergam indah. Nampaknya semua pelajar sudah masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Azzam melangkah keluar dari kereta polis sambil menggalas begnya.
Inspektor Franz menemani Azzam masuk ke sekolah. Tiba-tiba mereka ternampak cahaya berkelip-kelip. Rupa-rupanya cahaya itu datang daripada lensa kamera. Ramai wartawan datang untuk menemu bual Azzam tentang kes yang diselesaikannya.
Mereka bertanya begitu banyak soalan. Inspektor Franz menyuruh semua wartawan beredar. Orang-orang bawahannya juga membantu untuk menghalau mereka.
“Everyone please leave, the press conference will be held immedietely after the end of school hours. You all will know more about this case after this.” Jelas Inspektor Franz sambil menghalang mereka daripada mendekati Azzam.
Azzam dengan pantas berlari masuk ke sekolah. Hari-hari seperti ini sudah biasa berlaku. Semua agensi surat khabar tidak akan ketinggalan menerbitkan cerita tentang penyiasatan Azzam. Dia segera mengambil bukunya di lokar, lalu dengan pantas berlari masuk ke kelasnya.
Sekarang sudah masuk waktu kelas Sejarah. Mata pelajaran kegemaran Azzam. Azzam segera duduk ditempatnya. Rakan-rakannya yang lain hanya memandang ke arahnya. Perkara ini sudah biasa bagi Azzam.
Selepas sahaja kelas tamat, Azzam segera ke kafeteria. Dia segera mengambil makanan yang berada di hadapannya. Makanan dekat kafeteria lah yang aku paling benci. Fikir Azzam sambil berjalan mencari tempat duduknya.
Azzam segera duduk di tempat biasanya. Semua orang yang berada di situ segera berjalan ke arahnya. Mereka segera menanyakan soalan. Soalan yang telah biasa dia dengar.

Azzam, macam mana dengan penyiasatan awak? Azzam, awak ada teman wanita? Azzam nak tanda tangan. Azzam nak tangkap gambar. Azzam. Azzam. Azzam!!!

Tiba-tiba, seseorang menarik tangan kanannya. Azzam segera menoleh ke tepi. Guru kelasnya sedang berdiri sambil memandangnya. Azzam segera berdiri mengikut guru kelasnya itu. Pelajar-pelajar lain cuba mengikut mereka tetapi dihalang oleh guru-guru lain yang berada di situ.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik guru. Di dalam bilik itu, guru-guru lain juga turut ada. Azzam tahu apa yang guru-gurunya mahukan. Tentu diorang nak aku ceritakan tentang kes tadi untuk majalah sekolah. Fikir Azzam.
“Okey, like usuall. You may start your story now.” Azzam hanya mengangguk lalu segera memulakan ceritanya.
Salah seorang guru cuba untuk mencatatkan isi-isi penting untuk majalah sekolahnya. Azzam cuba untuk bercerita dengan penuh teliti apa yang berlaku. Guru-guru yang ada di situ menumpukan sepenuh perhatian mendengar cerita Azzam.

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Azzam segera berjalan ke arah kereta mewah yang berada di hadapannya.
Pemandu kereta itu segera membuka pintu kereta membenarkan Azzam masuk. Azzam terlihat ramai wartawan berlari ke arah keretanya itu. Azzam segera menyuruh pemandunya membawa mereka pulang.

Kereta itu berhenti di hadapan pagar rumah Azzam. Di hadapan mereka terdapat sebuah banglo yang sangat besar. Rumah itu dibina seperti ala-ala Inggeris.
Pintu pagar yang besar dan tinggi itu terbuka dengan sendirinya. Kereta bergerak kembali lalu berhenti di hadapan pintu rumah. Pemandunya segera turun dari kereta untuk membuka pintu untuk Azzam.
Salah seorang orang gajinya segera meminta beg sekolah yang di galas oleh Azzam. Azzam hanya mengikut kehendak mereka. Azzam segera masuk ke dalam rumahnya. Seperti biasa ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana sibuk dengan kerja di pejabat.
Azzam segera masuk ke biliknya. Biliknya penuh dengan buku-buku penyiasatan, buku berkenaan senjata dan polis.
Azzam baring di atas katil sambil melelapkan mata. Tiba-tiba bayang seorang budak perempuan bermain difikirannya. Azzam hanya tersenyum. Alangkah bagusnya kalau aku dapat berjumpa dengan kamu, walau hanya sehari.
*****
Ha chu.... Siapa yang kutuk pasal aku pula ni?
“Ayah, cepat sarapan. Nanti makanan sejuk.” Panggil Jihan sambil menghidangkan sarapan.
“Ya, nanti ayah makan.” jawab Encik Hafizi.
“Makan tau, saya pergi sekolah dulu.” Jihan segera mengambil beg sekolahnya. Dia berlari ke arah pintu lalu segera memakai kasut sekolahnya.
“Hati-hati.”
“Baiklah.” Jihan berlari keluar. Tiba-tiba dia terdengar suara memanggilnya dari belakang. Dia sangat mengenali suara itu.
“Jihan, tunggu.” Panggil Wawa sambil berlari. Jihan dan Wawa sentiasa bersama-sama dalam apa jua perkara sekalipun. Mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi.
Mereka berdua berjalan sambil berborak. Mereka sentiasa melalui taman permainan untuk ke sekolah. Tiba-tiba Jihan terdengar sebuah lagu yang mengingatkannya kepada seseorang.

Going to see you again,
I don’t believe this simple truth....

You’re my love,
My other half...

I got you now and I won’t let go of your hand....

“Awak dengar tak lagu tu, Wawa?” Tanya Jihan untuk memastikannya.
“Aku tak dengar apa-apa pun.” Jawab Jihan.
Mungkin itu cuma khayalan aku. Tapi macam pernah dengar lagu tu. Bisiknya di dalam hati. Mereka meneruskan perjalanan. Jihan berjalan tanpa berkata apa-apa.
“Pernah tak awak rasa macam ada sesuatu yang akan kembali kepada awak tak lama lagi.” Tanya Jihan.
“Apa maksud awak?” Wawa bertanya kembali kerana berasa pelik dengan soalan Jihan.
“Saya pernah kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. Kalau saya dapat penggantinya, saya akan melindunginya walaupun nyawa saya terkorban.” Jelas Jihan.
Wawa faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Jihan. Sememangnya Jihan telah kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. Wawa tetap berada di samping Jihan sebagai seorang rakan yang menyokongnya.

*****

“Azzam, are you going to join our team or not?” tanya Clark iaitu kapten pasukan bola sepak di sekolahnya.
“Our team will fight East High School next week.” Jelas Clark sambil membetulkan rambutnya.
“I’m going to think about it first. My mom will be mad if she know I’m going to join this team.” Jelas Azzam. “Okey, you think about it first. If you want to join us, tell me.” Clark segera beredar dari situ.
Azzam baring di atas rumput di kawasan lapang di belakang sekolahnya. Sememangnya itu ialah tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran. Dia memandang ke arah langit yang tersegam indah. Cuaca pada hari itu sangat sesuai untuk berkelah.
Bola sepak. Azzam sedang memikirkan tentang perlawanan bola sepak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Aku dapat masuk atau tidak. Tapi mak—? Ah! Tak payah fikir pasal itu lagi. Azzam menggelengkan kepalanya. Dia segera melelapkan matanya. Dia hanya fikirkan untuk menenangkan fikirannya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan