Script ini di sediakan oleh Famili Azam

23 Januari 2011

BAB 5:HOT & COLD-WHITE WING ORGANIZATION (WWO)

+ bab 5 +
White wing organisation (WWO)


Lelaki berbaju putih! Itu gelaran yang diberikan oleh Hafizi dan Yuna. Disebabkan kumpulan itu, mereka nyaris kehilangan satu-satunya anak mereka.
“Awak pasti dia budak yang kita cari selama ini?” salah seorang daripada ahli kumpulan lelaki berbaju putih bertanya untuk memastikan budak yang mereka tercari-cari selama ini ialah orang yang sama mereka sedang siasat. Dia ialah salah seorang daripada tujuh orang ketua yang mengetuai organisasi ini. Dia digelar Crow.
Setiap ahli kumpulan ini mempunyai kod nama yang diambil sempena nama burung. Mereka akan menggunakan kod nama ini apabila berjumpa antara satu sama lain.
“Kami belum pasti lagi. Tetapi alat pengesan yang kita letak di dalam badan budak yang sama lima belas tahun yang lepas mula aktif. Tetapi signalnya masih belum cukup kuat untuk kita kesan.” Salah seorang daripada orang bawahan Crow memberitahu tentang alat pengesan yang diletakkan di dalam badan budak yang dicari oleh mereka.
“Teruskan menyiasat tentang budak itu. Kita perlukan lebih maklumat. Ikut sahaja ke mana dia pergi. Kita akan pastikan budak kesayangan bos kita ini akan kembali ketangannya.” Crow berjalan sambil meminum vodka untuk menghilangkan rasa tekanan.
Kumpulan Lelaki Berbaju Putih juga dikenali sebagai White Wing Organisation. Mereka mempunyai tujuh orang ketua yang mengetuai di setiap negara yang dipilih. Namun begitu, mereka mempunyai seorang ketua yang tertinggi yang digelar Eagle. Hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan bertemu dengan Eagle.
“Crow, kami dapat maklumat dari ketua organisasi di New York iaitu Grebe yang bahawa Yuna dan Hafizi akan membawa budak itu ke negara asal mereka iaitu di Malaysia.” Salah seorang daripada mereka memberitahu maklumat kepada Crow.
“Cepat. Arahkan Peacock  supaya menjejaki mereka. Saya mahu mereka ada di sini dalam masa enam bulan dari sekarang, terutama sekali budak itu. Faham semua?” Crow mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk menjejak mereka bertiga.
“Baiklah, tuan.” Jawab semua ahli.

*****
Persidangan Ketua-ketua WWO,

“Baiklah, apa berita setakat ini.” Tanya Eagle. Walaupun mereka dapat mendengar suara Eagle, namun mukanya tidak kelihatan.
“Nampaknya Hafizi akan bawa budak itu ke Malaysia.” Jelas Grebe iaitu ketua di New York.
“Betul tuan. Kami akan cuba untuk menjejak mereka bila sahaja mereka sampai di Malaysia.” Jelas Crow iaitu ketua di Malaysia.
“Saya dan Skua yang berada di Asia akan cuba membantu Crow.” Jelas Pigeons iaitu ketua di Jepun. Skua mengangguk. Dia ialah ketua di China. Mereka berdua ialah satu-satunya wanita yang dapat memegang jawatan sebagai ketua.
“Saya pula akan menghantar lebih ramai ahli di sana. Dengan cara ini kita akan tahu walau di mana sahaja mereka berada.” Jelas Kingfishers iaitu ketua di Indonesia.
“Baiklah. Awak semua jalankan tugas masing-masing. Dan ingat, aku mahu budak itu ada di sini dalam masa tiga bulan dari sekarang, faham?” semua ahlinya hanya mengangguk.
“Arahkan Albatross dan Sheathbill jaga di kawasan mereka. Mungkin Hafizi dan Yuna akan kembali ke sana untuk selesaikan hal diorang.” Arah Eagle. Albatross ialah ketua di Paris manakala Sheathbill ketua di Australia.
“Bagaimana keadaan anak perempuan aku?” tanya Eagle.
“Dia baik-baik sahaja. Tuan. Seperti biasa, kami tidak dapat teruskan uji kaji itu tanpa cip yang ada di dalam badan anak lelaki tuan.” Jelas Crow.                                                                                                        
Anak lelaki Eagle yang di maksudkan oleh Crow ialah Azzam. Dia telah dilarikan oleh Hafizi dan Yuna atas arahan isterinya iaitu Karmila. Isterinya telah dianggap meninggal dunia sewaktu melahirkan anak kedua mereka.
Tetapi Karmila sebenarnya telah dibunuh oleh suaminya sendiri iaitu Eagle. Tiada sesiapa yang mengetahui rahsia ini termasuklah anak perempuannya.
Selepas sahaja Azzam dilarikan, Eagle telah cuba untuk membuat uji kaji yang sama pada anak perempuannya. Uji kaji itu telah berjaya, namun ia tidak lengkap sepenuhnya. Mereka memerlukan cip yang terdapat dalam badan Azzam untuk melengkapkannya.
Nampaknya kita akan bertemu buat kali pertama, Azzam. Bersedialah. Peperangan akan bermula. Crow tersenyum sendirian.

20 Januari 2011

BAB 4: HOT & COLD

+ bab 4 +
Bermulanya persekolahan

Inspektor Franz memberhentikan kereta polis yang dipandunya di hadapan sekolah Azzam yang tersergam indah. Nampaknya semua pelajar sudah masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Azzam melangkah keluar dari kereta polis sambil menggalas begnya.
Inspektor Franz menemani Azzam masuk ke sekolah. Tiba-tiba mereka ternampak cahaya berkelip-kelip. Rupa-rupanya cahaya itu datang daripada lensa kamera. Ramai wartawan datang untuk menemu bual Azzam tentang kes yang diselesaikannya.
Mereka bertanya begitu banyak soalan. Inspektor Franz menyuruh semua wartawan beredar. Orang-orang bawahannya juga membantu untuk menghalau mereka.
“Everyone please leave, the press conference will be held immedietely after the end of school hours. You all will know more about this case after this.” Jelas Inspektor Franz sambil menghalang mereka daripada mendekati Azzam.
Azzam dengan pantas berlari masuk ke sekolah. Hari-hari seperti ini sudah biasa berlaku. Semua agensi surat khabar tidak akan ketinggalan menerbitkan cerita tentang penyiasatan Azzam. Dia segera mengambil bukunya di lokar, lalu dengan pantas berlari masuk ke kelasnya.
Sekarang sudah masuk waktu kelas Sejarah. Mata pelajaran kegemaran Azzam. Azzam segera duduk ditempatnya. Rakan-rakannya yang lain hanya memandang ke arahnya. Perkara ini sudah biasa bagi Azzam.
Selepas sahaja kelas tamat, Azzam segera ke kafeteria. Dia segera mengambil makanan yang berada di hadapannya. Makanan dekat kafeteria lah yang aku paling benci. Fikir Azzam sambil berjalan mencari tempat duduknya.
Azzam segera duduk di tempat biasanya. Semua orang yang berada di situ segera berjalan ke arahnya. Mereka segera menanyakan soalan. Soalan yang telah biasa dia dengar.

Azzam, macam mana dengan penyiasatan awak? Azzam, awak ada teman wanita? Azzam nak tanda tangan. Azzam nak tangkap gambar. Azzam. Azzam. Azzam!!!

Tiba-tiba, seseorang menarik tangan kanannya. Azzam segera menoleh ke tepi. Guru kelasnya sedang berdiri sambil memandangnya. Azzam segera berdiri mengikut guru kelasnya itu. Pelajar-pelajar lain cuba mengikut mereka tetapi dihalang oleh guru-guru lain yang berada di situ.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik guru. Di dalam bilik itu, guru-guru lain juga turut ada. Azzam tahu apa yang guru-gurunya mahukan. Tentu diorang nak aku ceritakan tentang kes tadi untuk majalah sekolah. Fikir Azzam.
“Okey, like usuall. You may start your story now.” Azzam hanya mengangguk lalu segera memulakan ceritanya.
Salah seorang guru cuba untuk mencatatkan isi-isi penting untuk majalah sekolahnya. Azzam cuba untuk bercerita dengan penuh teliti apa yang berlaku. Guru-guru yang ada di situ menumpukan sepenuh perhatian mendengar cerita Azzam.

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang. Azzam segera berjalan ke arah kereta mewah yang berada di hadapannya.
Pemandu kereta itu segera membuka pintu kereta membenarkan Azzam masuk. Azzam terlihat ramai wartawan berlari ke arah keretanya itu. Azzam segera menyuruh pemandunya membawa mereka pulang.

Kereta itu berhenti di hadapan pagar rumah Azzam. Di hadapan mereka terdapat sebuah banglo yang sangat besar. Rumah itu dibina seperti ala-ala Inggeris.
Pintu pagar yang besar dan tinggi itu terbuka dengan sendirinya. Kereta bergerak kembali lalu berhenti di hadapan pintu rumah. Pemandunya segera turun dari kereta untuk membuka pintu untuk Azzam.
Salah seorang orang gajinya segera meminta beg sekolah yang di galas oleh Azzam. Azzam hanya mengikut kehendak mereka. Azzam segera masuk ke dalam rumahnya. Seperti biasa ibu dan ayahnya tiada di rumah kerana sibuk dengan kerja di pejabat.
Azzam segera masuk ke biliknya. Biliknya penuh dengan buku-buku penyiasatan, buku berkenaan senjata dan polis.
Azzam baring di atas katil sambil melelapkan mata. Tiba-tiba bayang seorang budak perempuan bermain difikirannya. Azzam hanya tersenyum. Alangkah bagusnya kalau aku dapat berjumpa dengan kamu, walau hanya sehari.
*****
Ha chu.... Siapa yang kutuk pasal aku pula ni?
“Ayah, cepat sarapan. Nanti makanan sejuk.” Panggil Jihan sambil menghidangkan sarapan.
“Ya, nanti ayah makan.” jawab Encik Hafizi.
“Makan tau, saya pergi sekolah dulu.” Jihan segera mengambil beg sekolahnya. Dia berlari ke arah pintu lalu segera memakai kasut sekolahnya.
“Hati-hati.”
“Baiklah.” Jihan berlari keluar. Tiba-tiba dia terdengar suara memanggilnya dari belakang. Dia sangat mengenali suara itu.
“Jihan, tunggu.” Panggil Wawa sambil berlari. Jihan dan Wawa sentiasa bersama-sama dalam apa jua perkara sekalipun. Mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi.
Mereka berdua berjalan sambil berborak. Mereka sentiasa melalui taman permainan untuk ke sekolah. Tiba-tiba Jihan terdengar sebuah lagu yang mengingatkannya kepada seseorang.

Going to see you again,
I don’t believe this simple truth....

You’re my love,
My other half...

I got you now and I won’t let go of your hand....

“Awak dengar tak lagu tu, Wawa?” Tanya Jihan untuk memastikannya.
“Aku tak dengar apa-apa pun.” Jawab Jihan.
Mungkin itu cuma khayalan aku. Tapi macam pernah dengar lagu tu. Bisiknya di dalam hati. Mereka meneruskan perjalanan. Jihan berjalan tanpa berkata apa-apa.
“Pernah tak awak rasa macam ada sesuatu yang akan kembali kepada awak tak lama lagi.” Tanya Jihan.
“Apa maksud awak?” Wawa bertanya kembali kerana berasa pelik dengan soalan Jihan.
“Saya pernah kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. Kalau saya dapat penggantinya, saya akan melindunginya walaupun nyawa saya terkorban.” Jelas Jihan.
Wawa faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Jihan. Sememangnya Jihan telah kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. Wawa tetap berada di samping Jihan sebagai seorang rakan yang menyokongnya.

*****

“Azzam, are you going to join our team or not?” tanya Clark iaitu kapten pasukan bola sepak di sekolahnya.
“Our team will fight East High School next week.” Jelas Clark sambil membetulkan rambutnya.
“I’m going to think about it first. My mom will be mad if she know I’m going to join this team.” Jelas Azzam. “Okey, you think about it first. If you want to join us, tell me.” Clark segera beredar dari situ.
Azzam baring di atas rumput di kawasan lapang di belakang sekolahnya. Sememangnya itu ialah tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran. Dia memandang ke arah langit yang tersegam indah. Cuaca pada hari itu sangat sesuai untuk berkelah.
Bola sepak. Azzam sedang memikirkan tentang perlawanan bola sepak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Aku dapat masuk atau tidak. Tapi mak—? Ah! Tak payah fikir pasal itu lagi. Azzam menggelengkan kepalanya. Dia segera melelapkan matanya. Dia hanya fikirkan untuk menenangkan fikirannya sahaja.

12 Januari 2011

BAB 3: HOT & COLD

 
+ bab 3 +
Azzam, si detektif muda

“This apparently is the case of suicide. You all can go home.” Arah Inspektor Franz.
Bukan, ini bukan kes bunuh diri. Saya yakin ini ialah kes pembunuhan. Tapi saya masih belum cukup bukti. Azzam berfikir. Tunggu sekejap, kalau saya pembunuh itu saya akan—?
Azzam berjalan mengelilingi tempat kejadian sambil berfikir. Dia memandang ke arah keempat-empat suspek. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka menarik perhatiannnya. “Ye la, masa tu.” Azzam teringat akan sesuatu yang berkait rapat dengan kes pembunuhan ini.
Sekarang saya dah dapat buktikan dialah pembunuhnya. Azzam segera berlari ke arah pintu masuk dewan itu lalu berkata “Wait a second inspector. This really is a case of murder.” Azzam segera menghalang mereka daripada meninggalkan tempat itu.
“What your purpose?” Tanya Inspector Franz.
The truth is the real killer has obscured our eyes throughout the day to make us as evidence of his.” Jelas Azzam tercungap-cungap kerana keletihan berlari.
“What are you trying to say? You means that the real murderer still in this room, right now?” Tanya Inspektor Franz.
“Yes, Inspector. The real killers gave Mr. Steven with a sedative and then kill him on his bed. After that, the killer immediately left the room and joins us like nothing happen. It all just to strengthen his alibi.” Azzam menerangkan dengan penuh semangat.
“But the murder occurred during the council carried out. Everyone was here that time.” Encik White mencelah.
“That’s true, but the murderer had killed Mr. Steven without leaving the ceremony.” Terang Azzam lagi.
“What?” semua orang terkejut dengan keterangan Azzam.
“There were three hints. First, the wet bed. Second hints were room temperature and the third was the knife use for murder.” Jelas Azzam sambil menunjuk tiga jari.
“Okey, how to commit murder without leaving the ceremony? It’s impossible to do that.” Tanya Encik Brad.
“By ice.” Terang Azzam.
“Ice? What did you mean by that?” Tanya Inspektor Franz.
“You still remember right, when we found the dead body, his back was wet and the room temperature was low and—“
“Yes, but he maybe sweating because of the thick blanket he use.” Cik Julie segera menyampuk.
“At first I was even thinking like that, but when I examined it properly, only the back of his body wet. Why does the front of his body does not get wet?”
“You mean the back of his body was placed with ice. But why? He got killed with his own knife not an ice, right?” Tanya Encik Zack.
“By freezing the knife.” Jawab Azzam.
“Wait a moment, you mean the blades that have been frozen were under the victim's body, and then when the ice melted, the knife will pierce the victim's body with their own.” Teka Inspektor Franz.
“Yes, the thick blankets was use to cover the ice from frozen when the room temperature was low and the victim's body temperature can cause the ice melted” Azzam menyambung keterangannya.
“Now, we know how the murderer killed Mr. Steven. But who is actually the killer?” Tanya Cik Julie.
“We all know that four of you have reason to kill Mr. Steven. But only one of you is the murderer.”
Azzam memandang ke arah keempat-empat suspek yang di syaki membunuh Encik Steven. Dia mengangkat tangannya lalu menunjuk ke arah salah seorang daripada suspek itu.
“Miss Julie, you are the killer.” Terang Azzam.
“What did you mean?” Cik Julie bertanya kepada Azzam. Riak wajahnya mula berubah ketakutan. Semua orang yang berada di bilik itu memandang ke arahnya.
Yes, maybe I do have reasons for killing Mr. Steven, because he was taking everything I have. That does not mean I killed him. Three of them also have a reason to kill. Mr. White, Mr. Brad and Mr. Zack, them all have reason to kill that old man.” Cik Julie menengking Azzam dengan menafikan dia pembunuh sebenar.
Azzam hanya mendiamkan diri. “If you did not give any evidence to accuse me, I will take this to court.” Marah Cik Julie lagi.
“Please be patient, Miss Julie.” Inspektor Fran cuba untuk menenangkan Cik Julie namun tidak berjaya. “The steps that you explain about the murder today, anyone can do it.” Marah Cik Julie.
“Azzam, quick. Show the proof that you have. There is evidence with you, right?” Tanya Inspektor Franz teragak-agak. Azzam hanya menundukkan kepalanya lalu tersenyum. Air muka Cik Julie berubah ketakutan.
“If I do not have any proof, I will not accuse you, Miss Julie” terang Azzam. Cik Julie terdiam apabila Azzam kelihatan yakin menuduhnya sebagai pembunuh.
For a woman, it is impossible for you to lift a man that heavier than you, so you had to drag him up to bed. Right, Miss Julie?”
“So?” tanya Cik Julie.
“There is something happen when you drag the victims to the bed. Something that will prove you as the murder.” Ujar Azzam.
“Even if I am the one that drag him to the bed, you do not have any evidence that show me as the killer.” ujar Cik Julie sambil tersenyum. Azzam hanya memandang ke arah pembunuh yang berada di hadapannya.
“Brooches—”
“What?” Tanya Cik Julie kehairanan.
“Where is you brooches, Miss Julie?” Tanya Azzam lagi.
Cik Julie kelihatan gelisah apabila Azzam menyebut tentang kerongsang yang dipakai olehnya. “Are you blind, I'm wearing it. What links attached between my brooches and the murder case?” Tanya Cik Julie.
“You mean this one?” Azzam menunjukkan kerongsang yang sama dengan kerongsang kepunyaan Cik Julie.
“What? That is not mine.” Cik Julie kelihatan gelisah apabila Azzam menunjuk kerongsang yang sama seperti dipakai olehnya.
“This brooch was found in the victim's pants pocket.” Terang Azzam.
“What?” Semua orang yang berada di situ terkejut apabila mengetahui kerongsang kepunyaan si pembunuh dijumpai di dalam poket seluar si mati.
You may not have noticed that the victim is aware when you are dragging him to bed. As evidence is this brooch.”
“What did you mean? Maybe he bought the same brooches like mine.”
“No. The victim had taken this brooch when you're busy managing your plan. As evidence, the brooch has your fingerprints and the victim. The one that you wearing right now is the one that you already have. You wearing it when you noticed that your real brooches was lost.”
“But, that doesn’t show anything.” Tegas Encik White mempertahankan tunangnya itu. “Mr White, the brooch that you bought for  Miss Julie is a real diamond, right?” tanya Azzam. Encik White mengangguk.
“The one that you wearing right now, Miss Julie, is  fake” Cik Julie mula gelisah. “A real diamond will not shine like the one that you wearing right now. A fake diamond like yours will shine. That is how we know between a real diamond and the fake one.” Jelas Azzam.
“But, that doeas not make any sense.” Encik white cuba untuk menafikannya.
“No, it all makes sense. Not only the victim and Miss Julie fingerprints found on the brooch, it also has yours, Mr. White.”
“What?” semua orang yang berada di situ terkejut apabila Azzam memberitahu bahawa cap jari Encik White juga terdapat di kerongsang itu.
“Yes, we all know that Mr. White bought this brooch for Miss. Julie, so it may have Mr. White fingerprints. If I am right, the brooch that you wearing right now doesn’t have Mr White fingerprints.” Cik Julie hanya tersenyum. Dia menitiskan air mata. Azzam hanya memandang ke arahnya.
“No. Not Julie who kills Mr. Steven. Not her.” Tegas Encik White kerana tidak dapat menerima kebenaran. “Yes. It was me. I am the killer.” Cik Julie mengaku.
“What? Why you kill him?” Tanya Encik Zack.
“Because he only wants to destroy the lives of others. He never thought the feelings of others and he never knows the feeling of me that I am in love with him.” Cik Julie menerangkan sebab-sebab dia terjerumus ke alam jenayah. Hanya kerana cinta seseorang itu sanggup melakukan perkara-perkara yang membawa satu kesalahan.
However, why he did not run away? Why is he waiting to be killed by me? Why?” Cik Julie tertanya-tanya.
“Because he love you.” Anak perempuan si mati, Michel berjalan ke arah Cik Julie.
“What? He loves me.”
“Yes. He loves you. He even wants to give part of his property to you, so that you do not have to borrow to others. He loves you since the first time you guys meet. But when you’re going to marry Mr. White, he changes his mind.” Terang Michel.
“No. This is possible. Why he doesn’t tell me anything. Why?” Cik Julie hanya dapat menitiskan air mata. Orang ramai yang ada di situ hanya melihat.
“Every crime committed there is regret.” Cik Julie dibawa ke arah kereta polis. Cik Julie berhenti di tepi Azzam.
“Oh yes, since when you know me as the killer?” Tanya Cik Julie musykil.
At the start, I do not suspect you as the murderer. When I found this brooch, I still think you have been trapped by the real killer. However, when I remember the words when you talk on the phone, no doubt you are the real killer.” Azzam menerangkan hal sebenar.

“Hello?”
“He answered it or not?” Tanya Mr. Brad.
“No. His phone was switched off.” Jawab Cik Julie ketika menelefon telefon bimbit Encik Steven.

“However, when we discover his mobile phone, the phone was not switched off. You know that he was already dead so you think that only waste time to call him. As evidence, your phone number does not appear in the victim's phone as a missed call.” Azzam menerangkan dengan terperinci.
You do a great detective. Even a small mistake, you will find it.” Puji Cik Julie. Akhirnya pembunuh sebenar telah berjaya ditangkap. Azzam hanya melihat ke arah penjenayah yang dibawa pergi.

*****
“Azzam, like usual you a great detective.” Puji Inspektor Frans.
“When we inquire with the eyes open, the truth will be revealed” kata-kata Azzam yang boleh menaikkan semangatnya sebagai seorang detektif muda. Azzam melihat ke arah jam.
“Alamak, dah terlambat.” Azzam segera berlari kearah kereta polis.
“Inspector, can you give me a ride. I’m going late to school.”
“Sure. It was you who solve the case. Come in.”

Jumpa Lagi dlm BAB 4. Tunggu...

10 Januari 2011

BAB 2:HOT & COLD


+ bab 2 +
Azzam dan jihan

“Azzammmmm !!!"
"Maafkan saya. Maafkan saya, mak."
Azzam melarikan diri dari ibunya. Di belakang, kelihatan ibunya sedang berhenti berehat kerana penat mengejarnya. Azzam cuba melarikan diri lebih jauh supaya tidak tertangkap. Di selekoh hadapan terdapat sebuah taman permainan. Azzam cuba bersembunyi di dalam sebuah terowong yang terdapat di situ.
Kedengaran ibunya memanggil-manggil namanya. Azzam tersenyum sendirian kerana dapat melarikan diri. Mengingatkan kejadian yang berlaku di rumah tadi sememangnya kesalahan Azzam sendiri.

"Azzam, cepat turun makan." panggil ibunya.
"Ye la mak. Sekejap. Ada perkara yang Azzam mesti siapkan."
"Macam-macamlah kamu ni. Mak makan dulu, kalau habis makanan ni, jangan marah mak pula." jawab Puan Yuna yang sejak dari tadi menjerit-jerit memanggil anaknya.
Beberapa minit kemudian, Azzam turun ke bawah sambil tersenyum. Puan Yuna hanya memandang tanpa mengesyaki apa-apa.
"Minmi. Minmi." panggil Azzam kepada kucing kesayangannya.
Minmi segera turun selepas mendengar Azzam memanggil namanya. Alangkah terkejut Puan Yuna apabila melihat kucing belaannya itu dipakaikan dengan pakaian dan mekap yang baru dibeli olehnya.
"Azzaaaaaammmmm!!!!" Puan Yuna menjerit memanggil Azzam. Melihat ibunya semakin marah. Azzam segera berlari keluar dengan pantas.
          Azzam sememangnya seorang budak yang nakal tetapi di sayangi oleh keluarganya. Walaupun baru berusia lima tahun, namun dia seorang yang bijak.

Khayalannya diganggu oleh suara tangisan. Azzam segera menjenguk keluar. Bayang ibunya tidak kelihatan. Dia terus menarik nafas lega. Azzam segera keluar dari tempat persembunyian.
Suara tangisan itu semakin kuat. Azzam ketakutan. Dia memandang ke arah langit. "Hari dah nak dekat Maghrib ni." Azzam merungut seorang diri. Suara itu semakin dekat dengan Azzam. Meremang bulu romanya.
"Siapa tu? Hantu ke?" tanya Azzam.
"Hish. Hish.” Kedengaran suara itu menangis. 
          “Ni manusialah. Bukan hantu." Jawab suara itu.
Azzam menoleh ke belakang dari arah suara itu datang. Azzam terkejut apabila melihat seorang budak perempuan yang sebaya dengannya sedang berdiri di hadapannya sambil menangis. Di tangannya terdapat sebiji bola berwarna merah.
"Kenapa dengan awak?" tanya Azzam
"Saya nak balik." jawab budak perempuan itu sambil menangis.
"Dah la. Jangan menangis lagi, nanti saya hantar awak pulang ya." pujuk Azzam. Namun budak perempuan itu tetap menangis. Azzam cuba memikirkan cara lain untuk memujuknya. Azzam  teringat akan coklat yang dibeli oleh ayahnya pagi tadi.
"Saya ada coklat. Nak tak?" Budak perempuan itu mengangguk.
"Kalau awak senyap, coklat ni awak punya. OK?" Budak itu mengangguk lagi tanda setuju.
"OK." jawab budak perempuan itu. Budak perempuan itu berhenti menangis. Azzam segera memberikan coklat tadi seperti yang dijanjikan.
"Jom. Saya hantar awak balik." budak perempuan itu hanya mengangguk.
          Di sepanjang perjalanan pulang, mereka berpegangan tangan sambil menyanyi.....

Going to see you again,
I don’t believe this simple truth....

You’re my love,
My other half...

I got you now and I won’t let go of your hand....

Walaupun baru sahaja berkenalan, namun mereka sudah mula rapat. Lagu ini ialah tanda persahabatan mereka. Mereka berharap lagu ini akan mereka ingat sehingga akhir hayat.
Azzam bermain-main dengan bola yang dibawa oleh budak perempuan tadi. Dia menunjukkan gaya yang telah diajar oleh ayahnya.
“Hebatnya awak main bola. Itu cita-cita awak ke?” tanya budak perempuan itu kerana kagum melihat Azzam.
“Bukan. Cita-cita saya nak jadi seorang penyiasat yang terkenal. Saya nak selesaikan semua kes. Saya akan buktikan tiada kes di dalam dunia ini mustahil untuk diselesaikan.” Azzam menjawab dengan bersungguh-sungguh sambil menimbang bola.
Hari sudah malam. Sampai di hadapan rumah budak perempuan itu, Azzam segera memberikannya seutas rantai yang terukir huruf A.
"Ini tanda persahabatan kita." Budak perempuan itu hanya mengangguk.
Azzam segera berlari untuk pulang ke rumah. "Oh ya, nama awak apa?" tanya budak perempuan itu.
"Azzam. Nama saya Azzam. Awak?"
"Nama saya......"

...............................

Kriiiiingggg.....
"BUUSSHHH” Puan Yuna membaling sebiji bantal ke arah muka anaknya yang degil untuk bangun.
“Azzam. Wake up. You're going late to school. Bangun cepat, mak cakap."
"Five more minute,  please?"
"No. Nanti lambat la. Cepat bangun."
"Ye la."
"Mak ni kacaulah. Orang nak mimpi pun susah.” Azzam merungut sambil berdiri. Dia berjalan ke arah tandas yang terdapat di dalam biliknya.
“Comel juga budak perempuan tu. Apa nama dia agaknya?" Azzam tertanya-tanya akan mimpinya tadi. 
“Budak perempuan mana pula ni? Tanya Puan Yuna sambil mengemaskan tempat tidur anak lelakinya itu.
“Adalah.”
Terlintas di dalam hatinya.......... MY FIRST LOVE

*****

Jiiiihaaaaaaaannnnnnnnnn........
“Siapkan makan malam cepat. Ayah dah lapar ni.” Panggil Encik Mahmood kepada anak perempuannya yang baru mencecah usia lima belas tahun itu.
“Apalah ayah ni kalau ya pun, tolonglah kemas ruang tamu ni dulu.”
“Asyik saya yang kemas rumah ni, ayah ingat saya ni apa? Orang gaji?” rungut Jihan sambil mengemas ruang tamu yang berselerak itu.
Sebab itulah mak berpisah dengan ayah. Katanya di dalam hati sambil memandang ke arah muka bapanya.
“Hah! Kalau kamu pandang macam tu maknanya kamu tengah mengutuk ayah la tu. Muka dah macam belacan.”
“BUUUUUUUSSSSSSSHHHHHHHH, apa ayah cakap? Muka saya macam belacan. Belacan tak ada mukalah.” marah Jihan sambil menumbuk dinding rumahnya hingga meninggalkan beratus-ratus kesan.
Encik Hafizi berasa takut dengan tumbukkan anak perempuanya yang sangat kuat. Tumbukannya boleh membuat batang besi patah.
Jihan seorang gadis yang sangat kuat. Dia pernah memenangi acara  karate, silat serta taekwondo. Sudah beribu-ribu pingat, piala dan sijil telah dimenanginya. Sampaikan tiada tempat untuk mengisi barang lama. Jihan mewarisi sikap ini daripada ibunya. Walaupun begitu, dia mempunyai kelemahan yang tersendiri.
“Kalau begitu, saya nak keluar pergi beli makanan. Hari ni saya tak ada mood nak masak.” Jihan merajuk.
“Tapi kamu kata nak masak stik panggang untuk ayah.”
“Malaslah. Ayah nak, ayah pergilah masak sendiri” Jihan mengambil beg duitnya. “Oklah, saya pergi dulu.” Jihan berjalan ke arah pintu dengan muka masamnya.
“Tunggu sekejap, belikan ayah—“ belum sempat Encik Mahmood habis berbicara anak perempuannya itu terus pergi meninggalkannya.
            “Hish, budak ni. Bukan reti nak ambil order dulu.” Rungut Encik Mahmood.

08 Januari 2011

NOVEL BERSIRI: HOT & COLD

+Setiap misteri akan dirungkaikan+

+ bab 1 +
prologue

OLEH: AINNUR

Pada malam itu, hari sangat gelap kerana cahaya bulan ditutupi oleh awan. Yuna dan Hafizi berlari dengan pantas sambil mendukung sesuatu di tangan. Mereka berlari melalui lorong yang gelap dan sunyi.
Ada seseorang yang mengejar mereka dari belakang sambil memegang sepucuk pistol. Satu demi satu das tembakan dilepaskan. Hafizi dan Yuna segera menyorok di belakang tong sampah. Mereka berhenti sebentar kerana keletihan.
“Yuna, cepat bawa Azzam ke tempat yang selamat. Biar abang selesaikan hal ini.” Hafizi mengarahkan isterinya melarikan bayi mereka ke tempat yang selamat. “Baiklah tapi berhati-hati,  ya.” Jawab Yuna lalu segera berlari sambil mendukung bayinya yang baru berusia setahun.
Hafizi hanya melihat Yuna berlari meninggalkannya. Tiba-tiba satu lagi das tembakan dilepaskan. Kali ini, tembakan itu mengena pada kaki kanan Hafizi.
Hafizi meraung kesakitan. Lelaki  itu hanya ketawa melihat kesakitan yang dialami oleh Hafizi. “Tak guna lagi kau lari. Budak itu akan menjadi milik kami tidak lama lagi.” Lelaki yang berpakaian serba putih itu ketawa sambil berjalan ke arah Hafizi.
Dia membetulkan topi yang dipakainya sambil tersenyum. Hafizi hanya memandangnya dengan perasaan geram sambil memegang kakinya yang berlumuran darah.
“Tak guna. Aku takkan benarkan kau menyentuh dia walau sehelai rambut sekalipun.” Balas Hafizi. Dia berdiri untuk mempertahankan isterinya yang telah melarikan diri.
“Walau bagaimanapun, kau takkan berjaya dapatkan Azzam.”
“Azzam? Jadi itu nama dia.” Tanya lelaki berbaju putih itu.
“Apa yang kau akan buat kalau kami berjaya menangkap dia? Tiada sesiapa tahu pasal kumpulan kita. Polis?” Lelaki itu ketawa lalu menunjukkan riak muka yang geram.
“Kami takkan benarkan kau dan Yuna melepaskan diri walau apa pun yang terjadi.” Hafizi hanya memandang ke arah lelaki berbaju putih itu tanpa berkata apa-apa.
“Kenapa diam? Kau tahukan peraturan kumpulan ni? Sesiapa sahaja yang cuba tarik diri, dia akan dibunuh.” Lelaki berbaju putih itu meletakkan pistolnya di tepi kepala Hafizi.
“Sayang sekali. Kau sepatutnya selepas ini menjadi ketua kami tetapi kau memilih untuk memberontak. Kenapa Hafizi, atau sepatutnya aku panggil engkau—?“
Belum sempat lelaki itu habis bercakap, Hafizi dengan pantas merampas pistol itu. Lelaki berbaju putih itu terkejut dengan tindakan Hafizi. Kali ini giliran Hafizi pula menghalakan pistol itu di kepala musuhnya itu.
“Aku dah kata, sesiapa pun yang berani menyentuh keluarga aku, dia akan mati. Terutama sekali engkau, Crow.” Crow tergamam.
“Bertenang, Hafizi. Takkan kau sanggup untuk membunuh kawan sendiri?” tanya Crow sambil mengangkat tangannya ke atas tanda menyerah.
“Kawan? Apa jenis kawan kau ni? Kau sanggup nak jadikan bayi ini sebagai uji kaji korang. Kau ingat aku akan benarkan.” Crow hanya tersenyum melihat Hafizi.
“Kau masih tak tahu lagi ke?” tanya Crow sambil tersenyum.
“Tahu apa?” tanya Hafizi kerana musykil.
“Bayi itu, kami dah berjaya jalankan uji kaji itu ke atasnya. Dia ialah satu-satunya budak di dalam dunia ini yang akan menjadi senjata kami untuk projek ini.” Hafizi terkejut. Tidak mungkin uji kaji itu berjaya. Sudah beratus-ratus uji kaji mereka jalankan ke atas kanak-kanak yang lain. Tiada satu pun yang berjaya.
“Bagaimana organisasi berjaya menemui jalan untuk menjayakan projek ini?” Tanya Hafizi.
“Kami sudah berjaya menemui formula yang betul. Sekarang benda tu terdapat di dalam badan budak itu.” Crow menerangkan sambil membuka topi yang dipakai olehnya.
“Tak guna.” Hafizi menumbuk Crow dimukanya. Tumbukan Hafizi terlalu kuat sehingga bibir Crow berdarah.
“Aku akan buang benda tu.” Ujar Hafizi.
“Kalau aku jadi kau, aku takkan buang alat tu. Sebenarnya kami dah letakkan alat pengesan pada alat itu dan ia terdapat di jantung budak itu. Kalau kau cuba untuk membuangnya, dia pasti akan mati.” Crow tersenyum sambil mengelap darah di bibirnya. Hafizi hanya memandang Crow. Jauh di sudut hatinya, dia tidak sanggup untuk melihat bayi itu mati.
Di dalam hati Hafizi mula timbul rasa dendam dan marah. Tetapi lelaki itu rakannya dahulu. Tidak mungkin aku sanggup membunuhnya.
Hafizi menyuruh Crow meletakkan tangannya di atas kepala lalu bersandar di dinding. Lelaki berbaju putih itu hanya mengikut arahan yang diberikan oleh Hafizi.
“Oh ya, jangan biarkan budak itu lakukan aktiviti yang memenatkan. Sebab bila dia penat, alat pengesan itu akan aktif. Dia mungkin akan terasa sakit nanti.”
Perasaan geram Hafizi semakin meluap-luap ketika itu. Dia hanya memandang ke arah Crow. Hafizi segera melarikan diri dengan pantas apabila teringatkan isterinya. Walaupun kakinya masih terasa sakit, dia tetap meneruskannya.

Yuna yang sedang menunggu suaminya itu terlihat kelibat orang melambai-lambai ke arahnya. Rupa-rupanya orang itu ialah Hafizi. Mereka berlari dengan pantas tanpa menoleh ke belakang. Yang berada difikiran mereka sekarang hanyalah menyelamatkan bayi itu dari organisasi yang mengejar mereka, dari lelaki berbaju putih.

*****

Hafizi dan Yuna berlari ke arah sebuah rumah besar usang yang terdapat di dalam hutan. Mereka tahu walaupun mereka berjaya melarikan diri, namun organisasi itu pasti tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja.
Mereka segera masuk ke dalam rumah itu. Yuna masih mendukung Azzam. Keadaan di dalam rumah itu gelap gelita. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Yuna duduk di atas katil. Dia melihat Azzam. Walaupun bukan anak kandungnya, namun dia dapat rasakan dalam hatinya ada rasa kasih sayang terhadap bayi tersebut.
Hafizi hanya memandang ke arah isterinya dan bayi itu. Azzam. Satu-satunya anak saudara aku.
“Kita akan jaga dia, Yuna.” Yuna memandang ke arah Hafizi. Dia tersenyum kegembiraan. Dia mengangkat Azzam lalu memeluknya seperti anak sendiri.
Hafizi tersenyum. Aku akan menjaga Azzam seperti yang di arahkan oleh kakak. Kakak, tolong jaga diri. Berhati-hati ya. Yuna menitiskan air mata. Satu-satunya harta yang bernilai baginya iaitu Azzam.

Tunggu BAB 2 akan datang....